fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

Senarai Lokasi Dewan Perkahwinan Di Putrajaya

Nak buat majlis perkahwinan, anda mestilah senaraikan terlebih dahulu apa yang anda perlu buat dan tahu untuk majlis ini. Salah satu perkara yang penting adalah lokasinya. Nak buat kat rumah ke, surau ke ataupun pilihan yang senang iaitu dewan. 

Dewan menjadi pilihan ramai kerana sesetengahnya sudah ada pakej lengkap yang ditawarkan. Lebih mudah serta tidak runsing untuk anda menyelesaikan majlis perkahwinan ini.

 

Namida Garden & Events

Namida Garden & Events menyediakan perkhidmatan penyewaan dewan untuk pelbagai jenis majlis seperti perkahwinan, akad nikah, cukur jambul dan lain-lain. Yang istimewanya adalah setiap pakej yang disediakan disajikan oleh pramusaji kami dari Restoran Belacan yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Di sini anda boleh menjumpai dewan banquet yang boleh menampung sehingga 1000pax serta mini hall untuk 100pax. Berkonsepkan taman, Namida Garden & Events juga menyelitkan ciri moden untuk perhiasan dewan anda. 

Dengan adanya pakej All in One di sini, anda tidak perlu lagi nak telefon semua tempat untuk mencari kelengkapan majlis perkahwinan. Ia termasuklah sewa dewan, catering, busana, perhiasan, PA system dan homestay .

Facebook: Namida Garden

 

WILQADRY

WILQADRY menyediakan GRANDEUR HALL yang sangat exquisite sebagai dewan majlis perkahwinan anda. Anda boleh memilih antara majlis perkahwinan malam ataupun siang dengan 500pax dan 1000pax. Yang bagusnya di sini, anda boleh set appointment untuk melihat dewan secara atas talian melalui Google Meet ataupun Zoom.

Di sini mereka memberikan anda layanan profesional untuk kesemua kelengkapan dewan majlis perkahwinan yang anda mahukan. Servis perkahwinan yang disediakan adalah seperti  juru gambar, album gambar, dekorasi, dan lain-lain. 

Dengan adanya pakar dalam semua aspek yang WILQADRY sediakan, anda boleh jamin majlis perkahwinan anda pasti meriah. 

Instagram: @wilqadry

 

BoraOmbak Marina Putrajaya

BoraOmbak Marina Putrajaya yang memberikan pemandangan indah tasik serta reka bentuk dewan perkahwinan yang elegent, menawarkan kelengkapan dewan serta hiasan yang istimewa bagi pasangan pengantin diluar sana. 

Di sini anda boleh memilih antara Grand Ballroom ataupun The Glass Suite untuk membuat majlis perkahwinan anda. Grand Ballroom menampung lebih kurang 800 pax manakala The Glass Suite untuk 500Pax dan kebawah.

Kedua-dua dewan menampilkan kecantikan permandangan tasik. Di sini juga menyediakan 800 tempat letak kereta secara percuma sahaja. 

Instagram: @baraombak_marinaputrajaya

 

Dewan Banquet Astana Cyberjaya

Dewan Banquet Astana Cyberjaya menyediakan dewan dengan dekorasi yang unik bagi majlis perkahwinan yang memorable. Tidak perlu anda risau akan majlis perkahwinan anda kerana di sini anda boleh menjumpai pakej lengkap untuk majlis anda. 

Pakej lengkap mereka termasuklah kek perkahwinan, banner serta bunting, photo booth corner dan kad undangan perkahwinan secara digital. Yang berminat bolehlah melihat-lihat sendiri dewan mereka ataupun hubungi mereka untuk meklumat lanjut. 

Instagram: @dewanastanacyberjaya

 

Dewan Seri Seroja

Dewan yang dijaga dengan rapi ini sesuai untuk majlis perkahwinan kecilan. Dewan ini memberikan anda peluang untuk menghiasi majlis perkahwinan anda dengan tema yang anda mahukan. Sesuai jika anda nak gunakan vendors tersendiri untuk menghiasi dewan majlis anda.

Dengan harga tempahan sewa yang berpatutan, anda bolehlah pertimbangankan dewan ini sebagai lokasi anda untuk mengadakan majlis perkahwinan. 

Alamat: Jalan Diplomatik 2/2, Diplomatik Presint, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

oh ya, anda boleh lihat lebih banyak lokasi untuk majlis kahwin berdekatan anda di nikahsatu venue. Lagi best, bajet boleh custom sendiri tau!

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago