Majlis perkahwinan sememangnya memerlukan banyak tenaga dan perhatian untuk menyiapkannya dengan sempurna. Kekadang kena telefon banyak kali vendors perkahwinan untuk confirm kan tarikh. Itu tidak termasuk lagi kalau vendor tiba-tiba cancel. Dah kena cari yang lain.
Nak cari dewan pun sama, kenalah cari serta confirm dan follow up dengan mereka supaya anda tidak keliru semasa hari perkahwinan anda. Bagi yang berminat untuk buat majlis di Nilai, Negeri Sembilan bolehlah scroll dan baca dengan teliti dahulu artikel ini ye. Mana tahu ada yang terlekat di hati kan?
Putera garden
Putera Garden ini adalah satu satunya dewan yang berkonsepkankan outdoor garden di Nilai ini. Dengan dekorasi khemah serta pelamin yang memang rambang mata, tempat ini menjadi pilihan yang sangat nbagus untuk majlis perkahwinan idaman anda.
Dengan penolongan Effa E’unique Wedding Planner, yang dikatakan wedding planner nombor satu di Nilai ini, majlis anda di Putera Garden memang nampak seakan keluar dari fairytale.
Dengan pelbagai kelengkapan serta urusan majlis perkahwinan disiapkan oleh team mereka yang cukup ramah, tidak peliklah kenapa tempat ini sangat popular di kalangan pengantin Nilai ini.
Instagram: @puteragarden
Melur Garden Wedding
Menampilkan ciri taman dalam dekorasi dewan mereka, Melor Garden Wedding ini cukup mengambil berat akan permintaan bagi majlis perkahwinan anda. Bukan setakat pakej lengkap sahaja mereka tawarkan, servis tempahan hantaran bunga segar pun ada.
Kemudahan seperti dewan berhawa dingin, PA System, mesin air, surau,tandas serta tempat letak kereta yang luas semestinya membuatkan pengantin serta tetamu selesa sahaja sepanjang berlangsungnya majlis pernikahan.
Sememangnya katering mereka dipuji ramai namun pelbagai manisan yang mereka tawarkan juga lazat dimakan. Daripada vendor cendol hinggalah ke aiskrim, anda cuma perlu mention sahaja apa yang anda mahukan dan mereka akan sediakan untuk anda. Yang lebih menariknya, vendor kopi pun ada mereka tawarkan.
Facebook: Melur garden Wedding
Rymba Heaven
Terkenal dengan gabungan majlis moden dan tradisional, Rymba Haven menyediakan majlis perkahwinan yang worry free bagi anda. Dengan penawaran perkhidmatan yang profesional, mereka akan berikan experience terbaik untuk majlis anda.
Dengan adanya tiga jenis dewan berbeza di sini yang sesuai untuk majlis perkahwinan, anda boleh membuat pilihan mengikut style yang anda inginkan. Pakej perkahwinan turut ditawarkan bagi anda yang berminat.
Instagram: @rymbaheaven
UBE Banquet Hall D’Nilai 3
UBE Banquet Hall menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap seperti pengurusan dewan hingga ke hiasan pelamin untuk anda. Amat memudahkan kerja anda kerana anda tidak perlu susah-susah nak mencari vendor berlainan kerana mereka ada semuanya di sini.
UBE Banquet Hall boleh memuatkan sehingga 2,500 orang tetamu dalam satu masa. Tetapi memandangkan PKP ini mereka menyediakan Dewan Seri Orked 100 pax pakej special untuk pengantin luar sana.
Hiasan flora yang berbagai warna digubah sebagai hiasan dewan majlis perkahwinan anda menjadikan tetamu yang hadir pasti rasa tertarik dengan kecantikannya. Kateringnya lagi lah memang tiptop sangat. Sekali makan mesti rasa nak tambah-tambah lagi.
Facebook: UBE Banquet Hall
Casa De Jazs
Dekorasi dewan Casa De Jazs yang memfokuskan ala taman moden ini menyediakan pakej lengkap perkahwinan yang sangat memikat hati. Tidak perlu lagi anda nak contact dan confirm dengan pelbagai vendors berlainan, kerana mereka boleh siapkan semuanya untuk anda.
Dengan harga semurah, RM30 / kepala anda boleh mendapatkan pelbagai servis yang ditawarkan oleh Adam Hawa ini. Semua berkaitan dengan kelengkapan dewan akan mereka uruskan, anda cuma perlu melayan tetamu sahaja. Tambahan lagi, di sini ada empat jenis pakej berlainan untuk anda pilih. BAgi yang berminat bolehlah check catalogue mereka terlabih dahulu.
Instagram: @casadejazsnilai