fbpx

Lokasi Dewan Kahwin Di Selangor

Terlalu banyak pilihan dewan perkahwinan ini juga mampu memeningkan pasangan pengantin. Semuanya nampak cantik sahaja. Nak survey semua dewan berdekatan dengan anda rasa macam tidak mampu sahaja?

Jangan risau kerana kami menyenaraikan lima dewan perkahwinan di Shah Alam yang kami sangat suka akan dekorasi mereka. Semuanya ada keistimewaan mereka.

 

Dewan Kahwin RizqHana Gallery

Dewan kahwin ini menawarkan pakej kahwin serendah RM7000 sahaja untuk 200pax. Dengan dewan, pelamin dan katering mereka uruskan, anda boleh mengadakan majlis yang tampil mewah tapi masih dalam budget.

Jika nak untuk 500pax pula, mereka menawarkan harga RM 12,300 sahaja. Semua dekorasi siap digubah mereka. Anda cuma perlu datang dan tegur tetamu sahaja. Lokasi strategik juga membuatkan tetamu senang nak cari dewan nanti. 

Pakej yang ditawarkan di sini adalah pakej ekonomi, pakej kahwin lengkap dan juga sewa dewan. Di sini chandelier sebesar 2 meter pun ada tau. 

Instagram: @rizqhana

 

 

Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang

Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang merupakan salah sebuah daripada dewan di bawah organisasi BIZMILLA. Menjadi pemilik beberapa cawangan dewan perkahwinan ini, BIZMILLA menjamin majlis yang gemilang bagi anda. 

Disini ada enam jenis dewan berlainan untuk anda pilih. Ia adalah City Hall, Garden Hall, Wedding Hall, Grand Ballroom,Grand Palace dan juga Royal Ballroom. Semuanya mempunyai konsep tersendiri, jadi anda bolehlah survey dahulu yang mana anda berminat.

Pakej dome serta pelbagai perkhidmatan tambahan boleh anda jumpai di sini untuk meringankan lagi stress mencari vendor lain untuk majlis anda. 

Instagram: @bizmillahcityhall

 

 

Rumah Abang Jamil, Klang

Rumah Abang Jamil, Klang sekarang ni menjadi pilihan paling top untuk bakal penganting melangsungkan perkahwinan mereka di Malaysia. Dalam banyak-banyak senarai yang ada, Rumah Abang Jamil satu-satunya tempat kahwin yang memberikan pengalaman lebih unik berbanding yang lain.

Dengan bertemakan rekaan klasik 70an yang bersulamkan feels moden serta ala-ala garden wedding, tambah menarik RUmah Abang Jamil menawarkan pakej lengkap perkahwin dari A-Z dengan harga serendah RM14,900 sahaja.

Lihat pakej lengkap Rumah Abang Jamil Klang.

 

 

Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur

Satu lagi pilihan terbaik yang ada ialah Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur. Sama seperti semua yang ditawarkan pada seluruh Rumah Abang Jamil di Malaysia, iaitu lokasi dengan vibe unik, selesa,  dan estetik berserta pakej lengkap A to Z.

Nak kahwin ber-vibe-kan suasana klasik moden era 70an di tengah kota Kuala Lumpur? Rumah Abang Jamil adalah pilihan tepat yang tidak mengecewakan! Harga pakej lengkap di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur bermula RM16,400 sahaja.

Lihat pakej lengkap Rumah Abang Jamil Kuala Lumpur di sini.

 

 

Dewan Bunga Sakura Bukit Jelutong

Klassique Touch menyediakan Dewan Bunga Sakura Bukit Jelutong untuk memastikan anda mempunyai memori majlis perkahwinan yang indah. Selain daripada pakej perkahwinan, mereka juga menyediakan pelbagai pilihan untuk pelamin anda.

Terdapat pelbagai pilihan pelamin yang disediakan oleh Klassique Touch agar boleh melengkapkan pakej perkahwinan anda. Dekorasi yang simple dan pleasing memang menjadi pilihan pengantin zaman sekarang.

Namun Dewan Bunga Sakura Bukit Jeluton tidak menawarkan pakej lengkap. Apa pun, untuk majlis kahwin harga untuk 250 tetamu bermula RM17150,00

Facebook: DSakura Hall

 

 

Puri Buana Garden Wedding

Puri Buana Garden Wedding ini adalah hak milik RISDA Semaian & Landskap Sdn Bhd. Bukan sahaja sewaan dewan pakej lengkap perkahwinan pun boleh anda pilih dari sini. Dengan berkonsepkan taman, pakej yang ditawarkan adalah empat iaitu, bronze, silver, gold dan platinum.

Dengan harga serendah RM21.00/pax, anda boleh dapat pelbagai kemudahan seperti katerer, pelamin 11 design serta pilihan, emcee serta DJ. Susunan dewan ini memang aman serta rasa jauh sahaja dari kesesakan bandaraya. 

Facebook: Puri Buana Garden Wedding

 

 

Dewan Mazmida

Dewan Mazmida memberikan khidmat nasihat serta pandangan secara percuma sahaja untuk bakal pengantin yang masih lagi dalam kecelaruan. Bagi pengantin di luar sana yang masih mencari venue serta catering untuk majlis anda, lokasi ini menyediakan perkhidmatan yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Harga untuk majlis kahwin bermula RM18,000 untuk jemputan tetamu seramai 500 orang.

Facebook: Dewan Mazmida

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

1 year ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

4 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

4 years ago