fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

Senarai Lokasi Dewan Kahwin Yang Menarik Di Shah Alam

Majlis perkahwinan sememangnya perkara yang ditunggu-tunggu untuk semua pengantin baru. Tapi sebelum itu, anda mestilah buat preparation terlebih dahulu. Kenalah cari lokasi dahulu, booking tempat, cari vendors dan lain-lain lagi.

Nak cari dewan pun kenalah chat dengan empunya tuan barulah tahu apa pakej dan sewa untuk majlis yang anda mahukan. Bagi yang dekat Shah Alam, tak perlu susah-susah nak search satu-satu, kami buat complication dewan perkahwinan di Shah Alam untuk anda. 

 

D’Neujina Wedding Hall

Dewan Dneujina Seksyen 26 Shah Alam adalah salah satu dewan dibawah pengurusan FASZ CREATIVE WEDDINGS. Dua lagi dewan juga berada di Shah Alam, iaitu Dewan Perkim Seksyen 8 Shah Alam dan juga Dewan Ar Raha Seksyen 7 Shah Alam. Anda bolehlah survey yang mana anda minat.

Namun yang kami akan fokuskan adalah D’Neujina Wedding Hall yang nampak sangat exclusive dengan pakej harga yang mampu milik. Bagi yang nak dewan mewah tapi budget tidak membenarkan, di sinilah tempatnya.

Dengan dekorasi serta pakej yang setaraf dengan dewan-dewan besar, mereka memberikan kemudahan seperti dewan berhawa dingin, ruang tempat letak kereta yang banyak dan juga bilik bersiap untuk pengantin baru.

Facebook: Dneujina Wedding Hall

 

The Venue Shah Alam

Lokasi yang sangat sesuai bagi majlis perkahwinan berkonsepkan ala English Garden.  Dengan menjadi one stop centre wedding package, dewan ini memastikan anda mempunyai majlis perkahwinan yang ceria dan stress free. 

Dengan kemudahan seperti dewan berhawa dingin, VIP room, surau serta VIP parking, pasti tetamu anda lebih selesa untuk menghadiri majlis perkahwinan anda.

Di sini juga ada pakej perkahwinan yang mereka sediakan, anda bolehlah hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

Instagram: @thevenueshahalam

 

Rumah Abang Jamil, Shah Alam

Kalau tak suka feel dewan yang dah tipikal dengan kebanyakkan majlis kahwin, anda wajib tahu tentang Rumah Abang Jamil Shah Alam. Event space kahwin dengan konsep rumah melayu klasik, vibe yang ala-ala garden dan moden!

Tak hanya itu, Rumah Abang Jamil menyediakan pakej lengkap yang pastinya buat pengantin tak pening kepala nak kena fikir macam-macam benda. Semuanya complete dari A-Z. Ekstra seronok bila dapat diskaun sehingga RM5000.

Lihat pakej lengkap Rumah Abang Jamil, Shah Alam

 

 

Laman Kayangan

Terkenal dengan khemah marquee  yang eksklusif untuk pelbagai majlis, Laman Kayangan memberikan anda team profesional untuk membincangkan majlis perkahwinan idaman anda. Memberikan anda kelengkapan dewan dengan harga yang berpatutan. 

Perkhidmatan yang mereka boleh berikan kepada anda termasuklah perancangan perkahwinan, katering, perhiasan, fotografi dan videografi.

Laman Kayangan menggunakan vendor yang profesional dan terbaik di Malaysia untuk memastikan anda kagum dengan majlis perkahwinan yang mereka sediakan. 

Instagram: @lamankayanganshahalam

 

Villa Sri Event Space

Bagi anda yang mahukan gaya majlis perkahwinan yang santai serta ada gaya ala garden bolehlah tengok-tengok Villa SRI Event Space ini. Dikelilingi dengan kehijauan alam, lokasi ini memang sesuai bagi yang idam majlis perkahwinan bertema taman ini.

Antara servis yang disediakan adalah katering, DJ, PA system, pelamin, busana pengantin serta makeup pengantin.

Pakej di sini dipecahkan kepada tiga iaitu pakej basic, pakej gold (all-in) dan pakej nikah sanding. Harganya berbeza, servis yang anda dapat juga berbeza. Pilih-pilih dahulu nak yang mana.

Instagram: @canopyheaven

 

Kiambang Event & Space

Kiambang Event & Space ini sememangnya menjadi satu pilihan bagi warga Shah Alam kerana pakej tawarannya yang berbagai jenis serta kelengkapan dalam semua pakej yang mereka ada.

Lokasi ini juga menjadi pilihan kerana kemudahan yang banyak seperti PA system, emcee serta ruang outdoor yang luas untuk majlis perkahwinan anda. Mereka turut ada pakej sewa dewan sahaja kalau anda nak buat masuk vendor tersendiri.

Instagram: @kiambangeventspace

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago