fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

8 Tempat Kahwin Konsep Garden di Lembah Klang

Kalau dapat jemputan kahwin di KL Mesti selalunya dalam dewan. Bila semua kawan-kawan kita dalam dewan…mesti kita rasa dah bosan sikit dan mencari pengalaman kahwin yang lain dari dewan.

 

Kami kongsikan 8 pilihan lokasi kahwin yang menawarkan konsep tersendiri dan pengalaman kahwin garden yang lain dari kahwin dalam dewan.

 

1. Villa Rimba Flora, Gombak

 

Venue perkahwinan Premium berlatarbelakangkan kehijauan semula jadi hutan rekreasi Gombak, ruang berkonsepkan rumah kaca dengan dekorasi flora dan sentuhan senibina ala Morocco ini ibarat ‘hidden gem’ yang tiba-tiba ada dalam hutan dekat KL

Lokasi ini baru dibuka pada Julai 2023. Tarikan utama ialah ruang pelamin glass house berlatarbelakangkan kehijauan rimba dan juga ruang makan terbuka luas dari binaan kayu cengal dan kolam teratai.

Menawarkan pakej lengkap yang boleh dikira agak murah berbanding semua visual premium yang ditawarkan. Pakej yang ditawarkan untuk 500pax ialah RM26,500!

Lihat pakej kahwin lokasi ni disini: https://nikahsatu.com/venue/villa-rimba-flora-gombak/

2. Rumah Abang Jamil

Rumah Abang Jamil adalah sebuah venue kahwin yang bertemakan retro melayu dengan rekaan, prop dan perabot ala zaman 70 an. Ia merealisasikan visual dan rasa kenduri melayu tradisi dalam setup moden.

Rumah Abang Jamil ni ada di 3 lokasi iaitu Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Tarikan utama disini ialah gerbang tradisional melayu dan dikelilingi landskap pokok-pokok taman yang menjadikan visual perkahwinan anda lain dari yang lain

Menawarkan pakej lengkap yang sangat mampu milik dengan setup premium dan pengurusan acara lengkap. Pakej yang ditawarkan untuk 500pax ialah RM20,900 sahaja.

Lihat pakej kahwin lokasi ni disini: https://nikahsatu.com/venue/rumah-abang-jamil-klang/

 

3. A Park Puchong

Lokasi kahwin konsep taman yang popular di Puchong. A-Park sering menjadi pilihan artis-artis yang mestilah nak kahwin tema garden kan 🙂

Tarikan utama disini ialah tasik dan pengantin boleh berarak naik gondola ala-ala venice dan pernikahan outdoor di tepi tasik.

Menawarkan pakej lengkap yang premium dan pengurusan acara lengkap. Pakej yang ditawarkan untuk 500pax bermula RM36,000!

 

4. The Estate

Berlatarbelakangkan landskap kotaraya Kuala Lumpur, The Estate ialah sebuah ruang kahwin terletak di Jalan Damansara. Lokasinya pun sudah premium.

Tarikan sebenarnya ialah rumah berkonsepkan “White House” dan view penuh landskap hijau, lebih tenang dan private daripada kesibukan bandar metropolitan itu.

Disini sesuai untuk adakan sebarang jenis majlis termasuk majlis kahwin dengan harga bermula RM20,000 untuk sewaan ruang sahaja.

 

5. Ginger House @ Bamboo Hills KL

Lokasi ni berada di Bamboo Hill, KL. Satu tempat premium terbaru. Ruang yang bertemakan karakter penuh gaya kaya yang sangat elegan.

Tarikan utama disini ialah struktur kaca dengan rekaan landskap super premium memberikan vibe gemilang seperti majlis gala. Saiz sangat sesuai untuk acara kecil 100 tetamu.

Lokasi ini tiada menyediakan pakej khusus kahwin, tetapi menawarkan servis khas dari dekorasi, katering dan pengurusan acara yang sangat custom mengikut citarasa anda.

6. Tanarimba, Janda Baik

Lokasi ni keluar sikit dari KL, tapi kena masuk list juga sebab cantik sangat. Tanarimba ni sebenarnya sebahagian dari galeri jualan pemaju rumah elit di Janda Baik.

Tarikan utama disini ialah struktur binaan kayu ala kabin mat saleh yang terletak di sebelah tasik. Tetamu boleh layan cocktail dulu di tasik sebelum acara utama bermula.

Tanarimba tiada menawarkan pakej perkahwinan dan sebarang pertanyaan untuk sewaan boleh berhubung terus dengan pejabat galeri jualan.

Photo Credit

7. Brickhouse

Sama seperti venue-venue yang kami kongsikan, Brick House juga merupakan satu lagi lokasi yang berlatarbelakangkan rimba kehijauan dan mengekalkan konsep kontemporari iaitu rumah kaca dan batu bata.

Saiz ruangnya yang kecil menjadikan lokasi ini sesuai untuk sebarang jenis majlis termasuk majlis kahwin yang lebih private dan kecil.

Pakej kahwin dan harganya ditawarkan bergantung kepada jumlah pax dan sebagainya, jadi harganya mungkin rendah atau lebih tinggi dan boleh berhubung terus dengan pihak mereka.

8. Glasshouse at Seputeh

Yang terakhir dalam list ini semestinya Glasshouse at Seputeh. Antara lokasi yang agak famous di bandar Kuala Lumpur. Satu lokasi yang sangat cantik dan penuh kaca dan dekorasi tropikal dan rimba kehijauan. Dibantu juga dengan lampu yang menerangi ruang menampakkan tempat ini seperti fairytale.

Tempatnya agak limited tetapi tarikannya seperti Garden Wedding venue-venue lain.

Dari segi pakej pula, lokasi ini menawarkan pakej kahwin hanya memuatkan 400pax dan harga bermula RM22,000.

 

 

Kahwin ni acara paling bermakna dalam hidup. Pastikan anda survey dengan baik. Gemilang biar macam artis tapi jangan sampai over budget sangat.

Follow rapat-rapat kami di Instagram @nikahsatu untuk dapatkan deals kahwin terbaik di bandar anda.

 

Ke…. anda impikan kahwin ditepi pantai? Boleh baca 5 Tempat Kahwin konsep Beach Wedding!

 

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago