fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

6 Dewan Kahwin Yang Cukup Popular Di KL

Dewan perkahwinan di Kuala Lumpur ini memang banyak untuk anda pilih. Kesemuanya cantik-cantik dan ada pro cons mereka. Sebab itulah anda kena cari awal-awal, tak ada lah nanti anda terpinga-pinga nak tempah dewan yang masih kosong untuk majlis anda.

Bagi pasangan yang masih mencari dewan dan perkhidmatan katering di Kuala Lumpur, kami senaraikan enam dewan yang mempunyai pelbagai pakej untuk majlis hari bahagia anda nanti.

1. The Wedding Heritage Bungalow

Dikenali sebagai dewan eksklusif yang tampil elegen dalam pelbagai jenis dekorasi dewan perkahwinan, lokasi ini menyediakan pakej perkahwinan yang sangat fascinating pasangan pengantin. Dengan pelbagai dekorasi yang menawan hati lokasi ini memang idaman bagi mempelai. 

Mereka juga merupakan pakar dalam menguruskan majlis perkahwinan, mempunyai pakej yang menarik serta various pilihan untuk dibuat di sini. Pakej lengkap termasuklah perkhidmatan solek, perkhidmatan fotografi, sistem PA, goodies, baju pengantin dan banyak lagi yang attractive.

Setiap pakej perkahwinan yang anda pilih juga akan datang dengan kelengkapan majlis perkahwinan seperti seperti jambangan bunga dan kek secara percuma. 

Instagram: @thewedding_heritage

2. Cassa Detik

Keistimewaan lokasi ini boleh dilihat daripada dekorasi luar serta dalaman dewan ini. Cassa Detik menawarkan ruang acara yang akan kekal sebagai memori indah buat selamanya. Dari luaran yang penuh dengan keindahan hijau hingga ke bahagian dalam yang memang luas dan dazzling.   

Pelbagai servis menarik boleh anda tinjau daripada mereka untuk mengindahkan lagi majlis pernikahan anda. Dengan dewan serta hiasannya, Cassa Detik mampu membuat dream wedding anda menjadi kenyataan.

Instagram: @cassadetik

3. Sumira Place – Banglo Gardens

Sumira Place Garden Bungalow adalah salah satu tempat yang paling digemari oleh pengantin baru di KL untuk mengadakan majlis perkahwinan.  Dewan yang disediakan luas dan team yang profesional untuk memudahkan kerja anda dealing dengan mereka. 

Majlis perkahwinan akan diaturkan oleh pasukan mereka dan anda hanya perlu datang and looks pretty untuk majlis anda. Dengan team yang berpengalaman sebegini, anda tidak perlulah nervous akan majlis perkahwinan anda berjalan lancar atau tidak.

Di sini jugalah anda boleh dapatkan jamuan buffet, pelamin percuma untuk pengantin dan tawaran yang captivating. Dengan tambahan hadiah kelengkapan majlis daripada mereka memang perfect tempat ini.

Facebook: Sumira Place

4. Glasshouse Seputeh

Glasshouse menjanjikan majlis perkahwinan yang outstanding dan memang exceptional bagi pasangan pengantin. Reka bentuk Glasshouse yang charming ini memang satu pilihan bagi anda yang inginkan perkahwinan yang tampil moden dan stylish.

Lokasi stategik yang terletak di kawasan puncak bukit Seputeh, tepat-tepat di pertengahan Kuala Lumpur. Reka bentuk panel kaca yang penuh dari lantai ke siling serta suasana yang bergitu selesa sekali, siapalah yang tak nak buat majlis perkahwinan di sini.

Dekorasi semestinya adalah perkara yang perlu dipuji kerana kecantikan gubahan bunga dengan reflection kaca memang nampak Insta-worth sangat. Memang menjadi majlis perkahwinan yang akan dikagumi oleh tetamu anda.

Instagram: @glasshouseseputeh

5. Dewan Perkahwinan Chef Halim

Dewan Perkahwinan Chef Halim ini menguruskan jamuan majlis perkahwinan, pernikahan serta pertunangan yang sangat sesuai bagi pasangan pengantin yang masih pening akan pilihan dewan yang terlalu banyak untuk dipilih. Mereka turut menyediakan banglow mewah jika anda tidak mahu buat majlis anda dirumah. 

Antara kemudahan yang boleh anda jumpa adalah khidmat  team koordinator event, bilik hotel untuk pengantin, lobi yang sangat luas dan surau. Dewan mereka juga berhawa dingin untuk memastikan anda selesa sepanjang majlis anda. Memang cukup gembira dan meriah majlis pernikahan anda.

Susun atur dewan mereka yang bertemakan ala-taman sememangnya buat pengantin rasa tenang sahaja masa majlis nanti. Rakam kenangan hari bahagia anda bersama Dewan Perkahwinan Chef Halim.

Facebook: Sumira Wedding Hall

6. Golden Chersonese Media Hall

Golden Chersonese Media Hall akan memastikan majlis perkahwinan yang terbaik tidak kiralah apa keadaannya. Membuatkan anda tidak rasa runsing serta gelisah pada hari penting dalam hidup anda. 

Dewan yang cukup luas dan boleh menampung higga 350 pax dalam satu masa serta dilengkapi dengan kelengkapan dewan perkahwinan. Kelengkapan termasuklah, 35 buah meja, kerusi yang siap berlapik, meja gifts, PA sistem, dapur, bilik persalinan, bilik VIP, meja buffet dan banyak lagi.

Instagram: @goldenchersonese

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago