Blog

Mas Kahwin Dan Wang Hantaran, Mana Satu Yang Lebih Penting?

Perkahwinan adalah permulaan perkongsian hidup yang indah bagi bakal suami dan bakal isteri. Namun isu perbelanjaan untuk persediaan perkahwinan menjadi satu masalah besar kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga terutamanya isu nilai wang hantaran. 

Malah ramai juga yang keliru antara mas kahwin dan wang hantaran kahwin. Ada yang tidak tahu mana satu yang wajib dan mana satu yang tidak.

mas kahwin

Mas Kahwin (Mahar) Pemberian Wajib

Mas kahwin ataupun disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya atas sebab pernikahan. Mas kahwin ini akan menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil oleh orang lain termasuklah keluarga si isteri atau suami kecuali dengan keizinannya.

Mahar perlulah diberi dengan sesuatu yang bernilai sama ada dalam bentuk material contohnya wang tunai atau gelang emas. Selain daripada itu, mahar juga boleh diberikan dalam bentuk maknawi contohnya seperti bacaan ayat Al Quran.

Tiada had dalam pemberian mahar ini. Sedikit atau banyaknya bergantung kepada kata sepakat kedua-dua belah pihak pengantin.

Wang Hantaran Kahwin

Wang hantaran kahwin pula adalah hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak bakal suami kepada bakal isteri. Nilainya perlulah diterima dengan rela hati oleh kedua-dua belah pihak. 

Ianya tidak wajib dan tidak menjadi hak mutlak sepenuhnya bakal isteri. Sebaliknya wang hantaran ini boleh digunakan oleh keluarga pihak perempuan dalam persediaan majlis perkahwinan.

Kenapa Perlu Ada Mas Kahwin?

Ada yang tertanya-tanya kenapa perlu adanya mas kahwin ini? Mas kahwin atau mahar ini besar hikmahnya dalam penyatuan dua jiwa. Antara hikmahnya adalah:

01

Sebagai Cara Untuk Memuliakan Wanita

Mahar kahwin adalah satu cara untuk memuliakan kaum wanita. Ia menandakan kaum lelakilah yang mencari dan berusaha mengeluarkan hartanya demi mendapatkan wanita.

02

Menzahirkan Rasa Cinta

Mas kahwin adalah cara untuk menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Sesuai dengan sifat mas kahwin yang melambangkan pemberian, hadiah, atau hibah.

03

Lambang Kesungguhan

Mahar juga membuktikan kesungguhan seorang lelaki untuk membina perhubungan dan memperisterikan seorang wanita.

04

Lambang Tanggungjawab Yang Besar

Islam meletakkan tanggungjawab yang besar dan berat dalam keluarga kepada suami. Jadi wajarlah suami yang perlu mengeluarkan hartanya bagi membina dan mempertahankan nilai sebuah keluarga. 

mas-kahwin
Kredit Gambar : Ask Wedding

Kadar Mas Kahwin mengikut Negeri Tahun 2020

Islam tidak menetapkan sebarang nilai untuk mas kahwin. Ianya bergantung kepada persetujuan kedua belah pihak pengantin. 

Namun, untuk mengelakkan sebarang masalah, Majlis Agama Islam Negeri telah meletakkan nilai mas kahwin pada kadar yang tertentu. Berikut adalah kadar mas kahwin yang telah ditetapkan mengikut setiap negeri untuk tahun 2020.

NegeriNilai Perkahwinan Pertama (RM)Nilai Perkahwinan Seterusnya (RM)
Johor22.5022.50
Melaka100.00100.00
Negeri Sembilan24.0012.00
Selangor300.00300.00
Kuala Lumpur80.0040.00
Perak101.00101.00
Pulau Pinang24.0024.00
KedahTiada KetetapanTiada Ketetapan
PerlisTiada KetetapanTiada Ketetapan
Pahang22.5022.50
TerengganuTiada KetetapanTiada Ketetapan
KelantanTiada KetetapanTiada Ketetapan
Sabah100.0080.00
Sarawak120.00120.00
Labuan80.0080.00
Putrajaya80.0080.00

Nilai yang ditunjukkan adalah sekadar rujukan. Nilai ini boleh diubah mengikut budi bicara kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan. 

Semoga dengan perkongsian kali ini anda sebagai bakal pengantin lebih memahami peranan dan maslahat mas kahwin serta wang hantaran kahwin. Jadi, mana yang lebin penting? Mas kahwin atau wang hantaran kahwin?

Fadzi Razak

NikahSatu Writer

Share

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Keep on reading

August 4, 2020

Checklist Persiapan Perkahwinan Lengkap A-Z

Persiapan perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu diambil berat dan dilakukan sebelum majlis perkahwinan.  Emosi…
August 4, 2020

9 Idea Gubahan Hantaran Buah-Buahan Yang Mudah Tapi Tetap Menarik

Dalam majlis perkahwinan atau bertunang, tidak lengkap rasanya jika tidak disertakan sekali dengan hantaran. Walaupun hantaran bukanlah sesuatu yang…
August 3, 2020

5 Inspirasi Dekorasi Bilik Pengantin Bangkitkan ‘Mood’ Raja Sehari

Selain baju pengantin, pelamin dan hantaran, bilik pengantin juga merupakan titik tumpuan utama tetamu yang hadir di majlis perkahwinan….

Nak RM50 tak?

Masukkan nombor WhatsApp anda untuk kami berikan Voucher RM50 Tunai Sekarang.

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
Need help? Let's chat!