Berita baik untuk bakal pengantin di Malaysia selepas berbulan ragu-ragu untuk teruskan atau tidak majlis, kini Majlis Sosial seperti Perkahwinan, Aqiqah, Ulang Tahun Perkahwinan, Reunion dan lain-lain dibenarkan. Yay, saya dah boleh kahwin
Tetapi kita sebagai rakyat yang prihatin tetap perlu ikuti beberapa panduan atau SOP majlis yang dimaklumkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan) hari ini.
01
Satu slot hanya 3 hingga 5 jam sahaja
Setiap slot dari 3 hingga 5 jam sangat cukup untuk pelbagai aktiviti di majlis seperti kedatangan, sesi makan dan bergambar. Anda sebagai bakal pengantin boleh mula merancang tetamu untuk majlis nanti dengan had masa 3 hingga 5 jam ini.
NikahSatu Tips
Gunakan kad digital Nikahsatu lengkap dengan RSVP beserta slot masa. Setiap slot anda boleh tetapkan 3-5 jam dan maximum berapa pax dalam satu slot masa tersebut. Dengan ini, anda simpan database tetamu dan anda happy kerana RSVP sudah settlekan segalanya untuk anda.
02
Kapasiti 250 tetamu dalam satu-satu masa
Sekarang anda sudah tahu bahawa 250 orang tetamu dibenarkan dalam setiap satu slot bergantung kepada luas dewan/event-space anda.
Dengan RSVP yang anda sudah guna dan tetapkan , anda dapat merancang majlis kahwin anda dengan mudah
03
Tetamu perlu pakai pelitup muka dan hidung, perlu patuh SOP
Sebelum memasuki sebarang majlis, tetamu perlu ke kaunter/ meja yang disediakan untuk check-in dan sanitize. Penting ya kerana SOP perlu dipatuhi.
04
Buffet tidak dibenarkan, pramusaji perlu menghidang
Ini tidak menjadi masalah kerana pramusaji boleh menghidang. Yang penting tetamu masih lagi dapat menikmati sajian enak yang anda sediakan di majlis nanti
05
Rekod kehadiran slot RSVP
Ini SOP paling penting yang tetamu perlu patuhi semasa menghadiri majlis. Guna aplikasi MySejahtera dan Kad Digital Nikahsatu untuk merekod kehadiran, Check-in dan Check-out.
Gunakan SCAN QR Code untuk memudahkan proses. Jangan lupa ya, sanitize selepas tetamu check-in dan check-out.
Mesti pengantin happy dapat langsungkan majlis dengan jayanya. SOP jangan lupa ya.
Untuk gembirakan anda lagi, Nikahsatu ingin berikan FREE KAD DIGITAL untuk 24 jam sahaja di nikahsatu.com
Gunakan promocode ISMAIL