Melangkah masuk ke sebuah majlis perkahwinan, pastinya tidak lengkap jika suasana majlis tidak dilengkapi dengan alunan lagu-lagu yang boleh membangkitkan nuansa penuh meriah meraikan pasangan raja sehari.
Pemilihan lagu kahwin untuk menjadi latar majlis anda semestinya penting dan crucial supaya majlis tersebut tidak dirasai janggal dan kurang meriah.
Pastinya anda tidak mahukan lagu-lagu berlirik sendu dan berkonsepkan patah hati di majlis anda. Ini bukan majlis putus cinta, malah ia sebuah majlis yang meraikan cinta.
Lirik lagu jiwa yang lara, sedihnya putus cinta yang mengundang genangan air mata tidak patut dialunkan di majlis sebegini.
It’s a BIG NO!
Anda perlu membuat playlist yang bersesuaian untuk memastikan tema kenduri kahwin anda bersesuaian dengan tema yang dipilih. Tetapi jangan khuatir, kami telah sediakan beberapa playlist menarik untuk anda jadikan lagu-lagu penyeri majlis perkahwinan anda.

Lagu Kahwin Raikan Cinta
Terdapat pelbagai senarai lagu bertemakan cinta yang menghiasi industri muzik tempatan. Pastinya lagu-lagu ini akan dapat membangkitkan suasana manis dengan baris-baris kata penuh bermakna.
- Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
- Sesungguhnya Aku – Alif Satar
- Sampai ke Hari Tua – Aizat Amdan
- Terukir di Bintang – Yuna
- Hadiah – Amylea
- Dengarkanlah – Sheila Majid
- Adinda – Lah Ahmad
- Cintamu – Dato Sri Siti Nurhaliza
- Cinta – Flop Poppy
- Sayang – Dayang Nurfaizah /Marcell
- Nada Kasih – Erra Fazira
- Bahasa Rindu – Adibah Noor
- Cinta Bersatu – Liyana Jasmay
- Katakan – Harris Baba
- Apa Saja – KRU
- Rupanya Kita Serupa – Dato Sri Siti Nurhaliza
- Semoga Abadi – Misha Omar
- Setia – Elizabeth Tan / Faizal Tahir
- Sedetik Lebih – Anuar Zain
- Marry Me – Iamneeta
- Sampai Syurga- Faizal Tahir
- Ajari Aku – Anuar Zain
- Lagu Kita- Aizat Amdan
- Sehati Sejiwa – Nurul dan Ajai
- Nanti – Innuendo
Lagu Kahwin Seberang

Pastinya negara seberang juga menawarkan pelbagai lagu-lagu cinta hebat yang boleh menghiasi kenduri kahwin anda. Ini antara lagu nusantara yang boleh dijadikan penghias latar majlis anda.
Bait-baitkata yang indah dan penuh romasti pastinya dapat membuatkan kenduri kahwin anda mempunyai suasana penuh magis dan berseri-seri.
- Indah Pada Waktunya – Rizky Febian / Aisyah Aziz
- Hingga Nanti – Vidi Aldiano / Andien
- Gemintang Hatiku – Tiara Andini
- Karena Ku Cinta – Bunga Citra Lestari
- Cinta Luar Biasa – Andmesh
- Sempurna – Gita Gutawa
- Aku Cinta Dia – Andien / Ricky Lionardi
- Hari Bersamanya – Sheila On 7
- Sayap Pelindungmu – The Overtunes
- I Love You 3000 – Stephanie Poetri
- Love Story – Melly Goeslow / Irwansyah
- Makin Aku Cinta – Krisdayanti / Anang
- Percayalah – Afgan / Rossa
- Definisi Bahagia – Vidi Aldiano
- Kau Adalah – Isyana Sarasvati
- Akad – Payung Teduh
- 1000 Tahun Lamanya – Tulus
- Kubahagia – Melly Goeslow
- Bahagia – Gamaliel Audrey Cantika
- Hebat – Tangga
- Teristimewa – Raisa
- Lagu Nikah – Juicy Lucy
- By My Side – Maudy Ayunda / David Choi
- Hari Ini Esok Lusa – Brisia Jodie
- Candu Sampai Ke Nadi – Hanif Andarevi
- Arti Cinta – Lalahuta

Lagu Kahwin Klasik
Ada juga di antara anda pastinya ingin memeriahkan kenduri kahwin anda dengan alunan lagu-lagu tradisi bertemakan perkahwinan dan cinta. Lagu-lagu nuansa joget, zapin dan inang pastinya dapat memeriahkan suasana.
Sesuai juga lagu-lagu ini dijadikan pilihan untuk membuat acara joget lambak. Pasti tetamu yang hadir terhibur dengan seleksi klasik yang ceria dan penuh dengan nasihat.
- Selamat Pengantin Baru – Puan Sri Saloma
- Joget Pengantin Baru – Rafeah Buang
- Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak
- Joget Usik Mengusik – Datik Sharifah Aini
- Joget Malam Berinai – Sanisah Huri
- Tari Bunga Rampai – Gaya Zakri
- Pandang Pandang, Jeling Jeling – Dato SM Salim / Dato Sri Siti Nurhaliza
- Gambus Jodoh – Tan Sri P.Ramlee
- Nazam Berkasih – Syura
- Joget Memikat Hati – Aishah / Datuk Ahmad Jais
- Sudah Kahwin Ke Belum – Ahmad Daud / Rafeah Buang
- Zapin Tujuh Purnama – Amelina
- Joget Siapa Dia – Wann
- Dondang Dendang – Noraniza Idris
- Joget Kenangan Manis – Sudirman
- Fatwa Pujangga – Dayang Nurfaizah
- Joget Berhibur – Dato Sri Siti Nurhaliza
- Tari Silat Melayu – Aishah
- Ewah-ewah – Wany Hasrita
- Pengantin Tiba – DJ Dave
- Menanti Sireh Berlipat – Nurhaida
- Sekapur Sirih Seulas Pinang – Puan Sri Saloma
- Masri Manis – Dato Sri Siti Nurhaliza
- Tukar Cincin Tempah Pelamin – Zaleha Hamid
- Selasih Ku Sayang – Rafeah Buang / Datuk Ahmad Jais
Diharapkan senarai lagu yang disediakan dapat menghilangkan rasa gusar bakal pengantin untuk memilih lagu majlis perkahwinan. Untuk memudahkan majlis, sediakan senarai lebih awal untuk diberikan kepada DJ bertugas.
Anda juga boleh membuat playlist terlebih dahulu di medium muzik online seperti spotify dan joox. Ini pasti akan membuatkan majlis anda berjalan dengan lebih lancar.
Nak lagi mudah, kahwin saja di Nikahsatu Studio, pakej lengkap kami siap sertakan emcee yang boleh tolong putarkan lagu-lagu kahwin untuk anda. Lihat pakej kahwin lengkap siap pelamin serendah RM3,615 di sini.