fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

Idea Menarik Hiasan Romatik Untuk Majlis Kahwin Outdoor

Nak buat majlis perkahwinan outdoor tetapi tiada idea untuk meromantikkan majlis perkahwinan anda. Apa kata anda scroll bawah dan baca habis artikel ini.

Mana tahu anda dapat ilham untuk majlis pernikahan anda.

Penggunaan Lampur Berkelipan

Pengunaan lampu berkelipan seperti fairy lights boleh dilihat semakin mendapat populariti di kalangan pengantin-pengantin baru. Banyak kaedah yang boleh anda guna untuk terapkan cahaya ke dalam majlis perkahwinan anda.

Yang paling mudah adalah hiasan pelamin serta hantaran anda. Kerana dua perkara ini boleh dinampak dengan mata kasar tanpa kelihatan berlebihan atau memaksa. Pelamin yang backdrop menggunakan fairy lights sahaja sudah nampak cantik. Pelbagai warna dan reka bentuk boleh anda pilih.

Kalau fairy lights lebih kepada nampak estetik yang romantik, maka lilin pula mewujudkan suasana romantik itu sendiri. Lilin ini juga anda boleh DIY untuk mengikut bau dan rupa yang anda mahukan. Set permulaan banyak dijual di pasaran.

Penggunaan Riben

Juraian riben ini jauh lebih murah dan juga mudah untuk digubahkan berbanding penggunaan langsir untuk majlis perkahwinan pengantin. Riben boleh didapati di kedai kraf dengan harga yang murah dan anda boleh membeli riben secara borong menerusi atas talian.

Lagi-lagi jika anda mahu menghiasi kanopi tempat makan majlis perkahwinan anda. Dengan angin yang berterbangan membuatkannya seakan keterbangan. Hiasan riben menggunakan bingkai dreamcatcher lebih mudah untuk dihias kepada ia kecil dan mudah untuk tanggalkannya.

Selain itu, kehadiran riben berwarna warni ini membuatkan sesiapa yang pandang mesih terpikat hati mereka. Gabungan dengan hiasan lain seperti belon dan lampu berkelip juga tampil menarik.

Penggunaan Balang Kaca

Selain daripada harganya yang berpatutan, hiasan seperti ini akan membuatkan majlis perkahwinan anda tampil elegen dan tidak kelihatan murah. Anda juga tidak akan kelihatan berlebihan dalam usaha menghiasi lokasi perkahwinan. 

Balang kaca boleh dibiarkan kosong atau boleh boleh dihiasi pula dengan lilin atau bunga-bunga. Gabungan balang kaca serta bunga segar memang menyamankan majlis anda. Ia boleh digantung dan juga boleh dihiasi di atas meja makan majlis anda.

Jika anda mahu mengantungkannya anda boleh belajar cara mengikat tali kepada balang kaca anda menerusi atas talian. Anda tidak perlu lagi risau jika balang kaca ini akan pecah dan mencederakan tetamu anda.

Penggunaan Potongan Atau Elemen Kayu-Kayuan

Anda boleh cari pelbagai reka bentuk potongan kayu di atas talian. Bentuk hati yang diukir nama pengantin sesuai untuk dijadikan tanda selamat datang kepada tetamu majlis pernikahan. Anda juga boleh dapatinya dalam banyak saiz.

Saiz yang kecil sesuai untuk dijadikan sebagai keychain untuk simpanan tetamu anda. Pilihan warna juga banyak dan jika anda boleh warnakan sendiri potongan kayu ini dengan spray cat ataupun pewarna arcylic.

Penggunaan Hiasan Bergantung

Hiasan gantungan juga mempunyai banyak jenis. Yang anda boleh DIY sendiri pun banyak. Harganya juga berpatutan dengan rupanya yang sangat cantik. Ada yang kasual dan ada yang formal.

Depends kepada style majlis perkahwinan yang anda mahukan, jenis gantungan juga berbeza-beza. Gaya grand dan simple juga banyak untuk anda buat pilihan. Memang nampak romantik sangat.

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago