fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

Hiasan dewan ini bergantung kepada dewan yang anda pilih juga. Dewan serbaguna agak sukar untuk mengantungkan hiasan untuk majlis namun hiasan meja serta bunga adalah perkara biasa untuk dihiaskan.

Anda juga boleh berbincang dengan wedding planner jenis hiasan yang anda mahukan supaya anda confirm adakah mereka boleh membuat hiasan seperti yang anda mahukan di dewan yang mereka sediakan.

Lampu Berkelipan

Bila dengar hiasan lampu sahaja mesti automatik fikir pasal majlis di waktu malam. Tapi sebenarnya tidak. Siang hari pun boleh tampilkan ciri lampu berkelipan ini tau. Bila ambil gambar pengantin memang nampak sangat photogenic.

Fairy lights lah yang paling popular digunakan oleh pengantin serta wedding planners ini. Ini kerana fairy lights ini ada banyak warna jadi kalau nak matching dengan tema warna perkahwinan itu memang cun lah sangat.

Nak guna pun lebih senang. Ada yang guna plug, USB dan juga bateri. Harga pun murah sahaja nak banding dengan hiasan yang fancy. Majlis perkahwinan pasti estetik dengan penggunaan lampu ini. 

Susunan Lilin

Lilin ini pilihan bagi yang nak nampakkan majlis perkahwinan itu romantiklah. Biasanya tidak dinyalakan pun, hanya sekadar hiasan sahaja. Kalau nyalakan lilin, biasanya ia dijadikan hiasan untuk meja makan bagi tetamu.

Datang dalam pelbagai jenis serta saiz. Yang paling popular adalah tealights candle. Ini adalah kerana mereka kecil, berkos murah dan kemungkinan untuk berlaku inccidents adalah sangat kecil. Namun boleh menjadi bahaya jika ada anak kecil berlari-lari atau yang gatal tangan menyentuh situ sini.

Hiasan Gantungan

Jika anda mahu gunakan lilin juga, idea yang bagus adalah mengantungkannya. Nampak cantik dan anda tidak perlu bimbang akan hiasan lilin anda. Namun bukan sahaja lilin boleh digantung. Pelbagai hiasan gantungan seperti bunga, belon, riben, pokok succulent serta tanglung bagi yang nak buat tema orriental.

Semuanya adalah idea yang bernas untuk menghiaskan dewan majlis perkahwinan anda. Bukan sahaja indoor wedding, outdoor wedding memang sangat recommend guna hiasan gantungan ini.

Di pasaran banyak yang lawa dan murah sahaja harganya. Anda nak gantung pun kena cari bekas juga. Yang viral semestinya guna bekas terrarium. Namun banyak lagi idea bekas boleh anda gunakan instead bekas terrarium ini.

Contohnya, kalau nak gantung bunga mestilah elemen kayu lebih sesuai jadi cari pasu bunga kayu untuk digantung juga idea yang menarik untuk majlis anda. Hiasan seperti belon atau riben pula lebih simple kerana anda tidak perlu gunakan bekas untuk mengantungkannya.

Lampiran Kain

Gantungan syiling ini akan dibuat oleh jenis kain yang ringan dan juga durable untuk digantung. Anda boleh melihat jenis kain yang sesuai dalam internet dan kebanyakannya menggunakan sheer voile iaitu kain ringan yang jarang. 

Penggunaan kain jarang ini membolehkan anda menambah tambahan dekorasi seperti vines pokok dan juga fairy lights. Dengan penambahan hiasan ini, gantungan kain anda juga akan nampak lebih mewah.

Gabungan warna dalam gantungan kain ini juga menarik. Tema galaxy atau garden memang sepadan dengan gantungan kain ini. Hiasan ini tidak akan buatkan dewan nampak tacky dan mampu mengagumkan tetamu anda.

Pokok Palsu

Hiasan pokok palsu adalah sesuai bagi yang ingin terapkan kehijauan dalam hiasan dewan anda. Saiz adalah mengikut atas kepada jenis hiasan yang anda cuba buat menggunakan pokok palsu ini.

Contohnya, hiasan meja. Pokok sebagai hiasan meja boleh jadi besar supaya ‘payungkan’ meja makan tetamu. Ia juga boleh jadi petit dan diselitkan bersama set sudu garfu. Pokok seperti succulent palsu adalah popular untuk hiasan meja makan. 

Anda juga boleh gunakan pokok palsu sebagai pembahagi atau tunjukkan arah untuk tetamu. Ini adalah cara yang senang untuk membahagi tetamu lagi-lagi untuk mengikut SOP dewan majlis perkahwinan.

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago

Idea Menarik Hiasan Romatik Untuk Majlis Kahwin Outdoor

3 years ago