fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

5 Konsep Pelamin Outdoor Yang Bergaya Dan Trendy

Pelamin outdoor ini sangat popular di kalangan pengantin-pengantin muda yang mahukan kelainan di dalam majlis perkahwinan mereka. Tema seperti rustik dan boho sering ditemani dengan pelamin outdoor ini. 

Tetapi masa yang dipilih untuk membuat pelamin outdoor ini juga kena betul. Janganlah pula anda pilih musim tengkujuh. Anda juga sebaiknya mempunyai pelan kedua jika tiba-tiba hari hujan semasa hari perkahwinan anda.

Bagi yang pengantin baru yang meminati alam sekitar dan benci berkurung di dalam dewan perkahwinan, anda boleh meninjau pelamin outdoor ini terlebih dahulu.

1. Pelamin Khemah

Sememangnya idea utama apabila berfikir mengenai pelamin outdoor ini. Pelamin khemah ini boleh mengambil ruang yang besar jadi tempat yang anda pilih mestilah diberi tumpuan. Eloklah anda mencari dan survey vendor perkahwinan terlebih dahulu jika mahukan pelamin sebegini. 

Namun khemah kecil dan khemah versi separuh juga boleh anda mempertimbangan jika anda mahu gaya pelamin seperti ini. Khemah separuh bukan sahaja kelihatan kasual, ia juga sesuai bagi anda yang mahu mengunakan pelamin mini sahaja. 

Pelamin khemah ini hanyalah satu idea tempat untuk anda membuat dan menyiapkan pelamin anda. Ini bermaksud anda mempunyai kebebasan penuh untuk memilih hiasan pelamin anda. Namun bunga segar tetap menjadi satu kepentingan jika anda mahukan pelamin outdoor ini.

2. Pelamin Berdindingkan Kayu

Dinding kayu sebagai latar belakang perkahwinan anda menjadikan pelamin anda ala rustik dan menaikkan rasa ketenangan terhadap pelamin anda. Saiz serta warna dinding kayu ini juga perlu dipilih dengan baik sebelum membuat keputusan. 

Hiasan tidak perlu digantungkan di dinding kayu anda. Pasu bunga sudah memadai untuk anda susunnya di bahagian bawah pelamin anda. Namun jika anda mahu memenuhkan papan kayu anda, sebarang dekorai yang berjuraian adalah sudah cukup cantik. 

Selain itu, anda juga boleh memenuhi separuh daripada dinding kayu anda dengan bunga segar yang berwarna dominan untuk menonjolkan lagi kontra anda dinding kayu dengan bunga anda. Pasti meriah bila nak ambil gambar nanti.

3. Pelamin Backdrop Bingkai

4. Pelamin Bertemakan Taman

Memandangkan anda memilih outdoor sebagai lokasi anda, tema pelamin taman ini pasti perlu anda pertimbangan juga. Selain daripada kemudahan penyusunan dekorasi ini, gaya taman membawa pelamin anda seakan kelihatan alive di mata orang ramai.

Sarang burung dan juga langsir drape memang pilihan utama untuk yang memilih tema taman ini. Anda boleh pilih nak taman bunga ke, taman rama-rama ke ataupun taman burung. Nak gabungan idea pun boleh.

Lagi satu, jika mahukan pelamin taman ini, disarankan untuk tidak memilih bunga plastik. Kerusi yang dipilih tidak perlulah berlebihan, cukuplah bangku atau kerusi rotan untuk menaikkan rasa tranquil ketika berada di alam semula jadi.

5. Pelamin Serba Putih

Tema pelamin serba putih yang klasik ini memang sesuai jika berada di outdoor ini. Nampak suci dan rasa romantik sangat kalau guna serba putih ini. Tapi ingat kalau anda memilih serba putih ini, anda perlu pandai bermain dengan hiasan pelamin anda kalau tidak semuanya akan tampil tenggelam.
Hiasan tidak terhad walaupun anda memilih warna putih sahaja. Pelbagai gabungan daripada setiap dekorasi boleh anda pilih untuk menjadikan pelamin serba putih anda nampak bergaya dan up to date.

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago