Kebanyakkan idea pelamin-pelamin sekarang makin megah dan complicated mata memandang. Namun bagi zaman PKP ini semuanya nak cepat dan mudah, ramai pengantin yang mencari idea-idea baru yang simple dan mudah untuk pelamin mereka.
Gaya yang boleh dibuat sendiri lagi dialu-alukan untuk menjimatkan lagi budget untuk membuat majlis perkahwinan ini. Teruskan membaca jika anda mahu tahu apakah idea pelamin yang tampil simple tapi masih mempersonakan
Pelamin Lampu Berkelipan
Dengan kos yang rendah, anda mampu memiliki pelamin yang kelihatan sangat estetik. Menggunakan daya kreativiti yang sedikit, anda juga boleh DIY rupa ini sendiri. Walaupun mentol lampu menjadi pilihan, lilin juga mampu memberi impak yang menarik.
Semestinya, lampshade mentol juga menjadi pilihan yang boleh membuatkan anda rambang mata. Anda boleh memilih kaedah yang mudah iaitu beli sahaja gaya lampshade yang yang ada berkenan atau anda boleh buat sendiri. Pelbagai gaya DIY seperti yarn ball boleh anda jumpai di dalam Internet.
Jika anda nak gunakan lilin, kedua lilin biasa dan lilin tealights berfungsi dengan baik untuk pelamin seperti ini. Anda boleh membeli bekas untuk meletakkan lilin ini di pasaran atau anda boleh menggunakan balang kaca untuk mengisinya. Balang kaca anda kemudianya diikat menggunakan tali kraft untuk menggantungnya.
Pelamin Belon
Pelamin belon ini bukan sahaja kelihatan sangat cantik, ia juga adalah tersangat mudah dan murah untuk dibuat. Jika anda mahu lakukannya sendiri, disarankan untuk mengisi belon lain di dalam belon (double stuff) yang anda pam belon supaya ia kelihatan lebih profesional.
Tutorial cara untuk anda membuat hiasan belon ini boleh dicari di dalam Internet juga. Selain gelungan belon yang cukup popular, anda juga boleh menampal terus belon ke dinding anda ataupun menampalnya di bingkai kayu backdrop pelamin anda.
Hiasan seperti bunga hanya digunakan untuk menutupi sebarang kecacatan dalam gubahan anda jadi angka bunga adalah minimal sahaja. Gabungan belon serta bunga memang menawan hati si pelihat.
Pelmain Backdrop Grid Wall
Selain daripada kecantikannya yang menyerlah, backdrop grid wall ini adalah kanvas kosong untuk anda menyerlahkan kreativiti anda. Barang hiasan seperti fairy lights, bunga segar atau bingkai gambar juga anda boleh gantungkan kepada backdrop ini.
Sekiranya anda mahu siapkan backdrop ini lebih awal, anda juga boleh memilih bunga dan dedaun palsu. Batang mereka yang senang untuk dilentur menjadikan kerja menghias anda lebih mudah.
Saiz tidak perlu lah besar atau panjang. Yang bersaiz sederhana pun sudah cukup mantap. Walaupun nampak simple tapi memang cun. Kalau nak nampak lebih kasual, bangku lebih sesuai digunakan daripada sofa.Gaya yang effortless dan tampil menarik sebagai pelamin anda.
Pelamin Backdrop Langsir
Jika anda orang yang minat dan suka menjahit, pelamin backdrop langsir ini mungkin idea yang bernas untuk anda. Pelbagai jenis kain yang boleh anda pilih untuk dikenakan dengan tema pertunangan atau perkahwinan anda.
Backdrop langsir ini juga memberi anda keruangan untuk menggabungkan pelbagai pilihan warna yang berbeza. Selain itu, anda juga boleh membeli langsir ready made sahaja. Tambahan seperti jurain bunga dan dedaun boleh ditambah untuk mencantikkannya lagi.
Anda juga boleh membuat dua lapis langsir dan mengikat langsir di hadapan dengan riben bunga untuk effect flora. Warna kain yang anda pilih memainkan peranan penting untuk pelamin anda.
Pelamin Hiasan Berbulu
Hiasan bulu ini adalah satu idea yang luar biasa dan akan memberi impak yang besar jika anda berjaya achieve gaya yang anda mahukan. Anda boleh penuhi dinding dengan hiasan bulu-bulu palsu ataupun anda boleh membuat juraian bulu palsu.
Banyak corak bulu palsu di pasaran jadi anda cuma perlu beli yang mana anda mahukan. Backdrop bulu emas yang digantung juga kelihatan sangat indah. Latar belakang seperti ini bukan sahaja kelihatan keakan-akan bertema boho, ia juga sesuai untuk tema glam atau moden.
Ataupun juraian bulu palsu digabungkan dengan gantungan langsir, memang nampak cantik sangat. Penggunaan bulu palsu ini sudah cukup bagi pelamin anda, jadi anda tidak perlu membeli hiasan seperti bunga-bunga.