fbpx

5 Idea Pelamin Baru Yang Boleh Anda Cuba

Idea penghiasan pelamin ini makin kreatif dan rumit kehari. Semakin banyak gaya diterapkan untuk menjadikan pelamin yang memuaskan hati pengantin-pengantin.

Jadi kami juga telah mengabungkan beberapa idea pelamin yang jarang dibuat di Malaysia ini, manalah tahu anda boleh mendapat ilham pelamin daripada artikel ini. 

Jika anda adalah orang yang meminati kelainan dan tak nak pelamin yang kelihatan typical bolehlah teruskan membaca artikel ini. Ada yang anda boleh DIY sendiri sahaja. Mudah.

1. Pelamin Khemah

Gaya yang lain daripada lain, khemah kecil ini sangat sesuai untuk pelamin mini outdoor. Bukan sahaja boleh di DIY sendiri, ia juga sangat cantik dipandang. Anda boleh cari tutorial cara memasang kayu-kayu tersebut, ataupun anda boleh serahkannya kepada profesional sahaja. 

Kebiasaannya bangku kayu yang dibalut dengan kain akan digunakan sebagai kerusi pelamin. Hiasan biasa seperti bantal dan juga bunga boleh digubah kepada gaya pelamin sebegini. Bunga segar amatlah sesuai digunakan jika anda mahu melakukan pelamin outdoor. 

Warna kain khemah anda bolehlah mengikut tema anda ataupun sebaliknya. Gaya santai ini memang nampak sangat relaks dan cool bagi pelamin mini.

2. Pelamin Teepee

Mengikut sejarah, teepee adalah khemah yang digunakan oleh orang nomad iaitu penduduk asli Amerika dan oleh orang asli di Eropah Utara dan Asia. Namun pada zaman sekarang teepee bukan sahaja digunakan oleh orang asli malahan teepee in makin diserapkan ke dalam dunia teknologi menjadikannya satu idea dekorasi yang menarik. 

Bagi pelamin juga,ini mungkin idea bernas bagi yang inginkan tema rustik untuk pelamin anda. Dipenuhi dengan bunga dan dedaun, pasti yang minat flora sukakan idea ini. Kerusi atau bangku boleh digunakan dalam pelamin seperti ini. Dan jika anda berminat nak buat sendiri. 

Perkakasan yang digunakan juga mudah untuk dicari. Wooden dowels panjang akan dilubangkan menggunakan drill untuk mengisi tali di dalam lubang tersebut.

Selepas tali berjaya masuk di dalam beberapa batang wooden dowels, anda bolehlah mengikatnya supaya menjadi rangka teepee anda. Sama ada anda nak isi kain atau tidak adalah pilihan anda.

3. Pelamin Maghribi

Gaya Maghribi ini menampilkan gaya yang berani dan warna yang terang dengan gabungan antaran corak hiasan yang rumit dan juga elemen metallic.

Kebiasaanya juga gaya ini menunjukkan perabot kayu yang diukir dengan teliti yang menonjolkan lagi warna merah, oren, biru dan hijau yang terang.

Pouf ottomans sangat sering digunakan dalam style Maghribi ini juga sesuai sebagai hiasan pelamin anda. Jika anda berminat dengan Timur, anda boleh menambah motif gaya Maghribi ke tema pelamin anda. 

4. Pelamin Buai

Gaya Maghribi ini menampilkan gaya yang berani dan warna yang terang dengan gabungan antaran corak hiasan yang rumit dan juga elemen metallic. Kebiasaanya juga gaya ini menunjukkan perabot kayu yang diukir dengan teliti yang menonjolkan lagi warna merah, oren, biru dan hijau yang terang.

Pouf ottomans sangat sering digunakan dalam style Maghribi ini juga sesuai sebagai hiasan pelamin anda. Jika anda berminat dengan Timur, anda boleh menambah motif gaya Maghribi ke tema pelamin anda. 

5. Pelamin Gelungan Buai

Sama seperti pelamin buai, namun pelamin gelungan bunga ini lebih elaborate dan complicated. Jangan kelirukan dengan backdrop gelungan bunga pula ye. Ini adalah kerana gelungan bunga ini menjadi sofa atau bangku kepada pelamin anda, bukan setakat hiasan sahaja. 

Buai kerusi gantung boleh menghasilkan effect seperti ini juga. Ataupun buai gantung anda boleh ditambahkan geluangan bunga untuk melawakannya lagi.

Jumlah bunga serta ranting kayu yang boleh anda guna bolehlah mengikut kehendak anda sendiri. Anda juga boleh menghiasi separuh sahaja gelungan tersebut. Juntaian bunga digabungkan dengan gelungan ini pun sangat sepadan. 

Melati

NikahSatu Writter

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

1 year ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

4 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

4 years ago