fbpx

Fesyen Baju Pengantin Terkini Yang Trending Sepanjang Tahun 2020

Majlis perkahwinan sememangnya mempunyai banyak perkara yang perlu difikr dan diuruskan. Salah satu perkara yang penting untuk melangsungkan majlis perkahwinan ini, adalah baju pengantin anda. Tidak lengkap majlis perkahwinan anda tanpa kehadiran baju pengantin ini.

Pemilihan baju pengantin ini juga perlu dititikberatkan ya. Anda boleh pilih sama ada nak custom baju pengantin sendiri, sewa ataupun beli sahaja yang sudah siap di butik pengantin. Lebih baik uruskan baju pengantin ini awal-awal kalau tidak timbul masalah nanti susah. 

Bagi yang nak custom sendiri, anda perlu consult tukang jahit terlebih dahulu mengenai masa yang diperlukan untuk menjahit baju pengantin tersebut. Selain itu, saiz baju adalah sangat penting. Mungkin masa anda testing saiz baju pengantin ia sesuai dengan anda, namun nanti silap-silap tengok ada masalah. 

Mungkin terlalu besar, terlalu kecil, terlalu pendek, atau gaya jahitan tidak sepadan dengan apa yang anda inginkan. Tengok-tengok warna tidak sesuai dengan anda. Malah jika tidak berhati-hati, pilihan baju nikah tersebut tidak kena langsung dengan tema majlis pernikahan anda.

1. Baju Pengantin Songket

Sumber: Pinterest

Kain songket ini sememangnya menjadi  pilihan utama untuk majoriti bakal pengantin yang menginginkan gaya tradisional Melayu. Dengan kemewahan serta kepelbagaian warna songket ini, memang menampakkan keanggunan serta keayuan pengantin baru. 

Baju pengantin songket ini biasanya digabungkan dengan aksesori klasik seperti dokoh tembaga, pending dan cucuk sanggul yang pastinya nampak cun. Gaya gabungan songket moden seperti peplum, dress dan mermaid juga sangat trendy untuk style baju pengantin ini.

2. Baju Kurung Pahang

Seperti namanya, baju kurung ini adalah warisan sejarah daripada negeri Pahang. Beza baju kurung ini dengan yang biasa adalah kekembangan di bahagian pinggang baju kurung ini. Sangat sesuai bagi anda yang mengutamakan ciri minimalis dalam majlis perkahwinan anda. 

Potongan rapi baju kurung ini menyenangkan pengantin untuk bergerak dan melayan tetamu yang datang. Gaya baju kurung Pahang ini juga akan stay elok di badan jadi tidak perlu anda khuatir semasa anda berjalan.

3. Baju Pengantin Muslimah

Baju pengantin muslimah ini menampakkan gaya yang cantik dan lemah lembut kepada pengantin baru. Baju muslimah ini bukan terdiri daripada jubah sahaja ye, tetapi juga gaun kembang serta kepelbagaian jenis baju kurung yang longgar.

Jika nak baju muslimah sebagai baju pengantin anda, potongan baju pengantin mestilah longgar dan tidak menampakkan bentuk badan.Kain yang digunakan juga tidak jarang dan nipis. Kebiasaanya hanya aksesori ringkas seperti flower crown disuaikan dengan baju pengantin muslimah.

4. Baju Pengantin Gaun

Menampilkan gaya ala puteri, baju pengantin gaun ini mendapat sambutan hangat daripada pengantin-pengantin baru. Bahagian atas gaun ini adalah form-fitted dan kembang di bahagian bawahnya. Kekembangan baju gaun adalah mengikut kesukaan anda. Lagi kembang, lagi princess like.

Ada juga gaun yang mempunyai train ataupun kain meleret di bahagian belakang baju pengantin. Gaun menampakkan keanggunan dan menaikkan lagi ciri princess dalam diri pengantin.

5. Baju Pengantin Melayu Tradisional

Gaya yang simple dan timeless bagi fesyen baju pengantin ini. Cekak musang dan teluk belanga merupakan dua pilihan yang boleh dipilih jika anda mahukan gaya baju tradisi Melayu ini. Dipadankan pula dengan set aksesori seperti tengkolok dan keris memang nampak segak.

6. Baju Kurung/Melayu Moden

Potongan baju melayu dan baju kurung ini adalah tanpa pesak yang menjadikannya tampil rapi dan kemas. Bagi baju kurung moden, kain lace yang dijahit di bahagian baju sangat popular di kalangan pengantin. Lace 3D juga boleh anda pertimbangan untuk baju kurung moden.

7. Baju Pengantin Pastel

Warna pastel adalah warna muda yang kelihatan pucat yang digambarkan sebagai warna yang menenangkan. Gaya warna pastel ini memang nampak estetik dan menjadi hype dalam pilihan warna baju pengantin di Malaysia.

8. Baju Pengantin Putih

Warna putih merupakan warna yang sinonim bagi baju pengantin baru. Warna klasik yang sering digayakan dengan pelbagai aksesori.

Tidak kiralah design atau gaya yang anda pilih, warna putih ini memang nampak elegen. Dari baju kurung tradisional ke baju pengantin modern seperti peplum, warna putih adalah pilihan utama. 

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

1 year ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

4 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

4 years ago