fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

5 Gaya Baju Pengantin Muslimah Yang Style Dan Menawan

Baju pengantin ini membawa banyak makna semasa berlangsungnya majlis perkahwinan anda. Dalam mencipta kenangan terindah anda, baju pengantin anda juga perlu diberi perhatian penuh.

Biasalah nak pilih baju ni, kadang-kadang terlalu besar, terlalu kecil, terlalu pendek, atau gaya jahitan tidak sepadan dengan apa yang anda inginkan, sebab itulah survey perlu dibuat dulu. Lagi-lagi jika anda mahukan gaya baju pengantin yang specific.

Baju pengantin orang Melayu mestilah mengutamakan ciri sopan santun dan ayu. Pelbagai gaya baju pengantin muslimah boleh anda cari di butik pengantin. Dari jubah, baju gaun dan juga baju kurung yang sangat lemah lembut gayanya.

1. Baju Pengantin Gaun

Baju pengantin gaun ini sememangnya sudah sinonim dengan gaya baju pengantin muslimah. Baju gaun ini juga ada banyak jenis, bukan yang kembang-kembang sahaja tau. Yang kembang lebih dikenali dengan nama ballgown, cukup popular di kalangan pengantin muda.

Seterusnya ada juga peplum dress dan juga tulle dress. Gaya gaun seperti ini, biasanya dihiasi dengan lace ataupun bunga 3D, baru nampak fancy. Baju pengantin gaun berwarna putih tetap menjadi pilihan utama bagi pengantin perempuan.

Baju gaun pengantin yang ada trail di bahagian belakang adalah lebih lovely, nampak sangat gaya puteri kayangan. Bukan setakat itu, gaun pengantin ini menampilkan lagi kecantikan serta keanggunan pengantin perempuan.

2. Baju Pengantin Jubah

Baju pengantin yang longgar dan cukup selesa dipakai walaupun majlis perkahwinan berjalan dalam jangka masa yang panjang. Baju pengantin jubah juga lebih murah berbanding dengan baju pengantin yang lain.

Jubah baju pengantin biasanya nampak simple namun boleh nampak detail jahitan baju jubah yang berlayer sememangnya mempunyai daya tarikan mereka tersendiri. Bagi pengantin yang ingin mencari dan membeli baju pengantin ready made, jubah pengantin adalah salah satu pilihan anda. 

Hiasan kepala seperti flower crown dan juga metal headband yang dihias menjadi pilihan dengan jubah baju pengantin ini. Jambangan bunga juga menjadi addition yang menarik dengan baju jubah yang mengutamakan penampilan yang simple.

3. Baju Pengantin Kurung Moden

Potongan baju kurung ini adalah tanpa pesak yang menjadikannya tampil rapi dan kemas. Anda tidak perlulah merisaukan lagi mengenai baju anda akan tergerak kesana sini. Gaya yang ringkas sangat sesuai bagi anda yang membuat majlis perkahwinan minimalistic. 

Baju pengantin yang murah serta dapat mempunyai banyak saiz yang disediakan di pasaran. Jika anda mahu custom made, juga tidaklah terlalu mahal harganya jika anda mahukan gaya yang sudah sedia ada di butik pengantin. 

Jika anda mahukan baju pengantin kurung idaman anda sendiri, fikirkanlah terlebih dahulu corak yang anda mahukan supaya tidak kalut semasa penempahan baju pengantin nanti.

4. Baju Pengantin Gaya Floral

Bagi yang meminati elemen bunga, bolehlah mempertimbangan sulaman bunga atau bunga 3D di baju pengantin anda. Elemen bunga sesuai dengan kesemua jenis baju pengantin, memudahkan anda untuk memilih baju pengantin tanpa menghadkan pilihan anda.

Flora boleh menjadi tema perkahwinan anda ataupun warna bunga juga boleh dikenakan dengan majlis perkahwinan anda.

Untuk menaikkan impak bunga, warna putih atau pastel bagi pengantin adalah lebih sesuai. 

Bagi tambahan elemen bunga, custom made lebih sesuai untuk anda membuat pilihan warna serta saiz bunga yang tersendiri. Corak bunga di baju pengantin jubah serta baju pengantin kurung juga adalah sangat menenangkan mata yang memandang.

5. Baju Pengantin Ala Fairytale

Ala-ala puteri kayangan, baju pengantin bertemakan fairytale ini, tidak lari dengan warna warni baju tersebut. Gaun digabungkan dengan warna pastel kain memang cukup indah. Ditambahkan lagi dengan elemen rama-rama serta bunga 3D, nampak bergitu charming sekali.

Walaupun banyak yang berwarna warna, namun pilihan warna solo juga mampu menaikkan ciri fairytale ini. Jadi jangan anda rusing pula semasa memilih warna serta design baju pengantin nanti. 

Selain kain ruffle, kain tulle juga sangat sesuai untuk tema fairy tail ini. Kain kembang yang mempunyai trail di belakang ditambahkan pula dangan jambangan bunga di tangan, memang nampak macam puteri kayangan dah. 

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago