fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

6 Konsep Pelamin Yang Cukup ‘Stunning’

Majlis perkahwinan anda semestinya tidak lengkap tanpa kehadiran pelamin ini. Sekarang banyak idea pelamin yang boleh anda buat sendiri dan juga banyak butik yang dapat anda boleh pilih untuk merealisasikan pelamin idaman anda. Jika anda masih tidak pasti yang mana nak pilih, bolehlah teruskan membaca dahulu.

1. Pelamin Mengikut Warna Tema

Pelamin jenis ini lebih mementing estetik warna keseluruhan pelamin serta hiasan yang dapat menonjolkan lagi warna sofa pelamin anda. Dinasihati supaya warna yang digunakan untuk pelamin ini tidak melebihi daripada tiga. Buatlah pilihan skema warna yang betul.

Janganlah anda menempah warna pelamin yang sama dengan warna baju pengantin anda. Nanti tenggelam, tak nampak seri pengantin nanti. Bila bergambar, tak tahu yang mana pelamin, yang mana pengantinnya.

Putih

Warna pilihan klasik yang masih popular dengan pengantin-pengantin baru. Bila cakap mengenai serba putih ini, memang nampak suci dan anggun pelamin anda. Bila duduk atas pelamin, boleh nampak cahaya di muka pengantin baru.

Jika anda nak DIY sendiri pelamin anda pun senang kerana semua warna in dengan warna putih ini. Kalau anda pilih warna putih dari hiasan bunga, backdrop langsir sampailah ke karpet ia masih mempunyai charmnya yang tersendiri.

Pastel

Warna pastel ini adalah warna pucat dan sering digunakan untuk menggambarkan perasaan tenang serta harmoni dalam sesuatu perkara. Nak singkatkan warna pastel ini warna pudar bebbanding warna yang biasa.

Warna-warna yang popular adalah millennial pink, light azure, creamy mint, and whimsy yellow.  Warna pastel ini memang cukup popular dalam pilihan pelamin pengantin. Ini adalah kerana warna ini menonjolkan sospicated character dan kelembutan dalam pelamin anda.

2. Pelamin Backdrop Bunga

Pelamin gaya ini agak mudah untuk anda DIY sendiri. Asalkan ada perkakasan serta bunga yang mencukupi, memang akan nampak wow. Selidik terlebih dahulu bunga serta warna yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda.

Bunga Dinding

Yang ini memang simple dan memberikan anda gaya minimalis yang cukup enchanting. Anda boleh gam bunga terus ke papan dinding anda atau cucuk dan gam bunga anda ke atas gabus yang kemudiannya digam kepada papan. 

Satu lagi, anda juga boleh beli yang sudah siap namun yang dijual di pasaran tidak mempunyai variasi warna dan juga ia bersaiz agak kecil. Jika anda berasa rajin anda bolehlah bandingkan harga bunga serta kuantitinya di kedai bunga berdekatan dengan anda.

Bunga Juraian

Juraian bunga ini memerlukan props seperti bingkai kayu atau papan dinding untuk menggantung dan menampalnya. . Bunga ini kemudiannya digam satu persatu bersama tali tasi untuk menjadikannya kelihatan berjurai. 

Banyak di pasaran juraian bunga yang cukup cantik dan murah. Konsep seperti ini senang untuk mengambil hati keluarga serta tetamu yang datang ke majlis perkahwinan nanti. Pelamin mini sangat sesuai digayakan dengan jurain bunga ini.

3. Pelamin Bertema

Pemilihan pelamin yang mengutamakanbalance di dalam majlis perkahwinan anda. Mungkin anda mengayakan tema yang sama pada keseluruhan majlis anda.

Rustik

Tema rustik ini boleh dikatakan seperti gaya desa atau countryside di belah Barat. Bagi pelamin ini, kebiasaanya warna yang mengambarkan musim luruh seperti perang dan oren sering digunakkan dalam susunan hiasan pelamin. 

Daun pampas, ranting palsu serta kerusi rotan adalah perkakas yang selalu disediakan untuk tema seperti ini.

Taman

Tema ini boleh diadakan secara outdoor dan juga indoor. Untuk outdoor, hiasan bunga segar yang harum sahaja sudah memadai dengan adanya rumput yang kehijauan pada location majlis perkahwinan anda.

Untuk indoor pula, hiasan backdrop bunga serta sejumlah bunga berwarna warni sangat sesuai untuk kawasan pelamin anda. Anda juga boleh menambah sedikit elemen vintage untuk menampilkan kecantikan pelamin. 

4. Pelamin Menggunakan Props

Sangat umum dilihat dalam pengunaan pelamin mini. Pelbagai jenis bentuk props dapat dipasangkan dengan pelamin. Daripada penyusunan papan pelbagai saiz, gubahan terrarium. Pengunaan props dalam susunan anda memang stunning!

Bingkai Kayu

Bingkai kayu ini juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk ye. Biasanya digunakan bentuk petak sahaja namun bentuk geometri yang lain juga semakin mendapat populariti sebagai backdrop pelamin ini. 

Bingkai kayu biasanya dihiasi dengan bunga,dedaun atau tali yang berjurai untuk menghasilkan gaya yang minimalis. Hiasan tidak boleh overload nanti tak lawa pula. Konsep ini menjimatkan kos perbelanjaan anda dalam pembuatan pelamin ini. 

Bunga Hiasan

Perkakasan umum yang digunakan dalam hampir semua majlis perkahwinan di Malaysia. Hiasan bunga biasanya disusun rapi di dalam pasu yang cantik dan dijadikan perhiasan utama orang pilih pelamin.

Bunga juga mempunyai banyak warna jadi ia adalah jalan mudah untuk menyelaraskan pelamin mengikut tema pelamin anda. Namun gubahan bunga ini biasanya dibuat oleh profesional. Ini adalah kerana mereka tahu aturan warna, saiz serta jumlah yang sesuai untuk pelamin anda.

5. Pelamin Floral

Bunga. Bunga di mana-mana. Pencinta alam mesti suka konsep seperti ini. Biasanya bunga palsu digunakan semasa mengubah, kerana ia lebih senang dan mudah dirapikan. Lebih praktikal untuk pelamin anda. Kalau ada orang gatal tangan sentuh, taklah hancur gubahan bunga anda.

Gelungan bunga untuk pelamin ini boleh dibuat dalam pelbagai saiz. Gelungan anda boleh cari di pasaran atau anda boleh membuat menggunakan dawai kraft. Seterusnya lilitkan floral tape kepada gelungan bunga anda.

Gelungan bunga yang kecil boleh digantung kepada langsir backdrop anda manakala yang bersaiz besar boleh dijadikan sebagai backdrop anda terus. Dedaun akan diselitkan kepada gelungan bunga supaya tambil neutral. 

6. Pelamin Mini

Bagi yang meminati konsep minimalis dan juga yang nak menjimatkan kos, bolehlah research lebih sikit mengenai pelamin mini ini. Maklumlah, sekarang musim PKP, nak bergambar sekali pun susah. Jadi baiklah gunakan yang kecil sahaja. 

Pelamin mini ini juga senang untuk diDIY sendiri. Tidak perlu susah-susah nak membuat tempahan untuk pelamin anda. Sofa yang digunakan juga biasanya yang dah sedia ada, cuma perlu tambah hiasan untuk cantikkannya sahaja. 

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

9 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago