Pelamin mini ini sesuai untuk anda nampak low-profile. Jika anda ingin bertunang, pelamin mini ini sangatlah sesuai. Ataupun, dengan virus Covid-19 yang masih menular ini, majlis perkahwinan pun kena buat secara kecilan sahaja.
Dalam situasi seperti ini, pendekatan minimalis terhadap pemilihan pelamin anda lebih menarik hati. Konsep minimalis ini mementingkan kesederhanaan namun ini tidak bermaksud anda perlu mengikut satu idea sahaja.
Sebab minimalis ini juga ada bermacam tema ye.
Bukan sahaja ia nampak lebih estetik, ia juga lebih murah dan menampilkan gaya yang sangat trending di hati pengantin baru sekarang ini. Biasanya gaya minimalis ini dipraktikkan di dalam gaya backdrop yang anda gunakan.
Style seperti ini senang jika anda nak DIY sendiri, jika anda nak upah profesional untuk buat pun tidak ada masalah, Tidaklah duit anda terbang banyak.
Sekiranya anda rasa anda mempunyai kreativi yang diperlukan, anda boleh DIY mengikut cita rasa anda, Pastikan anda selidik dulu dalam Internet gaya yang sesuai mengikut tema. Jika anda lucky, anda mungkin akan jumpa tutorial dalam Internet mengenai gaya pelamin yang anda berkenan.
Jika anda rasa terlalu menyusahkan nak selidik satu-satu tema pelamin mini ini, bolehlah baca terlebih dahulu artikel ini. Mungkin ia mampu memberikan inspirasi dan idea kepada anda.
1. Pelamin Taman Indoor
Konsep taman dan floral ini memang sangat popular di kalangan pengantin-pengantin baru. Ia adalah kerana tema taman ini sangat senang nak arrange. Anda cuma perlukan variasi jenis bunga, pasu dan pelamin yang sesuai, and you’re done!
Rumput pampas serta bunga lavender kering adalah salah contoh jenis bunga yang popular dalam tema taman ini. Bunga segar juga boleh digunakan namun jika anda nak gunakan bunga segar, eloklah tinggalkan kerja itu kepada profesional. Sebabnya, susah anda nak handle bila bunga segar itu mula layu.
Hiasan yang digunakan tidak perlulah terlalu banyak, nanti nampak berserabut pula. Jumlah bunga yang anda hendak gunakan adalah berkait rapat dengan saiz bunga yang anda pilih. Jadi, buatlah selidikan terlebih dahulu.
2. Pelamin Gelungan Bunga
Gaya yang menampilkan gelungan yang diperbuat daripada akar pokok palsu atau vines dengan bunga yang diselitkan di celah akar-akar tersebut. Simple dan nampak estetik. Gelungan boleh digubah mengikut tema warna majlis anda.
Tampalkan gelungan bunga kepada dinding kosong untuk membuat latar belakang yang lebih unik.
Tidak perlu hiasan lain, geluangan ini sudah cukup indah bagi pelamin mini. Anda juga boleh mengikat tassels panjang ke gelungan anda untuk penampilan yang lebih menawan.
Bolehlah anda buat gaya macam dreamcatcher ala Barat gitu.
Gelung bunga juga sesuai untuk pelamin outdoor. Gantung sahaja bunga anda kepada pokok atau dahan di tempat majlis ada diadakan. Sesuai untuk majlis yang lebih private
3. Pelamin Gerbang Floral
Dari lengkungan bunga hingga lengkungan dedaun, ini adalah idea yang kreatif untuk menghiasi pelamin anda. Mempunyai lengkungan perkahwinan adalah style untuk menarik perhatian tetamu anda. Sangat sesuai dengan majlis tema rustik dan glamor.
Terdapat banyak pilihan yang anda boleh buat mengenai gerbang floral ini. Kebiasaannya, gerbang ini dijalinkan dengan kepelbagaian warna bunga untuk mewujudkan warna kontra yang sangat cantik.
Satu lagi idea menarik adalah, mengantung fairylights kepada gerbang bunga anda. Sangat mudah untuk digubah dan memberikan impak besar lagi-lagi pada waktu malam.
Menariknya, gerbang bunga ini tidak perlu tersusun. Gaya wild bunga menjadikan gerbang anda nampak menawan serta semula jadi.
4. Pelamin Juraian Kain
Konsep ini sememangnya yang paling simple anda boleh sediakan. Hiasan mengunakan kain ini adalah mudah dan mempunyai harga yang berpatutan. Kain juga terdapat dalam pelbagai jenis. Sama ada anda mencari gaya yang sederhana dan berpatutan atau mewah dan glamor, pasti ada fabrik yang sesuai.
Selain mengunakan bingkai untuk gantung fabrik anda, anda juga boleh mempertimbangan gelungan bulat untuk membuat gaya wave.
Tema sebegini sesuai digayakan dengan dedaun dan bunga palsu yang kembang. Jika anda ingin DIY gaya ini, banyak video tutorial yang anda boleh ikut dari Internet.
5. Pelamin Bingkai
Bingkai kini terdapat dalam pelbagai bentuk, dari bentuk petak asas hingga ke bingkai yang berlayer. Jika anda ingin gunakan bingkai dalam pelamin anda, ingatlah bahawa pelamin ini perlu stabil supaya ia tidak jatuh.Gaya ini mampu buat orang fokus kepada pengantin sambil kelihatan elegen.
Nantikan kalau ada yang gatal tangan pergi tolak, tak ke aniaya. Jadi stabilkanlah ia dengan beg pasir yang ditutup dengan hiasan seperti bunga atau apa sahaja yang kreatif.
Penggunaan bingkai ini adalah untuk kelihatan sederhana jadi janganlah serabutkannya dengan bunga yang berlebihan. Cukuplah dengan satu atau dua gubahan bunga.
6. Pelamin Hitam
Style yang sesuai bagi pengantin yang ingin menjimatkan kos dalam pelamin. Latar belakang yang berwarna hitam mampu menyerlahkan lagi pengantin dan menampilkan gaya chic. Sangat cantik dikenakan dengan pelamin mini.
Memandangkan papan hitam itu adalah asasnya, anda bolehlah hiasinya dengan gubahan bungaan. Papan ini boleh dicustomize mengikut kehendak hati anda. Jika anda nak hasil yang lebih kreatif, anda juga boleh hiasinya dengan gelungan rotan berbunga.
7. Pelamin Dinding Floral
Pelamin yang sangat menawan dengan pemasangan dinding yang dibuat sepenuhnya dari bunga atau dedaun. Cara yang unik untuk hiasi pelamin mini anda. Saiz dinding ini adalah mengikut kehendak anda.Gabungan warna bunga juga memainkan peranan penting dalam backdrop ini
Nak lebih menarik, anda juga boleh susun warna bunga secara gradient. Salah satu cara terbaik untuk membuat pelamin yang bertema outdoor di dalam rumah anda.
Jika anda ingin membuat pelamin ini secara DIY, kunjungi kedai pemborong bunga segar dan juga nurseri tanaman untuk memilih sendiri hiasan pelamin anda.
Atau anda boleh lihat banyak lagi pelamin-pelamin yang cantik lawa tersedia di NikahSatu. Lihat di sini.