Perkahwinan berlaku hanya sekali seumur hidup. Ini adalah hari bahagia bagi pasangan pengantin, pastinya memang menjadi impian untuk mengadakan majlis perkahwinan yang meriah dan gilang gemilang.
Di sini kami senaraikan lima dewan perkahwinan di Ipoh, Perak untuk anda jadikan arah panduan semasa memilih dewan perkahwinan.
1. Dewan Lestari Cinta Studio
Dewan Lestari Cinta Studio (LCS) menyediakan perkhidmatan penyewaan dewan untuk pelbagai jenis majlis serta pakej lengkap bagi majlis perkahwinan yang superb. Yang istimewanya adalah (LCS) merupakan satu-satunya dewan di Ipoh yang berkonsepkan kristal. Memang selesa dan nampak cantik sangat.
Pelbagai hiasan serta pelamin pengantin yang didesign adalah baru dan uptodate. Dengan menggunakan (LCS) pelamin acrylic berlampu untuk hari bahagia anda, sememangnya nampak menawan di mata.
Selain daripada itu, mereka akan memberi tumpuan penuh dan memantau akan kelancaran majlis perkahwinan anda. Dari awal sampai akhir anda tidak perlu merisaukan mengenai majlis anda kerana (LCS) akan membantu semuanya.
Instagram: @lestaricintastudio
2. Villa Chintha Zara
Bukan setakat pakej majlis perkahwinan sahaja mereka tawarkan, malahan pakej pertunangan, akad nikah, cukur jambul dan banyak lagi anda boleh jumpa di sini. Dengan lokasinya yang berada di tengah bandaraya Ipoh, memang senang untuk anda mencarinya nanti.
Pakej perkahwinan yang disediakan adalah seperti pelamin, set bilik pengantin, baju pengantin, catering, make-up, khemah, DJ, P.A system / karaoke dan lain-lain. Selain daripada itu dewan mereka juga mempunyai ruang yang luas untuk 1500 tetamu, juga menyediakan ruang khas letak kereta kepada para tetamu yang hadir.
Instagram: @zarachintha
3. Rumah Abang Jamil, Ipoh
Kalau tak suka feel dewan yang dah tipikal dengan kebanyakkan majlis kahwin, anda wajib tahu tentang Rumah Abang Jamil Ipoh. Event space kahwin dengan konsep rumah melayu klasik, vibe yang ala-ala garden dan moden!
Tak hanya itu, Rumah Abang Jamil menyediakan pakej lengkap yang pastinya buat pengantin tak pening kepala nak kena fikir macam-macam benda. Semuanya complete dari A-Z. Ekstra seronok bila dapat diskaun sehingga RM5000.
Lihat pakej lengkap Rumah Abang Jamil, Ipoh
4. Sutera Hall – Wedding & Event Place
Dengan harga serendah lapan ribu, anda boleh mendapatkan pakej penuh majlis perkahwinan anda di Sutera Hall ini. Pakej yang mereka sediakan juga serba lengkap dan berbaloi buat pengantin diluar sana.
Antara apa yang boleh anda dapat dari Sutera Hall ini adalah, dewan berdeko yang berhawa dingin serta hiasan Pelamin, team coordinator yang akan membantu anda, pelbagai kelengkapan dewan dan banyak lagi. Kek serta henna khas buat pengantin juga disediakan oleh Sutera Hall ini.
Facebook: Sutera Hall
5. Casa Impian De La Rosa
Casa Impian De La Rosa menyediaankan dewan untuk konsep yang indah dan sangat lovely bagi majlis perkahwinan. Tidak perlu anda risau akan majlis perkahwinan anda kerana di sini anda boleh menjumpai pelbagai servis untuk penyediaan hari bahagia anda.
Dengan harga yang bermula dari RM4700, anda boleh dapatkan hiasan dewan yang cantik dan nampak grand. Semua pakej yang disediakan dari Casa Impian akan diberi kaunter SOP secara percuma kepada anda. Anda boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej yang disediakan untuk majlis perkahwinan.
Instagram: @casa.impian
6. Dewan Dato Ghazali Meru Point
Dewan yang besar dan luas serta dilengkapi dengan penghawa dingin. Dewan ini memberikan anda peluang untuk menghiasi majlis perkahwinan anda dengan tema yang anda mahukan. Dengan homestay dibelakang dewan ini, pasti lebih mudah untuk anda aturkan majlis perkahwinan anda.
Dengan kemudahan seperti surau serta tempat letak kereta yang berdekatan, memang mesra untuk pengantin yang mengunakan dewan ini. Dewan seperti ini mudah jika anda mahu masukkan vendor perkahwinan anda sendiri. Pasti majlis perkahwinan anda tampil sempurna.
Facebook: Dewan Dato Ghazali