fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

5 Sebab Kenapa Ramai Pengantin Berebut Untuk Berkahwin Musim Covid-19

Jangan terkejut! Bakal pengantin memilih untuk berkahwin musim Covid-19? Seriously?? Mesti ramai yang pening untuk fikir bagaimana nak kahwin musim dunia dilanda krisis penyakit ni tapi sebenarnya tau tak ramai yang tengah happy dan sudah pun mula rancang majlis kahwin idaman mereka. Ini 5 sebab kenapa ramai pengantin berebut untuk berkahwin musim Covid-19.

01
Tak perlu dah belanja katering untuk 1000 orang

Jangkaan awal berkemungkinan dalam beberapa bulan lagi, jika keadaan berterusan pulih seperti sekarang, ada kemungkinan majlis berkumpulan secara kecil dalam lingkungan tidak lebih daripada 200 orang akan dibenarkan. Tidak ada pilihan melainkan merancang majlis perkahwinan yang kekal privasi dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat & rakan karib.

 

Di sini pasangan mampu berjimat dalam banyak aspek! Penjimatan duit yang sangat banyak dapat dilihat kalau bilangan catering dikurangkan bersama bujet untuk dewan yang gah tu. It is time for an intimate and tasteful wedding for you and your loved ones.

NikahSatu Tips

Salurkan saving atau extra money hasil dari penjimatan kepada perkara yang lebih memuaskan seperti duit muka rumah pertama mahupun kereta baru untuk kegunaan dengan pasangan. Baru lah betul!

02
Boleh buat event cantik macam style mat saleh, Hello Pinterest!

Apabila majlisnya kecil, sudah tentu samada belanja kahwin akan jauh berkurangan atau boleh lah belanja lebih dekat barang yang di idam idamkan. Pelamin yg selama ni rasanya terlalu mahal, mungkin dapat direlisasikan akhirnya. Meja makan dihiasi bunga segar ala Pinterest, musik live band dan bukan musik USB sahaja.

 

Tak lupa kepada baju fairytale Mimpikita tu, I think I can afford it now! Oh seronoknya!

 

Yang paling istimewa, tiada lagi kehadiran makcik sepupu bawang yang dah lama you all panas yang cuba dielakkan tu.

03
Semua vendor kahwin tengah buang harga masa PKP ni

Semakin ramai seller barang kahwin sedang buat sale gile gile masa PKP/PKPB. Ambil peluang bijak ini untuk mula membeli apa yang boleh dan rebut peluang untuk penjimatan dalam mana mana sudut.

NikahSatu Tips

Pastikan anda deal dengan vendor yang boleh memberikan terma yang flexible, seperti boleh tukar tarikh atau boleh mengembalikan deposit jika perlu. Antara DEALS paling HOT di masa PKP ni ialah Kempen Prihatin Rakyat by Nikahsatu, boleh check out di sini

04
Wedding Gifts Lebih Berkualiti, Kekal Menjadi Ingatan

Apabila jemputan majlis tidak ramai, boleh lah kita berbelanja lebih untuk barangan yang lebih berkualiti. Selamat tinggal telur rebus mahupun kipas lipat mungkin. Coklat ekslusif, bag kitar semula atau Swarovski ekslusif khas buat tiap tetamu yang hadir. Confirm anda dan pasangan akan dipuji menggunung punya.

05
Perancangan Kahwin lebih tenang, it’s all about what you want this time.

Jemputan tak ramai, taklah korang pening dalam proses merancang. Kebiasaannya pengantin cuba puaskan hati mana mana pihak yang mungkin banyak berpendapat, but not this time. Fokus dengan apa yang anda mahukan daripada tema majlis, pilihan jemputan dan designer baju kahwin anda. Bila majlis dah kecil, semuanya mampu dibuat secara sistematik dan kita akan lebih menjaga silaturahim bersama yang tersayang.

 

Sebagai hos, anda juga harus mengambil peranan untuk pastikan health screening background tetamu, social distancing dan sediakan mask muka dan hand sanitizer nanti.

 

Jadi, bergembiralah dan mula plan majlis kahwin anda. Rebut peluang ini untuk booking great deals. Apabila kerajaan umumkan berita baik nanti, sekurang-kurangnya kita pun dah bersedia dalam segala segi. Bersyukurlah kepada siapa yang dapat kawin time ni, memang untunglah korang ! 

NikahSatu Tips

Gunakan kad digital dari nikahsatu.com yang lengkap dengan fungsi RSVP khas untuk majlis kahwin di musim covid. Mudahlah anda mengawal dan menguruskan majlis dengan semua rekod kehadiran tetamu nanti. Sempena PKP kad digital ini diberikan percuma, buat dulu kad FREE ini sekarang walaupun date belum comfirm… benda digital kan, apa2 nanti boleh edit je balik info. Buat kad digital FREE di sini sekarang.

Yaya Rustham

Nikahsatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago