fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

15 Idea Gubahan Hantaran Yang Kreatif Dan Unik

Tidak lengkap majlis perkahwinan jika tiadanya dulang hantaran. Dulang hantaran ini penting bagi masyarakat Melayu kerana ia dianggap sebagai simbol penyatuan antara dua keluarga. Dengan berbalas dulang hantaran, terjalinnya ikatan yang lebih mesra antara mereka.

Atas sebab inilah, anda tidak patut mengambil mudah mengenai dulang hantaran ini. Digalakkan berbincang terlebih dahulu dengan pasangan anda mengenai hantaran supaya tidak timbul sebarang masalah di hari perkahwinan anda.

Pastikan dulang hantaran anda nampak cantik dan teratur supaya tiada kekesalan di kemudian hari. Jumlah dulang yang anda sediakan juga haruslah berpatutan dengan bajet anda.

Yang pentingnya, jumlah dulang pihak pengantin perempuan hendaklah 2 dulang lebih daripada pihak lelaki. Kuantiti dulang hantaran yang diberi dan dibalas mestilah dalam angka ganjil.

Banyak pilihan yang boleh anda buat semasa memilih hantaran. Tetapi sebelum itu, anda hendaklah memilih jenis gubahan yang sesuai dengan tema perkahwinan anda terlebih dahulu. Jangan risau kerana berikut adalah 15 idea gubahan hantaran yang kreatif dan unik khas untuk anda. 

1. Gubahan Terrarium

Dulang gubahan ini mempunyai ciri-ciri moden geometri yang merangkumi dua set iaitu bekas dan tapaknya. Jarang sekali gubahan ini dilakukan tanpa tapak dulang yang berasingan kerana kestabilan yang sukar untuk dikekalkan dengan terrarium ini. 

Gubahan ini sebenarnya sangat senang untuk DIY. Ini adalah kerana banyak kedai menjual bekas kosong terrarium ini. Anda hanya perlukan kepelbagaian bunga dan dedaun kering serta kreativiti. 

2. Gubahan Berasaskan Kotak Kayu

Gubahan kotak kayu adalah salah satu gubahan hantaran yang simple dan effortless untuk diatur. Mengikut cita rasa anda, anda juga boleh mengukir nama anda serta pasangan anda untuk menjadikannya lebih istimewa.

Ia juga senang untuk dibawa dan dipegang, jadi tidaklah susah keluarga anda untuk mengangkat dulang hantaran anda. Anda juga akan hapuskan risiko barang hantaran jatuh dengan menggunakan kotak kayu ini

3. Gubahan Buku Lama

Idea gubahan ini sangat unik kerana jarang pasangan pengantin akan menggunakan buku untuk menyusun hantaran perkahwinan mereka. Jika pasangan anda pencinta buku, anda tidak disarankan untuk menggunakan gaya hantaran sebegini, melainkan anda terasa ingin dimarahi oleh pasangan anda.

Jika anda memilih tema vintage untuk perkahwinan anda, buku-buku lama ini jamin mampu menaikkan lagi suasana meriah di hari bahagia anda. Pastikan hantaran anda dirapikan di atas buku supaya ia tidak terjatuh.

4. Gubahan Lilin Wangi

Gubahan yang mengunakan lilin wangi ini juga senang dibuat dan sangatlah jimat bajet. Lilin wangi mempunyai pelbagai reka bentuk serta pelbagai jenis bau. Anda cuma perlu fikirkan mengenai saiz dulang dan jumlah lilin wangi yang hendak digunakan. 

Lilin wangi ini mampu membuatkan dulang hantaran anda nampak elegant tanpa nampak berlebihan. Anda boleh menghidupkan lilin wangi ini untuk menaikkan lagi mood di hari perkahwinan anda. 

5. Gubahan Dulang Bertingkat

Bagi anda yang inginkan hantaran yang kelihatan lebih grand, anda bolehlah mengunakan dulang yang bertingkat ataupun trolley bertingkat yang kecil untuk menyediakan gubahan dulang hantaran anda. Idea menggunakan dulang bertingkat ini sangat kreatif dan unik.

Seeloknya, dulang yang dipilih hanya bertingkat tiga supaya dulang anda tidak nampak ketinggalan zaman. Cuma anda perlu berhati-hati semasa menolaknya kerana dikhuatiri hantaran anda tidak teratur semasa proses pergerakkan. 

6. Gubahan Kaca

Gubahan hantaran kaca ini sangat bergaya dan nampak high-class. Tidak kira barang yang anda pilih untuk gubahan hantaran dulang anda, dengan mengunakan gubahan kaca ini, ia akan kekal sophisticated.

Anda boleh pilih untuk gunakan bekas kaca mahupun dulang kaca. Jika anda pilih dulang kaca, sebaiknya anda hanya memilih bunga sebagai hiasan sampiran. Ini akan menaikan lagi ciri-ciri dulang kaca anda.

8. Gubahan Bakul

Gubahan bakul ini terdiri daripada banyak variasi. Jika anda ingin kekalkan adat Melayu semasa membuat pilihan, pilihlah bakul yang dianyam daripada buluh, rotan, bemban atau mengkuang. 

Selain itu, bakul yang dibuat daripada surat khabar juga salah satu daripada pilihan bakul yang menarik hati. Gubahan bakul yang dihiasi bunga ini sentiasa akan nampak klasik dan tidak akan dianggap klise dalam gubahan hantaran anda.

8. Gubahan Hamper

Gubahan hamper adalah sangat mudah untuk disediakan kerana tidak perlu dekorasi yang berlebihan. Pastikan anda mempunyai kotak dan kain net hamper ataupun kain bercorak yang bersesuaian dengan tema perkahwinan anda.

Biasanya kotak berpetak dan kotak bulat akan dipilih kerana ia senang diikat. Ikatan boleh dibuat menggunakan riben. Disarankan elak penggunaan plastik sebagai pembalut kerana gesekan daripada plastik akan mendatang bunyi bising serta membuatkan hantaran anda kelihatan murah dan shabby.

9. Gubahan Bantal

Gubahan dulang hantaran berasaskan bantal yang biasa dilihat di kalangan pengantin-pengatin. Ini adalah kerana dulang bantal ini senang dicari dan dihiasi. Anda cuma perlu dapatkan polisterin, kain dan gam kuat untuk melekatkan kain pada polisterin.

Bentuk bantal yang selalu menjadi pilihan adalah segi empat tepat dan bulat. Seterusnya, anda Cuma perlu beli dekorasi yang anda mahukan dan penuhkan dulang bantal dengan kreativiti anda.

10. Gubahan Sangkar Burung

Biasanya sangkar burung plastik yang dihiasi dengan bunga segar menjadi pilihan namun ada juga yang meminati sangkar burung berjenis besi. 

Dekorasi yang menjadi pilihan semestinya pelbagai jenis bunga dan juga burung palsu untuk mengekalkan tema hantaran anda. Anda cuma perlu gamkan bunga hiasan di sarang burung dan selesai. Hantaran boleh ‘dikurung’ di dalam sangkar untuk elakannya hantaran anda dari bergerak.

11. Gubahan Tersembunyi

Gubahan tersembunyi ini menjadi satu trend untuk membuat kejutan kepada pasangan anda. Dengan gubahan sebegini, anda tidak perlu takut lagi dengan kutukan makcik bawang mengenai hantaran yang anda pilih. 

Anda boleh membalutnya menggunakan kertas pembalut biasa dengan menggunakan cara balutan unik ataupun dibalut kemas menggunakan kain. Sebagai contoh, kain tudung dan kain batik.

12. Gubahan Kotak

Penggunaan kotak sebagai dulang hantaran amat mudah dan praktikal. Penggunaan kotak juga tidak memerlukan hiasan yang sarat dan hanya perlu selitkan bunga dan dedaun di kotak anda.

Kotak gubahan anda boleh dibuka atau ditutup mengikut kemahuan anda. Pilihan warna dan saiz adalah sangat penting dalam penggunaan kotak ini.

13. Gubahan Bunga

Gubahan hantaran bunga merupakan gubahan yang sangat menyenangkan mata dan senang didapati. Jika anda pilih bunga tiruan, gubahan anda lebih mudah untuk disiapkan kerana ketahanan dan variasi bunga tiruan di kedai.

Manakala bunga segar akan mengeluarkan bau-bauan yang harum, ia juga mempunyai nilai estetik berbanding bunga tiruan. Angka bunga yang digunakan pula jangan keterlaluan, nanti tenggelam hantaran anda.

14. Gubahan Kayu Rustik

Penggunaan kayu dalam penghasilan dulang sudah lama digunakan oleh pengantin. Ia tampil bergaya dengan style yang boleh dicustomize mengikut kehendak anda. Gaya rustik yang semakin popular ini menjadikan hantaran anda lebih istimewa.

15. Gubahan Sarang Burung

Seakan-akan “love bird”, gubahan sarang burung palsu ini adalah sangat unik dan sesuai bagi anda yang ingin menunjukkan rasa cinta kepada pasangan hati anda. Sarang burung tiruan ini juga simbolik bagi jalinan mesra selamanya.

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago