fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

10 Hantaran Tunang Yang Simple Tapi Kelihatan Elegan

Telah menjadi satu kemestian dalam majlis pertunangan untuk berbalasan hantaran antara kedua belah pihak pengantin. Berbalas dulang hantaran boleh dianggap sebagai lambang jalinan untuk mengukuhkan lagi perhubungan keluarga pasangan pengantin. 

Umumnya, dulang hantaran akan diberi dalam nombor ganjil. Sebagai contohnya, jika pihak lelaki memberikan lima dulang hantaran, pihak perempuan pula akan membalas dengan tujuh dulang.

Ratio dulang biasanya adalah 3:5, 5:7 dan 7:9. Namun bagi hantaran tunang, pilihlah angka dulang yang bersesuaian dengan bajet anda.

Gubahan hantaran yang disediakan haruslah digubah mengikut tema pertunangan anda dan pastikan ia kukuh dan tidak mudah jatuh dari dulang anda. 

Perkara utama yang anda perlu ingat adalah jangan berlebih-lebihan. Dulang hantaran hanyalah sebahagian daripada keseluruhan majlis pertunangan anda.

Bagi hantaran tunang ini, ramai pengantin yang inginkan surprise, namun ada juga keluarga pengantin yang siapkan senarai hantaran supaya bakal besan mereka tidak terasa tersinggung dengan hantaran yang mereka sediakan.

Bagi anda yang berasa rusing mengenai perkara ini, usah risau kerana kami telah senaraikan 10 hantaran yang sesuai untuk majlis pertunangan buat pihak lelaki dan juga perempuan.

1. Hantaran Cincin Pertunangan

Cincin merupakan hantaran yang paling penting dan wajib disediakan di dalam dulang pihak pengantin lelaki. Dulang yang disediakan disarankan mengikut tema pertunangan anda, supaya tidak nampak kekok di mata. 

Dulang hantaran cincin terdapat dalam pelbagai style, dan senang untuk mengubahnya kepada sesuatu yang bergaya dan simple.

Antara gaya yang popular tahun 2020 ini adalah gaya rustic iaitu gaya yang menampilkan ciri-ciri luar bandar. Sebagai contohnya, penggunaan dulang kayu dan kotak cincin yang dipenuhi dengan bunga kering dan bunga rampai.

2. Hantaran Kasut

Bagi hantaran kasut pula, anda tidak boleh memilih secara rambang mengikuti trend fesyen terkini, sebaliknya anda perlu berbincang dengan pasangan anda mengenai kasut yang diminatinya serta saiz kasut pasangan anda sebelum membuat sebarang pilihan.

Kebiasanya, kasut kulit dan kasut bertumit tinggi akan dipilih untuk dijadikan hantaran kasut. Dulang hantaran kasut ini disarankan digubah supaya kelihatan simple dan menonjolkan ciri-ciri kasut pilihan anda.

3. Hantaran Manisan

Hantaran manisan boleh dikatakan hantaran yang paling popular di kalangan pengantin kerana terdapat pelbagai variasi yang boleh anda pilih.

Daripada kek kepada biskut, anda boleh memilih pelbagai jenis manisan yang bersesuaian dengan tema pertunangan anda.

Jika anda rusing dengan pilihan manisan ini, anda juga boleh campur pelbagai jenis manisan untuk menampakkannya lebih unik dan menawan. Sebelum memilih, pastikan pasangan anda tidak mempunyai sebarang alahan terhadap jenis manisan yang anda pilih.

4. Hantaran Set Aromaterapi

Set aromaterapi yang jarang digunakan sebagai hantaran ini mampu membuatkan dulang hantaran anda tampil menarik dan luar dari biasa. Susunan set ini perlulah menggunakan saiz dulang yang sesuai supaya karakter set ini terserlah. 

Contoh aromaterapi yang anda boleh pilih untuk diisi di atas dulang hantaran anda adalah, lilin wangi, minyak pati dan juga pelbagai set penjagaan badan. 

Wangian yang dipilih juga hendaklah diselidik terlebih dahulu supaya pasangan anda meminatinya kerana lain orang, lain minatnya.  Ini juga untuk mengesahkan bahawa pasangan anda akan menggunakan set ini.

5. Hantaran Pakaian

Pelbagai variasi pakaian boleh dipilih untuk dijadikan hantaran pertunangan. Hantaran pakaian ini merangkumi set baju tradisional, set baju formal dan juga set baju kasual. Ini termasuklah hijab dan skirt bagi pengantin perempuan. 

Pilihan pakaian juga perlulah dilihat dari segi gaya dan warnanya. Trend fesyen sering berubah, jadi pilihan pakaian ini perlu dititipberatkan supaya tidak nampak tacky dan ketinggalan zaman. 

6. Hantaran Set Alat Tulis

Ini adalah hantaran yang sesuai bagi pasangan anda yang berkerja di pejabat ataupun pasangan anda yang sering menulis jurnal. Menjadikan hantaran anda lebih misteri dan bergaya berbanding pilihan hantaran yang sudah klise. 

Untuk menjadikannya lebih istimewa, anda boleh juga customize nama pasangan anda diatas set tersebut semasa menempahnya. 

7. Hantaran Set Aksesori

Hantaran yang senang dipilih coraknya dan tidak akan menjolok mata tidak kira citarasa fesyen anda. Relatifnya, aksesori yang biasa disediakan mempunyai warna monochrome, menjadikan ia sesuai dengan tema yang anda pilih. 

Anda boleh gubahkan pelbagai jenis aksesori diatas satu dulang hantaran. Dulang yang sederhana juga akan tingkatkan keistimewaan aksesori yang anda pilih.

8. Hantaran Buahan

Pilihan hantaran klasik yang masih diutamakan dalam hantaran pertunangan. Kelebihan hantaran buahan selain daripada harganya, adalah ia tidak akan nampak janggal tidak kira tema pertunangan anda.  

Mudah didapati dan memakan kos yang sedikit. Gubahan buahan juga senang untuk diuruskan tanpa rasa risau akan kestabilan di atas dulang serta penampilannya.

9. Hantaran Tuala

Hantaran tuala ini merupakan hantaran yang senang untuk disediakan kerana pelbagai gaya kreatif boleh dibuat daripada tuala ini. Campuran saiz dan warna tuala bukanlah satu masalah untuk gubahan dulang ini. 

Anda boleh menyediakan set tuala dengan set penjagaan badan untuk mencantikkan lagi dulang hantaran itu.

10. Hantaran Barang Elektronik

Barang elektronik merupakan trend yang sangat menarik hati bagi pasangan pengantin baru zaman sekarang. Ini adalah kerana pengantin baru sangat rapat dengan barangan elektronik, seperti telefon pintar dan laptop. Ia seterusnya dihiasi dengan ciri-ciri moden yang menampilkan lagi keunikannya.

Hantaran ini boleh merangkumi alatan permainan seperti playstation yang popular dengan pengantin lelaki, dan juga Nintendo Switch yang popular di kalangan pengantin perempuan.

Hantaran tunang ini merupakan salah satu daripada langkah kearah ikatan murni anda. Daripada itulah, anda tidak patut memandang remah akan perkara ini. 

Dalam perasmian pertunangan anda, jadikan dulang hantaran anda supaya menjadi memori indah dan bukannya satu kekesalan di masa lepas. Semoga anda mendapat idea yang kreatif untuk gubahan dulang hantaran anda melalui artikel ini.

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago