fbpx

10 Hantaran Klasik Yang Menarik Tak Lapuk Ditelan Zaman

Pasangan yang beragama islam, bolehlah mempertimbangan idea hantaran Al-Quran dan sejadah kepada pasangannya. Dengan hantaran sebegini, anda boleh menyedarkan diri anda serta pasangan anda untuk sentiasa mengingati dan taat kepada Yang Maha Tercipta.

Setelah setujunya kedua pihak keluarga pengantin untuk melaksankan perkahwinan, sudah pastinya pengantin kalut nak memikirkan perkara yang perlu disiapkan untuk persediaan perkahwinan ini.

Hantaran kahwin adalah salah satu daripadanya. Walaupun hantaran kahwin ini bukanlah satu perkara yang wajib disediakan, tetapi dengan adanya hantaran ini, barulah lebih menyerlah majlis perkahwinan anda.

1. Hantaran Al-Quraan Dan Sejadah

Pasangan yang beragama islam, bolehlah mempertimbangan idea hantaran Al-Quran dan sejadah kepada pasangannya. Dengan hantaran sebegini, anda boleh menyedarkan diri anda serta pasangan anda untuk sentiasa mengingati dan taat kepada Yang Maha Tercipta.

Jangan dapat Al-quran ini, anda jadikannya sebagai hiasan pula ye. Nanti sia-sia sahaja niat baik pasangan anda. Sejadah pula sudah semestinya sangat berguna untuk kegunaan harian anda. Sejadah ini mudah digubah dan senang untuk disusun diatas dulang hantaran.

Contoh lain pula,bagi pihak lelaki, anda boleh gabungkan kain telekung berserta dengan tasbih untuk melengkapkan hantaran ini. Untuk gubahan Al-Quran ini disarankan supaya keep it simple.Janganlah berlebih pula susun bunga dalam dulang hantaran Al-quran ini.

2. Hantaran Wang Tunai / Mas Kahwin

Mas kahwin ini sebenarnya mempunyai banyak cara gubahan yang boleh anda lakukan. Yang paling basic adalah letakkan mas kahwin itu ke dalam kotak. Namun jika anda ada kreativiti, anda boleh gubahnya menjadi bentuk jambangan bunga. 

Banyak tutorial yang boleh anda ikut jika anda berminat dalam seni gubahan ini. Idea lain adalah framekan mas kahwin ini di dalam bingkai yang lawa. Senang dan murah. Tidak perlu fikir mengenai dulang hantaran. 

Dulang yang disediakan bolehlah dihiasi dengan kepelbagaian jenis bunga yang berlainan saiz untuk tampilkan keunikan gubahan mas kahwin anda. Selain itu, ikatan riben pun sudah memadai jika anda nak mudahkan kerja.

3. Hantaran Sirih Junjung Atau Tepak Sirih

Hantaran yang menjadi adat turun-temurun di dalam masyarakat Melayu. Salah satu hantaran yang jarang dilihat dalam senarai hantaran pengantin sekarang. Jika anda ingin kekalkan adat ini, bolehlah tambah hantaran ini dalam senarai dulang hantaran itu. 

Biasanya dihiasi dengan bunga, gubahan hantaran ini adalah sangat limited kerana tiada orang ingin menghakis adat ini dengan melebih-lebih dalam susunan dulangnya. Namun anda boleh melihat pelbagai gubahan serta lipatan sirih junjung ini.

Bunga yang digunakan biasanya adalah bunga-bunga segar seperti peonies, hydrangea atau hyacinth.Umumnya gubahan bunga yang digunakan adalah bersaiz besar supaya jumlah bunga yang digubah sedikit. Barulah tidak overload dulang itu nanti. 

4. Hantaran Buah

Hantaran yang biasanya berada dalam senarai dulang hantaran. Buah-buahan seperti anggur, strawberi dan epal adalah pilihan yang popular semasa pembelian buahan. Pilihan lain seperti oren, kiwi, pir dan ceri membantu dalam menyerlahkan lagi dulang anda.

Gubahan mengunakan wooden pallet adalah sangat trendy tahun ini. Susunan yang buahan serta campuran bungaan. Memang wow! Untuk memastikan buahan anda kelihatan sentiasa segar, anda perlu lapkan sedikit minyak masak di buahan tersebut.

Buahan ini juga senang nak ikut tema perkahwinan anda. Tidaklah rasa kekok kalau warna buahan ini bercampur. Susunan yang menarik mampu membuatkan hantaran anda kelihatan lazat di mata tetamu yang hadir ke majlis anda.

5. Hantaran Bunga Rampai

Termasuk dalam hantaran yang adat Melayu turunkan. Banyak gubahan bekas yang disediakan di pasaran. Umumnya, bunga rampai ini diletakkan di dalam bekas kaca atau bungkusan yang lut sinar untuk menampakkan bunga rampai di dalamnya.

Pilihan bekas anda juga mempunyai banyak reka bentuk. Anda bolehlah pilihnya mengikut kesukaan anda. Namun anda juga boleh hidden ia, dengan membungkusnya seperti hamper. Anda seharusnya menggunakan kain yang tebal untuk menonjolkan lagi ciri misterinya. 

Diingatkan kalau anda ingin memberikan sebarang wangian kepada pasangan anda, pastikan empunya dia minat dengan wangian ini. Sebab banyak diluar sana orang yang tidak boleh tahan dengan bau bunga rampai ini. 

6. Hantaran Kasut

Kepelbagaian jenis kasut untuk dijadikan pilihan. Daripada variasi kasut kasual kepada bermacam kasut formal. Pastikan anda tahu saiz kaki pasangan anda sebelum menyediakannya. 

Kalau nak dulang nampak cantik bolehlah beli kasut tumit tinggi untuk pengantin perempuan atau kasut kulit untuk pasangan lelaki. Ini adalah kerana kasut sebegini nampak mahal walaupun anda beli yang biasa-biasa sahaja. Tiadalah orang kata anda kedekut nanti. Ditambahkan lagi dengan dulang kaca, memang nampak glamor.

 Jika tiada idea untuk gubbahan dulang kasut ini, anda juga boleh membalut sahaja kotak kasut hantaran anda, ala hidden hantaran sikit. Nak lagi baik, tanyalah terlebih dahulu pasangan anda, kasut apa yang dia minat, baru tak kecoh majlis perkahwinan anda.

7. Hantaran Barang Kemas

Barang kemas ini mempunyai nilai yang istimewa di hati para perempuan. Pelbagai reka bentuk dan design boleh dibeli. Sekiranya anda bertanya-tanya yang mana harus dibeli, tanyalah dulu pasangan anda. Dan jika pasangan anda inginkan kejutan, percayakan diri sendiri. 

Kerana tidak kira betapa cantik pilihan anda, yang paling penting adalah manners dan sense anda. Niat memainkan peranan penting dalam pemilihan ini. Jangan pilih sekadar untuk lengkapkan dulang hantaran anda tau. 

Hantaran barang kemas sangat sesuai untuk semua pengantin perempuan kerana ia boleh dijadikan sebagai perhiasan dan kenangan. Pilihlah sesuatu yang boleh sentiasa dipakai. Untuk lebih special, customizelah ukiran nama si dia dia atas barang kemas itu.

8. Hantaran Kek Dan Coklat

Kek dan coklat yang cantik boleh dijadikan hantaran perkahwinan yang terbaik. Kek yang lazat boleh menjadi hantaran yang sempurna untuk melengkapkan senarai dulang hantaran perkahwinan anda.

Kek perkahwinan ini juga melambangkan kebahagiaan dan kehidupan yang aman bagi pasangan pengantin.

Bagi pilihan perisa untuk kek pula, perisa klasik vanila yang digemari ramai adalah pilihan standard bagi kedua pengantin lelaki dan perempuan. Rasa yang mild dan boleh sebati dengan kepelbagaian jenis pengisian krim. 

Bagi jenis coklat pula, anda boleh campur bermacam jenis coklat untuk menjadikannya seakan jambangan bunga. Disarankan gubahan untuk hantaran ini adalah gubahan bekas lutsinar, kalau tak dry nanti kek anda, tidak sedap pula nak makan.

9. Hantaran Jam Tangan

Jam tangan ini adalah hantaran yang istimewa kerana ia adalah peringatan harian kepada orang yang menghadiahkannya kepada anda. Memberi jam tangan adalah cara untuk memberitahu seseorang bahawa anda mementingkan mereka, dan ingin hadir dalam kehidupan seharian mereka.

Jam tangan adalah hadiah yang bermakna, anda memakainya di pergelangan tangan dan diingatkan setiap hari tentang orang yang memberikannya kepada anda.  Banyak laman sesawang yang menyediakan servis ukiran nama diatas jam tangan ini. Menarik bukan? 

Jam ini juga banyak jenis anda kena pilih tau. Kalau pasangan suka bersukan, belilah jam khas untuk sukan. Anda juga kena fikir jenis material tali jam yang sesuai bagi pasangan anda juga.

10. Hantaran Set Minyak Wangi

Pilihan yang popular dalam kalangan pengantin baru. Mudah kerana anda boleh pergi ke bahagian minyak wangi di kedai-kedai untuk memilih aroma kegemaran pasangan anda tanpa cabaran semasa memilih. Pasangan anda semestinya ada minyak wangi yang dia adore kan? 

Memberi minyak wangi kepada seseorang menunjukkan bahawa anda telah memikirkan siapa penerima dan apa bau yang mereka sukai. Wangian adalah hadiah istimewa kerana ia adalah barang yang tidak sering dibeli orang. Maklumlah minyak wanyi ini bukannya murah. 

Dengan bungkusan yang menakjubkan dan aroma yang luar biasa, minyak wangi memberi nilai yang tersendiri. 

Lebih mudah, anda boleh lihat lebih banyak variasi hantaran perkahwinan yang menarik berserta set kombo dengan tawaran harga menjimatkan hanya di Deals Nikah Satu!

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

1 year ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

4 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

4 years ago