fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

12 Idea Gubahan Hantaran Paling Trending Tahun Ini

Majlis perkahwinan yang sempurna dan meriah adalah impian semua bakal pengantin. Pelbagai persediaan yang perlu diadakan sebelum tibanya hari majlis perkahwinan. Selain daripada baju pengantin dan pelamin, hantaran juga menjadi tumpuan utama majlis perkahwinan. 

Hantaran adalah pertukaran hadiah yang diberikan kepada bakal pasangan masing-masing sebagai tanda permulaan perkongsian hidup bersama. 

Dalam adat perkahwinan Melayu, barang hantaran adalah satu kemestian. Ia sebagai tanda simbolik untuk permulaan perhubungan yang terjalin antara dua keluarga.

Bilangan hantaran sebenarnya tidak tetap. Tetapi pihak pengantin perempuan perlu membalas 2 dulang lebih hantaran kepada pihak lelaki. Kuantiti dulang hantaran juga perlu diberikan dan dibalas dalam bilangan ganjil. 

Sebagai contoh jika pihak pengantin lelaki memberikan 5 dulang hantaran, pihak pengantin perempuan pula perlu membalas 7 dulang hantaran.

Kebiasaanya hadiah hantaran terdiri daripada kek, coklat, buah-buahan, pakaian, produk penjagaan diri, gajet, sirih junjung dan wang hantaran. 

Berikut adalah 12 idea gubahan hantaran yang trending pada tahun ini. Idea ini bukan sahaja boleh dijadikan inspirasi untuk hantaran perkahwinan, malah sesuai juga untuk hantaran majlis pertunangan.

1. Hantaran Gubahan Klasik Tradisional

Gubahan hantaran sirih junjung adalah antara hantaran yang wajib ada dalam adat klasik tradisional perkahwinan Melayu. Boleh dikatakan tanpa sirih junjung, tidak lengkaplah majlis tersebut.

Sirih junjung mempunyai peranan yang penting dalam majlis perkahwinan. Ianya berfungsi sebagai hantaran utama ataupun dipanggil ‘kepala hantaran’ oleh kedua-duak belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Sirih junjung boleh digubah dengan pelbagai bentuk sama ada bentuk jambangan bunga, masjid ataupun abstrak. Bunga-bungaan seperti mawar, kekwa ataupun dahlia akan menambah kecantikan gubahan sirih junjung jika diselitkan sekali sebagai hiasan utama.

Ada kalanya juga hantaran sirih junjung disertakan sekali dengan bunga rampai atau air mawar. Tujuannya untuk memberi bau harum pada sirih junjung tersebut. Gubahan sirih junjung ini bukan sahaja cantik dipandang malah wangi dicium.

2. Gubahan Hantaran Kreatif Menggunakan Duit

Kebiasaanya bakal pengantin akan meletakkan duit hantaran dalam bentuk cek ataupun mock-up di atas dulang hantaran. Tapi gubahan hantaran anda akan nampak lebih kreatif jika mengunakan wang ringgit sebenar dan dilipat menjadi pelbagai bentuk. 

Selain daripada gubahan bunga, duit hantaran boleh dihiaskan menyerupai bentuk hati, kek, rama-rama, masjid dan pakaian. Anda boleh menghasilkan pelbagai jenis design gubahan untuk duit hantaran.

Tak tahu nak buat design gubahan yang menarik dengan duit kertas? Tak perlu risau. Google sahaja ‘origami duit kertas’. Anda akan jumpa banyak idea serta langkah demi langkah cara membuatnya. 

3. Gubahan Hantaran Menggunakan Bunga Segar

Penggunaan bunga segar sebagai salah satu gubahan hantaran pasti buat hantaran anda nampak begitu cantik dan indah. Selain akan mengeluarkan bau-bauan yang harum, penggunaan bunga segar tampil lebih menyerlah berbanding menggunakan bunga plastik.

Jika boleh, gunakan bunga-bunga yang berwarna pastel untuk mengelakkan daripada barang hantaran anda nampak suram dan tenggelam. Yang kita nak tonjolkan dalam gubahan hantaran kita adalah barang hantaran. Hiasan bunga segar hanyalah sebagai penyeri sahaja.

Antara bunga-bungaan yang sesuai untuk dijadikan hiasan hantaran adalah bunga mawar, lili, orkid, tulip, hydragea dan kekwa. Jangan lupa juga selitkan bunga-bunga kecil seperti baby breath atau bunga lavender untuk nampak lebih menyerlah.

4. Gubahan Hantaran Dalam Kotak

Gubahan hantaran dalam kotak juga semakin menjadi pilihan bakal pengantin. Selain daripada mudah untuk dihias, penggunaan kotak juga amat mudah dan praktikal. Penggunaan kotak juga tidak memerlukan hiasan yang sarat.

Anda boleh memilih sama ada mahu menutup kotak tersebut atau membiarkan ia terbuka. Kedua-duanya sudah cukup menarik asalkan pemilihan warna serta saiz kotak sesuai dengan tapak hantaran dan hiasan lain. 

Hiasan yang sesuai untuk gubahan hantaran kotak seperti ini adalah reben, tali rustik, bunga segar, bunga tiruan dan daun kering. Pemilihan warna kotak juga penting dan perlu mengikut warna tema majlis. Kalau tidak, nampak janggal pula.

5. Gubahan Hantaran Dalam Bekas Kaca

Untuk majlis bertema moden dan glamour, gubahan hantaran menggunakan kaca pasti menarik. Ia akan menjadikan hantaran anda nampak mewah!

Jika anda ingin menghias hantaran anda menggunakan kaca, hiasan tidak perlu terlalu penuh dengan barang lain. Cukup sekadar barang hantaran dan mungkin sedikit juntaian manik mutiara atau bunga segar. Itu  sudah cukup buat hantaran anda menonjol. 

Anda boleh meletakkan barang hantaran anda di dalam kotak kaca. Atau idea lain, anda juga boleh meletakkan barang hantaran di atas cermin kaca. Pantulan daripada cermin tersebut akan membuatkan gubahan hantaran nampak banyak dan memenuhi ruang. Jadi, tak perlu hias hantaran anda meriah sangat ya.

6. Gubahan Hantaran Terlindung Dalam Kain (Hidden Hantaran)

Gubahan hantaran terlindung ini trend yang semakin mendapat perhatian ramai bakal pengantin. Sebenarnya gubahan hantaran ini dah lama dipraktikkan pengantin zaman dahulu lagi dan semakin dilupakan. Cuma sekarang gubahan hantaran ini tiba-tiba menjadi trend dan kini ianya dipanggil Hidden Hantaran. 

Konsep Hidden Hantaran ini adalah setiap barang hantaran akan dibalut kemas dengan kain. Pemilihan kain pula bergantung citarasa bakal pengantin. Ada yang menggunakan kain bercorak seperti kain batik, kain lace ataupun kain simple tanpa corak berwarna plain

Jika tidak mahu nampak terlalu kosong apabila memilih kain berwarna plain, hiaskan ikatan kain tersebut dengan reben dan kerongsang besar atau bunga segar. Mesti nampak lebih menarik walaupun simple. 

7. Gubahan Hantaran Guna Sangkar Burung

Bagi yang mahu mengadakan majlis perkahwinan bertemakan ala Inggeris, boleh jadikan sangkar burung sebagai gubahan hantaran anda. Penggunaan sangkar burung akan menonjolkan tema majlis ala Inggeris. Ia pasti nampak romantis.

8. Gubahan Hantaran DIY Menggunakan Polisterin Bantal

Ramai bakal pengantin yang suka buat persiapan perkahwinan sendiri termasuk menyediakan gubahan hantaran. Banyak duit dapat dijimatkan jika bakal pengantin DIY sendiri dulang hantaran. Antara gubahan hantaran DIY yang popular dan mudah untuk dibuat sendiri di kalangan bakal pengantin adalah hantaran polisterin bantal

Mudah sahaja nak buat gubahan bantal hantaran DIY ini. Anda cuma perlu dapatkan polisterin, kain pembalut mengikut warna tema majlis dan pengokot atau gam kuat untuk melekatkan kain pada polisterin. 

Polisterin bantal ini mudah didapati. Anda boleh cari di mana-mana kedai persiapan perkahwinan atau kedai yang menjual peralatan seni.

Polisterin ini telah siap di bentuk tebal seperti bantal untuk dijadikan tapak hantaran. Ada beberapa bentuk dan saiz yang boleh anda pilih. Bentuk polisterin yang selalu menjadi pilihan adalah segi empat tepat dan bulat.

Seterusnya, hiasan pada bantal hantaran itu semuanya bergantung kepada kreativiti anda. Anda boleh letakkan hiasan bunga tiruan, bunga segar, tassel ataupun findings

9. Gubahan Hantaran Menggunakan Kayu Pallet

Bagi pasangan pengantin yang sukakan gaya gubahan hantaran yang simple, anda boleh menggunakan hiasan kayu pallet untuk hantaran. Hantaran kayu pallet ini lebih sesuai dengan tema majlis ala-ala rustik.

Trend hiasan kayu pallet ini semakin diminati dan digemari ramai. Yang paling best, lepas majlis perkahwinan nanti, kayu pallete ini boleh digunakan untuk menghias rumah anda pula. Jadi, jangan terus buang selepas habis majlis.

Kayu pallet ini bukan sahaja mudah untuk didapati dan murah harganya. Malah ianya akan nampak lebih cantik jika dihias mengikut tema

10. Gubahan Hantaran Dalam Bentuk Hamper

Selalu tak tengok hadiah hamper semasa perkataan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina? Cantik juga kan? Anda boleh menggunakan idea hadiah hamper untuk dijadikan gubahan hantaran untuk hari bahagia anda. Susun barangan hantaran anda dalam bakul atau dulang dan balut seperti hadiah hamper. 

Kalau nak nampak lebih menarik, gunakan pembalut hamper dari jenis kain net nylon. Cuba cari kain net nylon yang lembut supaya mudah untuk membalut hantaran anda. 

Lagipun, kain net nylon yang lembut nampak lebih flowy dan cantik untuk diikat pada barang hantaran. Barang-barang hantaran pun jelas kelihatan. Anda boleh menggunakan warna kain net nylon yang lembut dan sama warnanya dengan tema majlis untuk nampak lebih menarik. 

Elakkan dari menggunakan plastik untuk membalut hantaran hamper anda. Penggunaan plastik akan membuatkan gubahan hantaran anda nampak terlalu biasa dan murah. Malah, bunyi plastik itu pun sangat-sangat menggangu.

11. Gubahan Hantaran Menggunakan Bakul

Idea gubahan hantaran yang paling mudah, gunakan bakul sebagai gubahan hantaran. Anda pun boleh buat sendiri di rumah. Apa yang anda perlukan cuma bakul yang sederhana besar yang muat-muat untuk barang hantaran. 

Susun kemas barang hantaran di dalam bakul itu dan dah siap! Senang sangat. Kalau nak nampak lebih berseri, hiaskan bahagian tangkai bakul atau di penjuru bakul dengan bunga-bungaan atau reben. 

Ada banyak jenis bakul yang anda boleh pilih berdasarkan bentuk, saiz dan bertangkai atau tidak. Tip untuk memilih bakul yang sesuai, anda perlu lihat barang hantaran anda.

Pastikan bakul yang anda pilih muat untuk letak barang hantaran, tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. Warna bakul pun perlu dititik beratkan.

12. Gubahan Hantaran Bekas Terrarium Atau Fish Bowl

Bagi yang meminati tema rustik dan garden, anda boleh buat gubahan hantaran menggunakan bekas terrarium. Penuhkan dulang hantaran dengan bunga tiruan atau bunga segar dan letakkan bekas terrarium paling atas bersama barang hantaran anda. Wow, hantaran anda nampak menyerlah!

Atau jika anda mahu bentuk bekas yang berbeza, boleh juga menggunakan bekas fish bowl pelbagai bentuk dan saiz. Gunakan kreativiti anda untuk menghias. Tip untuk anda yang ingin menggunakan fish bowl, tak perlu hias berlebihan kerana fish bowl itu sendiri dah nampak menarik dan memenuhi ruang dulang. 

Pemilihan kedua-dua bekas terrarium dan fish bowl ini agak unik. Mesti gubahan hantaran anda akan menjadi buah mulut tetamu yang teruja melihat keunikan serta kemewahannya.

Anda boleh memilih sama ada mahu menempah gubahan hantaran anda di butik-butik persiapan perkahwinan ataupun anda boleh buat sendiri. Semuanya bergantung kepada kehendak dan bajet anda.

Jika anda masih tiada idea nak buat gubahan hantaran yang bagaimana, boleh sahaja ambil inspirasi daripada contoh-contoh di atas. Pastikan juga gubahan yang anda pilih bersesuaian dengan tema majlis yang anda inginkan.

Untuk lihat lebih banyak inspirasi dan idea trend gubahan terkini, koleksi hantaran nikahsatu kami yang ini mungkin menarik minat anda. Klik di sini untuk details lebih lanjut.

Fadzi Razak

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago