fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

10 Idea Menarik Gubahan Dulang Hantaran Terkini

Majlis perkahwinan adalah majlis yang amat bermakna bagi setiap pasangan. Setiap bakal pengantin mengimpikan majlis yang indah dan menarik.

Antara elemen yang penting untuk sesebuah majlis perkahwinan adalah hantaran perkahwinan. Hantaran perkahwinan adalah hadiah yang disediakan oleh bakal mempelai untuk pasangan masing-masing.

Hantaran ini seakan-akan menjadi kewajiban bagi majlis pertunangan atau perkahwinan yang bakal diraikan bagi kedua-dua pasangan.

Salah satu daripada persiapan yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut adalah gubahan hantaran. Gubahan hantaran diibaratkan sebagai hadiah kepada pasangan bagi menghargai ikatan yang bakal terjalin dan mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama pihak.

Oleh itu, disini kami senaraikan 10 idea menarik gubahan dulang hantaran terkini

1. Gubahan Hantaran Bunga

Bunga menjadi satu pilihan utama bila memilih dulang hantaran kerana ia kelihatan sweet dan sangat sesuai untuk majlis perkahwinan. Ada beberapa jenis hantaran bunga yang popular :

Gubahan Hantaran Bunga Segar

sumber: Pinterest

Gubahan dulang hantaran dengan mengunakan bunga segar adalah pilihan utama setiap pengantin. Selain memberi kesan yang lebih eksklusif dan elegan, penggunaan bunga segar juga menambah seri majlis anda.

Gubahan hantaran dengan bunga segar tidak memerlukan barangan hiasan lain untuk kelihatan menarik dan berseri. Gubahan jenis ini juga sesuai untuk hantaran tunang dan juga hantaran perkahwinan.

Antara pilihan bunga yang popular untuk gubahan hantaran bunga segar adalah bunga ros, orkid, hydrangea, peonies, lily, tulip, carnation, baby breath dan lain-lain lagi.

Pengunaan rona pastel dengan menambah eksesori hiasan minimalis yang sesuai  sudah cukup untuk memberi impak yang elegan dan eksklusif pada gubahan hantaran anda.

Gubahan Dulang Hantaran Dengan Bunga tiruan

sumber: Pengantin Baru

Gubahan hantaran mengunakan bunga tiruan adalah pilihan yang popular bagi bakal pengantin yang menginginkan gubahan hantaran yang menarik dan juga menjimatkan.

Gubahan hantaran jenis ini, adalah praktikal kerana ianya boleh disewa ataupun dibeli dan digubah sendiri. Terdapat pelbagai tutorial yang boleh ditonton di internet. Selain itu, gubahan jenis ini juga boleh diguna semula sebagai hiasan rumah dan boleh disediakan awal dalam persedian perkahwinan.

Gubahan Dulang Hantaran Bunga Kertas

Bagi bakal pengantin yang kreatif dan juga yang mempunyai masa terluang, bolehlah membuat gubahan bunga yang diperbuat dariapda kertas ini sebagai penganti bunga tiruan dan bunga segar.

Pasti dulang atau kotak hantaran itu nanti nampak berseri. Kalau tak tahu caranya, tutorial untuk membuat bunga kertas ini ada banyak di Youtube. Gubahan hantaran yang mengunakan bunga kertas ini, adalah sangat menjimatkan!

2. Gubahan Hantaran Tema Garden

sumber: sirap limau

Gubahan hantaran jenis ini boleh dibuat sendiri secara diy ataupun boleh disewa dimana-mana butik pengantin. Gubahan hantaran ini boleh digubah mengunakan bungar segar dan juga bunga hiasan tiruan.

Bagi yang memilih konsep perkahwinan Inggeris, disarankan memilih waran pastel seperti biru, putih, merah jambu dan hijau. Ia kelihatan nampak lebih berseri-seri kerana warna terserlah.

3. Gubahan Hantaran Bungkus

sumber: Pinterest

Gubahan hantaran bungkus atau ‘hidden’ hantaran adalah gubahan hantaran trend terkini buat para pengantin. Selain memberi privasi pada pengantin, ia juga amat mudah untuk digubah dan tampak yang elegan dan minimalis pada majlis anda.

Ia hanya perlu diikat simpul bentuk reben agar kelihatan kemas atau simpulan lain mengikut kreativiti masing-masing. Konsep ‘hidden’ hantaran sangat menjimatkan kerana hanya menggunakan kain satin, chiffon, organza.

Gubahan hantaran bungkus tampak simple dengan mengunakan kain pembalut satu warna dengan hiasan bunga minimalis. Tona warna yang sesuai amat penting untuk gubahan hantaran jenis ini. Antara warna-warna yang sesuai untuk hantaran ini adalah silver, hijau, pink, putih, gold dan hitam.

Gubahan hantaran bungkus bercorak boleh digubah mengunakan songket tradisional, kain batik, kain bercorak yang sesuai dengan tema perkahwinan dan juga kain mix-pattern.

sumber: OhFesyen!

Gubahan hantaran bungkus yang rare dengan mengunakan kain atau material pembalut yang lain daripada yang lain seperti kertas mahjong, kertas minyak, kain lace, kain pembalut bertema seperti tema Marvel, bohemian atau juga geometri.

Lagi pula, ‘Hidden’ Hantaran ini lebih mudah dibawa tanpa perlu risau ada barang yang terjatuh atau terkena kotoran.

4. Gubahan Hantaran Kotak

sumber: Pinterest

Buat bakal pengantin yang menginginkan majlis perkahwinan yang nampak minimalis dengan menggunakan kotak kayu / pallet ianya akan lebih kelihatan tampak hipster. Kotak kayu itu dialasi pula bersama grass carpet, bunga tangkai, poliform.

Kebiasaannya Poliform digunakan di dalam kotak itu agar barang hantaran yang akan dimuat nampak tinggi dan kemas. Selain itu, gubahan hantaran kotak yang mengunakan kayu pallet ini akan menampakkan lagi seni ketulenan kayu yang juga simbolik kekuatan.

sumber: sayidahnapisah

Selain dari kotak kayu/pallet, kotak kaca juga turut menjadi pilihan yang popular dikalangan bakal pengantin. Berbeza dengan kotak kayu, kotak kaca memberi impak yang lebih ekslusif dan tampak sophisticated. Untuk menambah efek pada hantaran anda, anda boleh juga meletakkan lampu bateri dalam kotak kaca anda.

Gubahan hantaran kotak ini adalah pilihan utama bagi bakal pengantin yang inginkan gubahan hantaran yang menarik dan juga menjimatkan kerana gubahan hantaran kotak ini boleh disewa dari butik pengantin atau pun boleh dibeli secara online. Kotak kayu juga boleh di tempeh mengikut design pilihan masing-masing. Menarik bukan?

sumber: Pinterest

Untuk pilihan gubahan hantaran kotak yang lebih menjimatkan, bakal pengantin jugak boleh memilih kotak kertas. Gubahan jenis ini amat praktikal.

5. Gubahan hantaran mengunakan Lapik Tampi

konsep keaslian melayu dan tradisi melayu adalah antara konsep perkahwinan yang menjadi pilihan bakal pengantin.

Biasanya, bagi pasangan yang memilih konsep tradisional ini warna yang menjadi pilihan adalah tema emas diraja, ungu atau hijau gelap kerana ia bersesuaian dengan konsep keaslian orang melayu.

Oleh itu, konsep gubahan hantaran bertemakan keaslian melayu banyak mengunakan dulang tradisional, contohnya Lapik tampi.

Kebiasaanya, penampi ini digunakan untuk menampi beras sebelum dimasak oleh orang dulu-dulu. namun, kini ia telah diubah menjadi dulang hantaran kerana lebih sesuai dengan simbolik Melayu Asli.

Dengan menggunakan lapik tampi, gubahan hantaran anda akan kelihatan sangat unik lebih-lebih lagi dihiasi dengan gubahan bunga segar di atas dulang.

Untuk menyerikan lagi kemodenan dan keaslian tradisional, hiasan dulang ini amat sesuai bagi tepak sirih tradisional, bunga paha yang digubah.

Selain menjimatkan, gubahan hantaran jenis ini adalah amat mudah untuk digubah sendiri (diy). Hanya dengan menambah eksesori hiasan seperti kristal dan bunga hiasan sudah cukup untuk menambah seri pada hantaran anda.

6. Gubahan Hantaran Klasik Tembaga

Gubahan hantaran Klasik tembaga adalah pilihan gubahan hantaran yang paling popular di Malaysia. Ianya mudah didapati, boleh dibeli atau disewa dari butik-butik pengantin.

Hantaran yang digubah dan dibuat semestinya mempunyai bekas tapak untuk diletakkan barang hantaran. Kebiasaannya barang-barang hantaran yang tersedia akan diletakkan di dalam dulang atau tapak yang dinamakan sebagai dulang hantaran.

Untuk tampak kreatif dan inginkan sedikit kelainan. Terdapat banyak jenis dulang hantaran yang menggunakan tray. Dulang ini dikombinasikan dengan pelbagai jenis bentuk-bentuk yang berlainan seperti crystal tray, tray bulat, tray yang berbentuk transparent, tray besi bunga dan juga dulang perak.

Selalunya bagi pasangan yang menggubah untuk dulang hantaran pertunangan, akan menggunakan tray bulat.

Ini kerana tray bulat mudah untuk diletakkan makanan-makanan seperti manisan coklat-coklat, buah-buahan anggur dan barang keperluan lain. Tray besi bunga juga adakalanya menjadi pilihan hati bagi pihak perempuan untuk gubah hantaran tersebut.

Bagi yang memilih konsep klasik tradisional melayu, pengantin sesuai digayakan dengan warna kuning emas, ungu pekat, hijau zamrud dan maroon. Oleh itu, hiasan dulang hantaran merangkumi tepak sirih, bunga telur, bunga paha serta disaluti hiasan bunga hidup agar tampak keserlahan melayu asli itu.

7. Gubahan Hantaran All white

sumber: DURI

Kini, lebih ramai bakal pengantin yang memilih konsep minimalis dan elegan. Dengan itu, konsep all white sangatlah sesuai bagi bakal memperlai yang memilih konsep ini.

Warna yang sangat elegan ini, amat mudah untuk digandingkan bersama warna lain dan juga amat sesuai untuk digubah dengan apa pun eksesori hiasan pilihan bakal pengantin.

8. Gubahan Hantaran Hamper Berhias

Gubahan hantaran hamper juga adalah antara pilihan popular dikalangan bakal memperlai. ini adalah kerana ia mudah dan jimat. Terdapat banyak online seller yang mengambil tempahan dan juga menjual gubahan hantaran hamper.

Gubahan hantaran ini amat sesuai untuk hantaran coklat, set make-up dan juga dulang hantaran buah-buahan.

Gubahan hantaran jenis ini bukan saja menarik, ia juga selamat dan mudah untuk diangkat dan dibawa ke majlis tanpa perlu risau hantaran rosak atau jatuh.

9. Gubahan Hantaran Dulang Sangkar

sumber: Pinterest

Gubahan hantaran dulang sangkar adalah antara gubahan hantaran yang paling romantis. Bukan itu saja, gubahan hantaran jenis ini juga senang untuk digubah secara D.I.Y.

Anda balut sahaja sangkar burung yang sudah dipenuhi barang hantaran tu dengan kain jaring net atau tulle kemudian pada bahagian pemegang sangkar itu boleh diselitkan dengan bunga umpama flower crown.

Bahagian ‘pinggang’ sangkar juga boleh dibalut dengan lagi satu bahagian kain supaya gubahan tak nampak terlalu hambar. Nak lagi jimat? Barang-barang gubahan seperti dulang hantaran dan item dekorasi tu anda boleh sewa dari penyewa yang membekal barang-barang hantaran.

10. Gubahan Hantaran Moden (Terrarium)

sumber: Pinterest

Gubahan hantaran berkonsepkan moden menggunakan terrarium memang nampak lebih gah dan mahal. Dihiasi dengan bunga dan riben menjadikan gubahan hantaran ini berseri-seri untuk majlis anda.

Hantaran terrarium ini amat trending dikalangan bakal pengantin kerana keunikannya. Seperti mana yang kita semua tahu, kebiasaannya terrarium ini digunakan untuk pokok hiasan, namun idea kreatif bakal pengantin mengunakannya untuk gubahan hantaran adalah sangat brilliant!

Bekas terrarium ini boleh dibeli secara online mahupun disewa dan yang lebih membuatkan bakal pengantin teruja adalah bekas ini boleh di recycle untuk keggunaan lain selepas selesai majlis perkahwinan anda.

Masih tercari idea menarik untuk gubahan hantaran, biar kami tolong selesaikan masalah anda. Lihat lebih banyak hantaran menarik tersedia di nikahsatu di sini.

Tareena

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago