fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

Senarai Tempat Kahwin Di Shah Alam Terkini

Hai bakal pengantin yang cantik manis! Kalau sedang mencari lokasi kahwin di Shah Alam, tahniah kerana anda sekarang berada di tempat yang betul. Dalan entri ini kami akan kongsikan senarai tempat kahwin di Shah Alam yang terkini.

Ini adalah senarai terkini lokasi kahwin di Shah Alam bertemakan, garden, indoor, dan moden klasik.

Sebelum itu jangan lupa bookmark artikel ini atau share ke wall anda. Mana tahu nanti nak tengok balik untuk rujukan.

Diskaun 90% Untuk Kad Kahwin Digital!

PSSSSST! Dapatkan diskaun sebanyak 90% untuk kad kahwin digital di aliveinvite.com ekslusif untuk pembaca blog NikahSatu. Tawaran terhad!

 

Sime Darby Convention Centre

Sime Darby Convention Centre ini adalah dewan mewah serba guna yang turut menawarkan sewaan untuk majlis perkahwinan. Dari segi interior dan konsep boleh dikatakan agak menarik.

Sime Darby Convention Centre menyediakan 2 pilihan. Pertama adalah konsep Roof Garden Lounge dengan keluasan 1,430 sqf dan yang kedua adalah Roof Garden Dining dengan saiz seluas 1,092 sqf.

Harga untuk sewaan ruang sahaja bermula RM1,750.00.

Facebook: @ Sime Darby Convention Centre

 

 

Dewan Seri Hatinie

Dewan Seri Hatinie juga antara pilihan di Shah Alam yang menawarkan pakej lengkap dari dewan, pelamin, sewaan baju pengantin , P.A System dan katering. Dewan kahwin indoor dengan hiasa putih ditambah gubahan bunga-bungan boleh buatkan feels kahwin yang eksklusif.

Pilihan pakej kawin yang disediakan bermula dari 200 pax sehingga 1000 pax.

Facebook: @ Dewan Seri Hatinie

 

 

Rumah Abang Jamil, Shah Alam

Dalam antara senarai dalam artikel ini, Rumah Abang Jamil, Shah Alam adalah pilihan terbaik dan paling berbaloi secara keseluruhan. Rumah Abang Jamil menawarkan tempat perkahwinan yang selesa berkonsepkan ala garden, klasik dan moden.

Tak hanya itu, Rumah Abang Jamil menyediakan pakej lengkap yang pastinya buat pengantin tak pening kepala nak kena fikir macam-macam benda. Semuanya complete dari A-Z. Ekstra seronok bila dapat diskaun sehingga RM5000.

Lihat pakej lengkap Rumah Abang Jamil, Shah Alam

 

 

Setia City Convention Centre

Nak tempat yang luas, mewah dan selesa? Pilihan seterusnya yang mungkin boleh dipertimbangkan adalah di Setia City Convention Centre.

Menurut laman web Ask-Vanue Malaysia, harga sewaan ruang adalah berbeza mengikut tema perkahwinan. Harga untuk tema perkahwinan Melayu dan India adalah RM1,288.00 manakala untuk tema perkahwinan Chinese adalah RM1,688.00.

 

 

Royal Palace Event Venue, Shah Alam

Seterusnya, jika anda mencari tempat perkhahwinan berkonsepkan ball room, Royal Palace Event Venue di Shah Alam ini mungkin boleh dijadikan pilihan. Royal Palace Event Venue hadir dengan pakej lengkap dari busana, katering, hiasan & dekorasi, sound sytem dan lain-lain.

Untuk jemputan tetamu 1000 pax, harga yang ditawarkan adalah sekitar RM30,000.

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago