fbpx

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

Kalau nak kahwin ini, memang banyak perkara yang anda nak buat. Masa macam tidak cukup sahaja untuk sediakan semua benda berkaitan dengan majlis perkahwinan ini. Itu adalah perkara yang normal. Kerana anda tiada pengalaman untuk menguruskan sesebuah majlis perkahwinan.

Bagaimana pula dengan lokasi majlis perkahwinan? Sememangnya buat di rumah lebih murah dan selesa untuk bergerak kesana dan kesini, tetapi anda perlu fikir pula dimana rumah anda? Ruang cukup ke? Macam mana pula dengan tetamu? Adakah mereka akan rasa selesa?

Furthermore, plagiarism applications will select the terms that most authors use in many documents they write, therefore even when YOU ARE DOING get a one -of-a-kind paper, there’s still an outstanding chance you become found. Example composition providers need to be offered at inexpensive prices. Our custom written composition businesses use writers which are experienced and have gained the necessary expert qualifications. To supply excellent essay typing alternatives, a writing firm should use the best article authors. It truly is an excellent team of individuals.”

Dewan akan menjadi pilihan bagi pengantin yang tinggal di rumah seperti apartment dan sebagainya. Bagi pengantin yang mahu lakukan majlis perkahwinan secara besaran, mereka juga akan memilih dewan sebagai lokasi majlis perkahwinan mereka.

Dewan ini adalah pilihan yang bagus sebenarnya namun anda perlu survey dahulu sebelum confirmkan dewan majlis anda. Ini adalah kerana banyak faktor dewan yang mampu membuatkan anda mempunyai majlis perkahwinan yang berjaya atau tidak.

 

1. Dewan Serbaguna

Salah satunya adalah jenis dewan yang anda pilih. Yang biasa digunakan untuk majlis kahwin secara kecilan adalah dewan serbaguna. Dewan serbaguna biasanya dijaga oleh pengurusan mereka tersendiri. Jadi ia mudah untuk anda follow up dengan tarikh majlis yang anda mahu lakukan.

Dewan serbaguna biasanya ada di setiap daerah, menjadikannya satu pilihan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang lebih kemas aturannya. Lokasi juga mungkin lebih dekat dengan kediaman anda. 

Bagi yang guna dewan serbaguna, anda perlu cari vendor yang berasingan. Jadi anda kena call serta bincang dengan vendor anda mengenai majlis yang anda mahukan. Dengan variasi vendor yang anda guna mungkin akan ada sedikit mishap semasa membincangkan perkara majlis perkahwinan ini.

Suggestion-nya adalah, limitkan vendor yang anda guna untuk dewan serbaguna ini. Pilihkan wedding planner yang mempunyai vendor lengkap yang tersendiri. Ini adalah supaya tema yang anda mahukan tidak clash.

Sebagai contohnya jika anda menggunakan tema garden untuk majlis anda dan anda menggunakan dua vendor berbeza untuk hiasan dewan serta pelamin anda, ada kemungkinan yang tema itu akan lari dari apa yang anda mahukan.

Anda kena ingat semua orang ada interpretation mereka tersendiri. Jadi walaupun anda dah bincang berkali-kali dengan vendors anda, gaya gubahan yang mereka tonjolkan dalam hasil kerja mereka adalah berlainan.

Nak memilih dewan serbaguna pun anda kenalah meninjau kemudahan serta jika ada sebarang cela pada dewan itu. Dah namapun dewan serbaguna, semua jenis majlis pernah dibuat disana, jadi kena check dulu tarikh kosong serta booking pantas-pantas selepas anda survey apa yang patut.

2. Dewan Perkahwinan Bersama Pakej

Dewan perkahwinan seperti ini adalah yang pakej khas bersama dengan venue sekali. Kadang-kala mereka mempunyai venue sendiri serta pakej yang mereka tawarkan. Satu lagi adalah pakej yang bersama dewan yang akan mereka sewa. Maksudnya mereka tidak menguruskan dewan tersebut tetapi hanya menolong anda menyewa dewan untuk majlis perkahwinan anda.

Dua-dua menenangkan serta memberikan anda kelegaan kerana tidak perlu uruskan semua benda sendiri. Namun nak pilih venue atau wedding planner pun kena pergi dan berbual dengan mereka terlebih dahulu.  Kalau tidak buat appointment pun, Whatsapp mereka terlebih dahulu.

Tunjukkan sikap yang anda betul-betul berminat dan bukannya main-main sahaja tanya. Kerana mereka pun sibuk juga. Jangan marah mereka kalau lambat jawab pertanyaan anda. Kalau-kadang terlepas pandang ye. 

Kami suggest untuk pergi ke office mereka adalah kerana jangan sekadar check review sahaja dalam internet. Survey itu memanglah penting tetapi memberi sesuatu lokasi tanpa mempertimbangkanngan terlebih dahulu pun bukanlah satu perkara yang bagus.

Anda kena buat checklist dahulu dan proceed dengan beritahu kepada mereka apa yang anda mahukan. Harga pembayaran pun lagi kena telitikan. Takut-takut ada sahaja extra charge dimana-mana. 

Kena check resit pembayaran dan lihat adakah anda dapat semua yang anda sewa ataupun ada tambahan mana-mana yang anda tidak tahu dan kena bayar pula untuk perkara itu. Inilah penting check betul-betul ini.

Jangan lepas tangan betul-betul lepas dah confirm tarikh semua. Follow up dulu dengan mereka dan check progress dekorasi venue dan sebagainya. Barulah anda boleh menghadiri majlis anda dengan rasa aman.

Satu lagi jika anda pilih dewan perkahwinan yang ada venue mereka sendiri, dekorasi mereka tidak akan lari dari yang sebelumnya. Mungkin anda boleh menambah serta menolak sesetengah hiasan mereka namun ia akan nampak sama sahaja dengan pengantin yang menyewa dengan mereka.

Kalau boleh masuk vendor sendiri itu tiada masalah. Namun kalau yang tidak boleh masuk vendor anda sendiri, maksudnya majlis perkahwinan anda akan menggunakan dekorasi serta gaya yang sama seperti yang mereka tawarkan.

Tidak dinafikan lagi, pakej tawaran dewan perkahwinan memang jauh lebih murah berbanding dengan yang mencari dewan sendiri. Kerana mereka sudah kira ada senarai harga mereka dan peluang untuk mereka caskan wang tambahan adalah tipis.

3. Dewan Catering

Selain itu, sesetengah syarikat katering juga menawarkan pakej lengkap bersama dewan perkahwinan. Jika menggunakan syarikat katering ini, anda dah boleh confident sikit yang rasa makanan pasti sedap.

4. Dewan Ballroom

Seperti kami mention tadi, jenis dewan yang anda pilih memainkan peranan penting dalam dekorasi serta tema yang anda mahukan. Dewan ballroom mampu memberikan anda gaya tema yang anda mahukan kerana harga yang mereka tawarkan sebanyak apa yang anda inginkan.

Dengan kos yang agak besar anda boleh mendapat pelbagai kemudahan serta dewan ballroom yang sememangnya nampak cantik sangat.

Kesimpulannya, anda kena tellitikan dahulu dewan mana yang anda nak pilih. Lepas buat pilihan barulah buat temu janji. Jangan tanya-tanya selepas itu buat diam sahaja. Kenalah bertanya selepas itu follow up dengan mereka.

Kalau tidak berminat kena kata betul-betul kepada pihak pengurusan dewan itu. Sebab pasti banyak lagi yang nak sewaan dewan perkahwinan ini. Semasa dewan membuka slot kosonglah anda kena berikan tumpuan.

Jangan dicari dan berharap tarikh yang anda mahukan itu kosong. Anda kena flexible sikit dengan tarikh bila dealing dengan dewan ini. Sebab penyewaan adalah siapa cepat dia dapat. Kerana itulah anda tidak boleh sekadar pandang sahaja hal lokasi majlis perkahwinan ini.

Kalau tak nak pening-pening, biar kami tolong planing kan majlis perkahwinan anda dari A-Z. Lihat tawaran penuh mengenai nikahsatu di sini sekarang.

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

1 year ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

4 years ago

Idea Menarik Hiasan Romatik Untuk Majlis Kahwin Outdoor

4 years ago