fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

6 Hiasan Untuk Majlis Perkahwinan Unik Yang Nampak Bergaya

Apabila kedua belah pihak bersetuju melansungkan perkahwinan, pastinya pasangan pengantin sudah mula berfikir tentang segala persiapan menuju ke hari bahagia. Hiasan perkahiwnan juga penting untuk anda fikirkan. 

Mungkin anda mahukan kelainan dalam hiasan majlis anda. Disini dikongsikan hiasan perkahwinan unik khas untuk anda.

1. Hiasan Payung

Idea menggunakan payung sebagai hiasan dalam majlis perkahwinan ini bukanlah satu perkara yang baru, namun orang Malaysia jarang dilihat menggunakan payung sebagai hiasan ini. Payung ada banyak jenis jadi anda bolehlah survey dulu yang mana anda mahukan. 

Payung hiasan kecil berenda diisi di dalam pasu bunga boleh dijadikan satu hiasan yang cantik untuk centrepiece meja anda. Manakala payung koktel boleh diselitkan dalam penyediaan hantaran anda. Kalau hantaran hidden diletakkan pula payung koktel mesti nampak comel sangat. 

Jika anda nak ala oriental, anda juga boleh menggunakan payung Jepun dan China. Payung Jepun boleh dilihat menampilkan corak lukisan bunga sakura ke atas payung mereka manakala payung China menampilkan juraian tali di hujung payung mereka.

2. Hiasan Tangga Kayu

Boleh dijadikan sebagai hiasan backdrop pelamin anda. Menambahkan lagi gaya rustik dan kedesaan di dalam majlis perkahwinan anda. Juga boleh menambah riben berwarna tema perkahwinan anda untuk menjadikan lebih harmoni.

Selain itu, anda juga boleh jadikannya sebagai tempat untuk anda meletakkan manisan serta makanan majlis perkahwinan anda. Yang ni mestilah menggunakan tangga custom made supaya boleh menampung beban yang diisi di atasnya.

Ataupun anda boleh jadikannya sebagai tempat untuk mengantungkan doorgift anda. Barulah senang nak diberi dan tidak serabut nak pegang satu-satu cenderahati itu. Tambahan fairy lights mengelilingi tangga kayu ini memang nampak seakan keluar daripada gambar.

3. Hiasan Gelung

Banyak benda sebenarnya boleh diterapkan dalam majlis perkahwinan dengan menggunakan gelung sulaman ini. Anda boleh jadikannya sebagai tempat untuk mengisi cincin anda. Sulaman bolehlah ditempah daripada kedai yang menyediakan servis ini. Atau anda boleh beli yang sudah siap disulam terus.

Gelung sulaman pelbagai saiz sesuai dijadikan dinding untuk backdrop pelamin mini anda. Gelung sulaman tidak perlu diletakkan kain sulaman sebaliknya anda boleh melekatkan bunga-bunga kecil dan gantungkan untuk memberi effect flora. 

Gerbang gelung sulaman juga adalah idea menarik bagi anda yang mahukan dekorasi yang nampak graceful dan mudah. Satu lagi adalah idea memberikan sulaman sebagai wedding favor kepada tetamu anda yang hadir. 

4. Hiasan Buku

Sesuai untuk perkahwinan bertemakan vintage, hiasan buku ini biasanya dijadikan sebagai centrepiece dalam majlis perkahwinan anda. Buku-buku lama ini memang mempunyai charm yang tersendiri mampu bewitching tetamu yang hadir ke majlis pernikahan anda. 

Jika anda ulat buku, penggunaan buku dalam majlis perkahwinan anda adalah perkara yang anda boleh mempertimbangakan. Buku-buku berwarna warni disusun sebagai backdrop pelamin pun nampak menarik.

Anda boleh letakkan rak buku untuk dijadikan backdrop pelamin yang effortless dan straightforward. Memang mudah dan tersangat cun. Bagi yang meminati buku, inilah masa untuk anda tonjolkan hobi anda kepada tetamu majlis anda.

5. Hiasan Kertas

Hiasan kertas ini memanglah yang paling murah dalam senarai artikel hiasan ini. Manakan tidak, hiasan kertas ini hanya menggunakan pelekat, kertas dan juga fishing line untuk mengantungkannya. 

Tambahkan warna dan sentuhan moden ke majlis perkahwinan anda dengan origami kertas yang dilipat dan dipotong tergantung dari siling. Tiada idea yang lebih unik daripada sesuatu yang anda buat sendiri, dan hiasan DIY ini menonjolkan ciri kreativiti anda yang lain daripada lain. 

Ia juga senang untuk dipelajari dan dibuat. Pelbagai bentuk origami anda boleh gunakan sebagai hiasan anda. Kertas yang anda mahu guna juga bebas untuk anda pilih. Kertas khas untuk origami bunga pun ada. 

6. Hiasan Lilin

Hiasan lilin ini semakin popular digunakan dalam majlis perkahwinan di Malaysia ini. Lilin tealights, lilin container atau lilin wangi menjadi pilihan sebagai hiasan yang memang menawan mata. Pelbagai gaya dekorasi lilin boleh anda cuba dalam majlis anda.

Lilin tealights sememangnya sesuai dijadikan hiasan gantungan di meja makan. Lilin ini kecil dan ringan dalam reka bentuk. Anda boleh meletakkannya di sekitar majlis anda untuk menaikkan lagi mood.

Lilin kontena adalah lilin yang diisi di dalam bekas yang tidak mudah terbakar yang berisi lilin di dalamnya dan dilengkapi dengan sumbu. Centrepiece perkahwinan biasanya menggunakan jenis ini.

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

6 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago