Majlis pertunangan selalunya dibuat pada skala yang kecil dan diadakan di kediaman pihak perempuan. Sudah pasti tidak lengkap sebuah majlis pertunangan tanpa pelamin mini menjadi latar saat ibu pihak lelaki menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya. Jom kita baca 8 idea menarik untuk majlis tunang yang hebat.
Pelamin Minimalis
Less is more. Itu yang sering kita katakan apabila mahukan sesuatu yang sempurna dalam kesederhanaan. Apabila memilih konsep minimalis, pastinya idea anda tidak terhad kepada idea sehala sahaja.
Walaupun saiznya tidaklah sebesar pelamin yang selalu digunakan, ia menjadi trending kerana harganya yang lebih murah serta sesuai digunakan untuk lokasi majlis yang agak kecil saiznya.
Ia boleh menjadi apa sahaja, cuma pendekatan yang diterapkan dalam design adalah minimal. Tidak kira sama ada backdrop tersebut adalah pelamin diy ataupun dibuat oleh profesional, pastinya ia boleh kelihatan urban dan cool.
Putih dan Krim
Apabila anda memilih warna putih sebagai latar pelamin mini anda, pastinya anda sukakan sesuatu yang simple dan minimal. Biarkan latar kekal putih semuanya, white on white pastinya nampak elegan dan memberikan fokus maksima kepada pengantin yang berdiri di hadapannya.
Letakkan gelas-gelas kaca lutsinar atau juraian tumbuhan yang bersaiz besar sebagai penyeri kepada pelamin ini. Tidak perlu terlalu sarat, cukup sekadar memenuhi ruangan agar tidak kelihatan terlalu kosong.
Rose Gold
Warna rose gold sebenarnya sudah semakin popular terutama dalam pemilihan barang kemas dan aksesori. Adunan warna merah jambu earthy dan sedikit elemen keemasan pastinya akan membangkitkan seri hari bahagia.
Dengan menggunakan kadbod berwarna putih atau rose gold, gabungkan rekaan anda dengan padanan bunga berwarna lembut pelbagai variasi. Kekalkan dalam scheme warna yang sama agar ia tidak kelihatan bercelaru.
Pelamin Konsep Taman / Floral
Penggunaan pelamin mini sememangnya menjadi trend popular masa kini. Bukan sahaja untuk majlis pertunangan, majlis perkahwinan berskala kecil juga menggunakan pelamin mini lagi-lagi dalam era virus Covid 19 ini.
Mengapa konsep taman dan floral begitu popular di Malaysia? Jawapannya mudah sahaja, kerana semua wanita selalu berangan bak tuan puteri yang tersenyum riang di taman larangan istana. Benar bukan?
Mungkin kerana cuaca kita yang kadangkala terlalu panas, ramai cuba membawa taman bunga ke dalam kediaman sebagai hiasan pelamin mini mereka. Pastikan hiasan taman dan bunga anda kelihatan natural dan tidak terlalu teratur.
Dengan backdrop menggunakan kain putih sahaja sudah memadai untuk menyerlahkan pelamin. Hasil yang kelihatan menarik dengan loop rotan yang dihiasi daun-daun hijau lain yang melingkar memberi hasil minimal yang hebat.
Letakkan arca kehijauan dengan menyelitkan beberapa kuntum bunga seolah-olah ia tumbuh semulajadi disitu. Rekaan pelamin berkonsep ini sepatutnya nampak natural tanpa hiasan yang berlebih-lebihan.
Pelamin Origami
Pelamin boleh menjadi simbol terjalinnya satu ikatan cinta yang tulus. Luahkan simbolik cinta melalui lipatan kertas origami yang hebat.
Origami mulanya dikenali sebagai orikata (bentuk yang dilipat). Namun, pada tahun 1880, seni ini dikenali sebagai origami. Istilah origami berasal dari perkataan Jepun oru (untuk dilipat) dan kami (kertas). Kononnya ia ditulis Origami kerana dalam karakter jepun, ia lebih simple ditulis oleh kanak-kanak sekolah.
Sebarang jenis bentuk geometri sangat popular untuk hiasan perkahwinan. Anda juga boleh melipat banyak burung kertas dan tugas ini boleh menjadi aktiviti ‘rewang’ bersama ahli keluarga. Pelamin Origami sesuai jika anda menginginkan pelamin berkonsep DIY disamping ia menjimatkan kos.
Apabila anda memilih origami sebagai backdrop anda, anda juga boleh menggunakan tema ini untuk hiasan lain di dalam majlis anda. Contohnya sebagai hiasan ruang makan dan ruangan guestbook.
Pelamin Tema Rustik / Boho
Tema rustik dan boho semakin diminati dan trending dikalangan pengantin zaman sekarang. Ini kerana tema ini menjanjikan hiasan yang timeless dan tidak terlalu girly. Pemilihan warna seperti perang dan hijau tua memainkan peranan penting bagi peminat tema ini.
Rustic dalam bahasa Malaysia bermaksud ‘berkarat’ atau tua, dan memiliki permukaan yang kasar. Manakala boho pula adalah singkatan daripada perkataan bohemian yang selalunya dikaitkan dengan gaya wanita gypsi yang menawan tetapi bersahaja.
Kayu Pallet
Dengan menggunakan rekaan pallet untuk backdrop menjadikan pelamin konsep ini simple dan menarik. Diserikan lagi dengan gubahan bunga ros merah, ia memberikan kesan berbeza untuk set pelamin mini ini. Ia sesuai digandingkan dengan busana berwarna putih atau cream.
Jika anda inginkan tema rustik, anda perlu ingat untuk tidak mencari kesempurnaan di dalam pallet kayu anda. Sedikit ‘retak’ dan ‘kusam’ adalah essence yang kita cari dalam tema ini.
Jadikan dua pilihan warna alam iaitu perang dan hijau dari hamparan rumput yang diletakkan di antara 2 papan pallet pastinya menjadikan rekaan pelamin ini sesuatu yang indah. Ia juga tampil sangat kemas dengan hiasan yang tidak sarat. Sesuai di tambah serinya dengan baju pengantin berwarna lembut.
Juraian Tali
Konsep juraian tali seperti ini sememangnya sinonim dengan tema rustik dan boho. Diselitkan pula dengan daun seperti lalang berwarna perang dan penggunaan kerusi rotan memberikan hasil yang pastinya menarik. Pakaian berwarna kelabu, perang, hijau dan maroon cantik dan sesuai digayakan dengan tema ini.
Sama ada memilih majlis di dalam atau outdoor, gaya ini sesuai digayakan dengan tumbuhan dan bunga segar. Jika anda ingin membuat pelamin in secara DIY, kunjungi kedai pemborong bunga segar dan juga nurseri tanaman untuk memilih sendiri hiasan pelamin anda.
Pelamin Outdoor
Mungkin kerana cuaca negara kita yang agak panas, majlis outdoor mungkin bukan selalunya menjadi pilihan utama. Tetapi jika anda berkesempatan dan mampu membuat majlis outdoor yang selesa, pastinya tema ini akan kelihatan ‘segar’ dan menarik
Pelamin outdoor perlu kekal simple dan tidak terlalu sarat. Pilih pendekatan alam semulajadi kerana ia bersesuaian dengan suasana majlis yang dibuat di ruang terbuka.
Pelamin Tema Oriental
Mungkin tema ini kedengaran janggal, tetapi jika anda atau pasangan mempunyai sedikit darah Cina, tidak salah menerapkan elemen oriental pada pelamin mini anda. Dalam negara berbilang kaum, kami yakin sering berlaku perkahwinan campur antara dua bangsa. Pasti akan menjadi lebih hebat apabila dua budaya disatukan!
Untuk tema ini, kami cadangkan untuk anda kekal minimal dengan hanya mengambil satu atau dua ciri budaya sahaja. Contoh tulisan pada backdrop dan juga bunga yang menghiasi pelamin tersebut.
Pelamin Papan Hitam
Pasangan yang mahu berkahwin mungkin tidak perlu ‘pening kepala’ memikirkan tentang kos pelamin lagi selepas ini. Ini kerana, untuk mencipta sebuah majlis kahwin indah, tidak semestinya pelamin mahal atau sarat hiasan diperlukan.
Jika anda ingin berjimat dan bajet anda terhad, ‘kehadiran’ sekeping papan hitam (chalkboard) dengan lukisan menakjubkan sebenarnya sudah mampu membangkit seri majlis. Gabungkan papan hitam dengan lirik lagu, ucapan atau apa sahaja kata-kata manis yang pernah mewarnakan hubungan anda. Pasti konsep ini mampu menggamit memori.
Pelamin Tema Quirky / Warna-warni
Citarasa kita semua berbeza-beza. Ada yang sukakan warna lembut dan pastel tetapi jangan dilupakan ada juga yang sukakan warna terang dan berwarna-warni. Jika ini adalah personaliti anda dan pasangan, mengapa anda perlu tone down di hari bahagia anda?
Dengan tema warna-warni, ini tidak bermaksud pelamin anda akan kelihatan carca-marba dan tidak menarik. Pemilihan konsep pelamin anda penting bagi memilih hala tuju design yang ingin dicapai.
Pilih satu tema terlebih dahulu. Contohnya, geometri, floral atau taman Alice in Wonderland. Dari tema tersebut, idea anda dapat dikembangkan menjadi sesuatu yang hebat. Dapatkan palet warna yang anda sukai di pinterest dan terokai alam penuh warna-warni tanpa batasan.
Majlis pertunangan, pernikahan dan perkahwinan adalah majlis untuk meraikan dua hati menjadi satu. Jadi tidak salah meraikan hari bahagia ini dengan warna-warna seperti dalam sebuah festival. Tetapi hati-hati, jangan over do it kerana anda tidak mahu majlis anda dikaitkan dengan funfair atau sarkis.
Pelamin Mini is a big YES!
Sekiranya anda mahu menggunakan kreativiti sendiri, pilih untuk DIY sendiri atau menyewa peralatan pelamin dan menggubahnya mengikut citarasa anda. Saiz pelamin mini juga sangat sesuai dijadikan sebagai pelamin nikah dan sanding di musim yang mana kita masih mengamalkan pergaulan yang terhad.
Adalah normal apabila bermacam-macam perkara bermain di minda siang dan malam dengan harapan agar segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Setelah membaca senarai tema pelamin mini ini, kami berharap ia dapat memberikan idea dan inspirasi untuk majlis anda nanti.
Apa yang penting, anda perlu memilih tema kesukaan dan ‘kena’ dengan jiwa dan personaliti selain menyesuaikan dengan bajet anda. Kami pasti selain dari apa yang telah disenaraikan, terdapat lebih banyak lagi tema lain yang boleh anda pilih.
Kami juga ada pelbagai pilihan pelamin dan dekorasi dengan pelbagai tema yang menarik dan boleh ditempah secara online saja. Tengok di sini.
Cari tema yang sesuai dengan citarasa anda dengan perkongsian ini. Kami mendoakan agar segala yang dirancang dapat berjalan dengan baik. Semoga semuanya berjalan lancar dan sempurna!