Hiasan bunga ini memang disukai oleh semua pengantin dan tidak lengkap majlis perkahwinan anda tanpa kehadiran hiasan bunga ini. Lagi-lagi gaya hiasan gantung yang elegan dan cantik ini memang disukai ramai.
Anda boleh mengubah jambangan gantungan bunga anda sendiri. Ini sangat sesuai sebagai latar belakang tempat perkahwinan anda atau tempat makan majlis anda.
1. Gantungan Kayu Dan Bunga
Sekiranya projek DIY adalah hobi hujung minggu kegemaran anda, gantungan kayu yang ditambahkan dengan bunga ini adalah untuk anda. Mengikat bunga atau dedaunan melalui kekayu, bingkai malahan kayu pellet adalah cara terbaik untuk mewujudkan visual di majlis perkahwinan anda dan juga menjadikan siling lokasi majlis perkahwinan kelihatan lebih tinggi daripada biasa.
Bukanlah sekarang ini boleh nak jemput tetamu ramai-ramai pun jadi saiz bingkai yang kecil sudah memadai dengan membuat hiasan ini. Yang pentingnya adalah bunga yang anda pilih. Saiz dan warna menjadi keutamaan dalam pembelian bunga ini.
Gabungan bunga serta dedaun menghasilkan gaya yang enchanting yang jarang dilihat di dalam majlis perkahwinan di Malaysia. Anda boleh membuat hiasan ini menjadi lebih grand dengan mengupah vendor untuk sempurnakan lagi gantungan ini.
2. Gantungan Bunga Origami
Harga kertas yang murah dan terdapat banyak tutorial jenis bunga yang anda mahu lakukan. Pelbagai warna serta saiz bunga boleh anda buat sendiri sahaja. Barulah anda rasa puas hati bila hiasan ini siap.
Dan mungkin anda tidak tahu tetapi sebenarnya kanak-kanak lebih pandai melipat origami daripada orang dewasa yang baru mula nak belajar cara lipatan ini. Bolehlah minta tolong anak saudara atau adik beradik untuk cepatkan lagi proses ini.
Jika tutorial dalam Internet terlalu advanced untuk anda, cubalah membeli buku origami untuk belajar cara lipatan ini. Selepas itu, anda sudah siap dengan hiasan anda. Anda cuma perlu lekatkan bunga ke fishing line dan gantungnya.
3. Gantungan Globe Kaca
Sekiranya anda rasa bunga yang digantung bersama bingkai kayu terlalu berlebihan, apa kata anda cuba hiasan gantungan globe kaca yang nampak sangat sophisticated ini. Disebabkan globe ini bersaiz kecil dan jumlah gantungan juga minimum sahaja anda tidaklah terasa terlalu letih untuk meghiasinya.
Budget yang anda perlu gunakan pun sedikit sahaja. Bunga palsu lebih sesuai untuk ditampalkan di dalam globe bunga anda. Ini adalah kerana ia akan stay cantik walaupun lama proses majlis perkahwinan anda.
Anda juga boleh menanam bunga di dalam globe dan mengantungnya. Idea ini boleh disimpan untuk digunakan selepas habis majlis. Anda boleh menyimpan bunga dan teruskan menanam mereka selepas anda mulakan kehidupan perkahwianan anda.
4. Gantungan Gelungan Bunga
Sekiranya lokasi majlis perkahwinan anda mempunyai banyak ruang untuk hiasan, lebih baik jika lokasinya mempunyai siling yang tinggi untuk menggantung gelungan yang sangat bergaya.
Kunci elemen reka bentuk ini adalah menentukan jarak terbaik antara setiap gelungan bunga.
Anda boleh hias gelung sulaman untuk memudahkan kerja pencarian anda. Bunga boleh dibeli di kedai bunga lokal yang berdekatan dengan anda. Bunga segar yang harum memang sangat lovely.
5. Gantungan Bunga Bola
Bola bunga adalah cara yang menyeronokkan untuk memasukkan lebih banyak hiasan bunga ke majlis perkahwinan anda tanpa mengambil ruang atau memadatkan tempat hiasan bunga ini.
Mereka adalah pilihan elegan yang ternyata berfungsi di majlis perkahwinan outdoor atau indoor dan boleh untuk gaya kasual dan formal. Hiaskan dengan bola bunga berwarna terang untuk menyerlahkan lagi majlis perkahwinan anda.