Hantaran tunang ini sebenarnya tidak diperlukan di majlis pertunangan anda namun dengan adanya kehadiran dulang hantaran ini, majlis pertunangan anda pasti lebih meriah dan berseri. Angka berbalas dulang juga bolehlah dibuat mengikut budget anda sendiri.
Samalah dengan hisan dulang hantaran pertunangan anda. Hiasan perlulah dalam kuantiti yang minimum supaya tidak overshadowed anda pula hantaran pula. Teruskan membaca untuk mengetahui idea hantaran yang mudah untuk anda gubah.
1. Hantan Kasut
Kasut yang menjadi pilihan untuk hantaran biasanya kasut tumit tinggi dan juga kasut wedges. Kasut seperti ini menampakkan dulang hantaran lebih chic dan menonjolkan estetiknya lebih-lebih lagi jika dihiasi dengan bunga segar.
Saiz kasut dan jenis bolehlah anda bincang terlebih dahulu dengan pasangan anda. Pemilihan kasut untuk hantaran adalah lebih senang kerana anda boleh bertanya kepada pasangan. Warna dan corak kasut anda tidak perlu ikut tema pertunangan anda.
Ada juga pengantin yang akan keluar membeli sekali dan menukarkan sahaja pilihan kasut tersebut. Semestinya cara ini lebih senang dan pengantin tidak perlu risau akan design atau jenis kasut yang dipilih pasangan.
2. Sirih Junjung
Hantaran klasik ini sememangnya menaikkan lagi mood dalam penyediaan hantaran pertunangan anda. Gubahan sirih junjung ini juga semakin kreatif makin kehari. JIka nak DIY sendiri pun mudah sahaja caranya.
Daun sirih yang segar, gelap serta lebar menjadi pilihan utama kerana penampilannya yang sangat cantik. Alatan seperti dawai bunga, tape bunga dan span basah diperlukan untuk membuat gubahan sirih junjung ini.
Hiasan yang digunakan adalah seperti biasa iaitu bunga palsu atau bunga segar dan juga dedaun. Bunga yang besar dipilih untuk menutupi batang lidi dan juga span sirih junjung tersebut.
3. Hantaran Beg
Biasanya beg tangan dipilih untuk diletakkan di atas dulang hantaran tunang ini. Beg tangan datang dalam pelbagai saiz, menjadikannya lebih mudah untuk digubah di atas dulang. Beg tangan juga lebih keras berbanding jenis beg yang lain, membuatkannya akan sentiasa kekal di posisi asal.
Bolehlah beli beg tangan yang bersaiz yang lebih sesuai dengan dulang anda ye. Dulang serta cara gubahan juga perlu difikirkan terlebih dahulu. Jangan dipenuhkan pula dulang dengan beg, nanti tiada ruang nak hiaskan dulang hantaran.
Beg tangan juga sangat sesuai untuk digubah di dalam kotak kaca. Untuk hiasan beg, dinasihati supaya mengupah profesional sahaja kerana dikhuatiri akan tercalar atau tergores beg semasa mahu mengubah dulang hantaran ini.
4. Sejadah
Sejadah merupakan peneman kehidupan bagi orang Islam. Hantaran dulang sejadah ini biasanya digabungkan dengan Al-Quran, telekung ataupun tasbih. Namub, Hantaran sejadah sahaja pun sudah memadai.
Sejadah mudah untuk digubah dan semestinya yang paling popular adalah bentuk kipas. Sejadah akan dilipat dan diikat di bahagian tengah dengan mengunakan riben. Tambahan hiasan seperti bunga palsu ataupun yarn ball sangat sesuai dengan gubahan sejadah ini.
Sejadah eksklusif pula biasanya telah dibungkuskan dengan rapi di dalam kotaknya tersendiri. Anda tidak perlu keluarkan sejadah dari kotak dan sebaliknya hiasi luaran kotak itu sahaja. Ikat riben untuk melekatkan lagi penutup kotak tersebut dan hiasi dengan bunga-bunga kecil.
5. Hantaran Telekung
Seperti hantaran sejadah juga, hantaran telekung ini amatlah simple untuk digubah diatas dulang hantaran tunang anda. Kebanyakan butik yang menjual telekung mempunyai kotak eksklusif untuk membalut telekung ini.
Jika anda tidak mahu menggunakan kotak telekung ini juga tiada masalah. Gubahan yang direkomenkan adalah mengunakan bekas kaca ataupun bekas tertutup untuk memastikan telekung itu tidak kotor.
Hiasan tidak perlu banyak supaya menonjolkan lagi kecantikan dulang hantaran telekung anda. Satu bunga palsu sudah memadai jika anda memilih yang bersaiz besar. Bunga tambahan seperti baby breath juga menawan.
6. Hantaran Tuala
Hantaran tuala ini biasanya digubah menjadi bentuk kipas, jambangan bunga, dan juga anak patung. Ia juga digabungkan sekali dengan kotak hantaran produk kecantikan muka. Saiz tuala juga bergantung sama ada hantaran tuala anda akan digabungkan atau tidak.
Bagi hantaran tuala sahaja, gubahan bentuk boleh dilakukan. Ataupun gubahan kotak juga nampak lawa. Added a little twist dengan wax seal di permukaan kotak anda. Bunga baby breath atau tali guni yang dijadikan riben boleh diletakkan di bawah wax seal anda.
Wax seal juga boleh dibuat sendiri tau. Dengan gabungkan krayon dan juga hot glue gun sticks, anda boleh dapat result yang seakan sama dengan wax beads. Dan jika anda mahu letakkan dried flower di bawah seal,hot glue gun sticks mampu menjadikannya clear seal.