fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

15 Idea Hadiah Yang Berguna Untuk Diberikan Kepada Pengantin

Bermula 1 Julai 2020, bersedialah menerima undangan majlis kahwin saudara mara terdekat mahupun sahabat handai kerana akhirnya, majlis kahwin sudah mula dibenarkan untuk undangan tidak lebih 250 orang tetamu pada satu masa.

Kemudian, sudah semestinya kita sebagai tetamu janganlah datang dengan tangan yang kosong. Kalau boleh berikan hadiah sekali sebagai penambah gembira buat Raja Sehari.

Apa kata berkongsi rezeki dengan pasangan mempelai untuk meringankan mereka yang baru hendak berjinak-jinak nak mulakan hidup baru. Mesti banyak yang mereka perlukan. 

Pening kepala ke nak fikir hadiah apa nak bawa? Jom nikahsatu.com nak kongsikan idea hadiah kahwin yang sangat in-trend and mungkin dah lama menjadi dalam senarai wish list para pengantin!

Oh ya, sebelum tu anda tahu tak di nikahsatu pun kami ada sediakan sewaan photobooth untuk majlis kahwin. Paling seronok gambar terus boleh send ke telefon anda semudah 1 klik.

Hadiah Set Pinggan Mangkuk

Ini merupakan hadiah yang paling common lah kan. Sangat biasa tapi membantu tau! Setiap pasangan pengantin baru pasti akan berterima kasih kalau dapat hadiah kahwin set pinggan mangkuk.

Le Creuset

Kalau korang ada bajet lebih dan mungkin pengantin baru tu sangat dekat di hati boleh la hadiahkan periuk atau set pinggan mangkuk Le Creuset ni. Jenama Le Creuset ini berasal dari Perancis.

Memang tengah viral sekarang dan amat terkenal dengan teknologi pemanasannya dan rupa paras yang sangat colorful & instagrammable.

Set Corelle

Set pinggan mangkuk Corelle memang dah lama dalam pasaran. Walaupun harganya sedikit premium, namun kualiti ketahanan jenama Corelle tak perlu diragukan lagi.

Hadiah ini pasti akan buatkan si pengantin senyum gembira. Mana tidaknya, buat pengetahuan anda memiliki set pinggan mangkuk berjenama Corelle ini boleh dikatakan impian setiap wanita.

Produk Ikea

Ikea memang terkenal dengan rekaan produk yang minimalis serta kelihatan moden termasuklah seperti set pinggan mangkuk dan alatan perkakasa dapur. Untuk pasangan pengantin baru yang muda dan hype, hadiah ni sangat sesuai bagi mereka.

Pinggan Mangkuk Enamel

Korang mesti perasan banyak flatlay masakan mahupun selebriti terkemuka seperti Dato’ Rizalman banyak menggunakan pinggan mangkuk berasaskan material Enamel.

Harganya sangat berpatutan dan kebiasaannya diimport dari negara jiran kita iaitu Thailand.

Hadiah Perkakas Dapur

Periuk Nasi

Basic tapi keperluannya sangat tinggi. Memang akan digunakan hampir setiap hari.

Toaster

Barulah pengantin baru boleh bersiap ala breakfast in bed

Mesin Kopi

Bagi pasangan yang gemarkan kopi.

Steamer

Kalau belum ada dapur di rumah baru mereka boleh menggunakan electric steamer sebagai permulaan.

Juicer

Gaya hidup baru yang sihat! Pasangan baru, kamus baru, perenggan baru, gaya hidup pun kenalah baru. Seronok pasangan baru kalau mereka dapat menyediakan jus buah-buahan atau sayur-sayuran fresh from their own kitchen.

Barangan Peralatan Rumah

Barangan atau peralatan kelengkapan rumah juga amat membantu buat pasangan baru. Ia merupakan pelengkap wajib sesebuah rumah sempurna. Contohnya TV, mesin basuh, peti sejuk, set meja makan dan lain-lain

Kalau nak bagi hadiah macam ni, boleh tukarkan dalam bentuk baucer.

Boucer Atau Gift Card

Sekarang ini sudah banyak syarikat terkenal yang menawarkan baucer atau gift card seperti Ikea, Star Buck, Netflix atau Tesco. Gift card ini boleh juga didapati di kedai serbaneka 7-eleven.

Di nikahsatu pun kami ada berikan baucer bermula RM50 untuk setiap pasangan pengantin baru!

Set Telekung Dan Sejadah

Sejadah dan telekung merupakan pilihan yang sangat mulia untuk diberikan kepada pengantin lelaki mahupun pengantin perempuan. Macam-macam jenama lokal dah mula menjual sejadah dan telekung yang tampak ekslusif, pasti mereka happy menerimanya.

Set Bilik Tidur

Pahatkan nama anda dalam memori mereka setiap malam dengan menghadiahkan set bilik tidur. Atau setidaknya cukup dengan memberikan set cadar dan sarung bantal.

Ini juga merupakan keperluan berguna dalam rumah.

Tahu tak selain daripada hadiah-hadiah diatas, anda juga boleh menaja goodies sebagai hadiah kepada pasangan untuk majlis perkahwinan mereka nanti. Jangan risau, kami ada pelbagai pilihan goodies yang menarik dan boleh ditempah secara online saja. Tengok di sini.

Nadiah Rustam

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago