fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

5 Idea Cenderahati Perkhawinan Yang Dijamin Menawan Hati Tetamu

Adat memberi cenderahati atau lebih popular dipanggil sebagai doorgift ini sudah lama dipraktikak sebagai adat temurun. Dari variasi sapu tangan kepada variasi jenis makanan, idea barangan yang dijadikan sebagai doorgift ini semakin kreatif makin kehari. 

Doorgift juga biasanya dicampurkan pula beberapa barangan berlainan untuk menlawakannya lagi. Bukan setakat itu, bungkusan cenderahati ini juga semakin cantik reka bentuknya.

Malahan musim PKP ini ada yang buat majlis secara drive-thru sahaja,menjadikan senang untuk anda memberikan doorgift anda.

Banyak pilihan juga boleh merusingkan minda jadi bacalah artikel ini terlebih dahulu untuk idea cenderahati yang akan menawan hati tetamu anda. 

1. Yassin Dan Tasbih

Cenderahati yang memberi pahala kepada anda jika tetamu majlis perkahwinan anda menggunakannya. Biasanya yasin yang diberikan adalah custom made design yang dicetak bersama nama pengantin.

Idea yang praktikal dan mudah untuk diisi di dalam beg doorgift anda.  Kebiasanya kedai menyediakan harga borong untuk doorgift majlis perkahwinan menjadikannya salah satu cenderahati yang ideal.

Design dan warna yang boleh anda pilih juga memberikan anda ruang tambahan untuk selitkan tema perkahwinan anda kepada yasin tersebut. 

2. Aneka Manisan

Cenderahati ini boleh dikatakan paling popular dalam kalangan senarai doorgift pengantin. Ini adalah kerana variasi bentuk, rasa, warna dan corak menjadikan satu pilihan idaman dalam pemilihan doorgift ini. 

Biasanya, variasi gula-gula serta snack digabungkan sekali untuk menghasilkan effect warna warni dalam goodies beg majlis perkahwinan.

Manisan seperti macaron juga semakin dijadikan trend dalam pilihan cenderahati. 

Idea bungkusan untuk doorgift manisan ini adalah endless, dan merupakan salah satu step penting dalam penyediaan anda. Anda boleh membuat kotak anda sendiri dan anda juga boleh membeli pelbagai kotak yang menarik reka bentuknya di pasaran.

3. Kerepek Dan Makanan Ringan

Makanan ringan adalah cenderahati yang murah serta tahan lama. Anda tidak perlu risau akan kerosakan makana ringan ini. Makanan ringan seperti popcorn dan kekacang sangat mudah untuk disediakan sebagai doorgift perkahwinan. 

Tambahan pula, terdapatnya servis di pasaran yang menyediakan goodies popcorn. Jadi, bungkusan popcorn akan disediakan oleh penjual anda hanya perlu berikannya kepada tetamu sahaja.

Bagi kekacang pula, anda boleh beli kekacang secara borong dan paketkan mereka sendiri. Sangat menjimatkan budget anda. Variasi saiz goodies boleh dipilih untuk mengisi kekacang. Anda juga boleh mengisinya didalam botol kaca untuk menambahkan nilai estetik doorgift.

4. Makanan Tradisional

Makanan seperti dodol, wajik, bepang, pulut kuning serta bahulu mampu menaikkan rasa nostalgia di dalam masyarakat Melayu. Doorgift klasik yang masih diberikan tumpuan dalam senarai cenderahati.

Tempahan secara dalam talian boleh dibuat, namun lebih disarankan untuk anda pergi ke sendiri ke kedai yang menyediakan servis makanan tradisional untuk merasa terlebih dahulu. 

Rasa orang lain-lain semuanya, jadi surveylah terlebih dahulu. Makanan seperti dodol, wajik, bepang dan bahulu adalah tahan lama membuatkan ia sedang untuk disimpan dan dibeli. 

5. Cenderahati Sudu

Doorgift set sudu ini sangat praktikal kerana tetamu anda boleh gunakannya selepas balik rumah. Tidaklah anda membazir duit untuk membeli cenderahati perhiasan rumah yang kemungkinan akan dibuang begitu sahaja.

Cetakan serta ukiran nama pengantin boleh dibuat untuk menjadikannya sebagai kenangan. Untuk lebih budget, anda juga boleh membeli sudu yang cantik di pasaran serta tempah sticker custom sendiri.

Penamplan serta bungkusan boleh dbuat sendiri untuk menjadikan effect kasual kepada doorgift anda. Namun packaging yang ready made juga banyak dijual di pasaran untuk pilihan anda.

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago