fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

5 Idea Hantaran Yang Jimat Tapi Penuh ‘Style’ Untuk Inspirasi Anda

Sudah jadi adat orang kita, bila kahwin sahaja mestilah kena sertakan hantaran sebagai hadiah sekali. Maklumlah, kata orang kahwin tu kan sekali saja seumur hidup. Tapi apa yang menimbulkan masalah adalah bila kita terikut-ikut adat asalkan hantaran sahaja mestilah barangan mewah dan mahal.

Tambah membebankan, lepas tu nak kena upah pula orang untuk buat gubahan hantaran. Biasanya kos untuk gubahan hantaran dikenakan sekitar RM80 untuk setiap satu gubahan. Kalau 7 hantaran, upah gubahan sahaja dah RM560.

Bab hantaran sahaja sudah memeningkan, tapi apakan daya hidup ini haruslah sentiasa tenang. Soal tu anda jangan rungsing sebab sekarang anda sedang berada di tempat yang betul. Tahu tak, anda boleh berjimat banyak untuk hantaran kahwin. Dan paling best, boleh buat sendiri tak perlu upah orang pun.

Dalam artikel ini kami kongsi 5 idea hantaran yang simple dan menjimatkan namun masih tetap nampak bergaya untuk inspirasi anda.

01
Hantaran Bungkus

Konsep gubahan hantaran bungkus ini memang nampak style dan simple. Tak susah pun nak buat, cukup dengan membungkus hadiah hantaran anda dan kemaskan sedikit dengan hiasan seperti bunga pada bahagian atasnya. Memang mudah dibuat, tak perlu kemahiran yang tinggi pun.

Boleh pilih untuk menggunakan kain mengikut tema warna majlis kahwin anda atau nak bungkus dengan kain batik (bagi pihak perempuan) dan kain pelikat (pihak lelaki) pun boleh. Nanti lepas kahwin, boleh pakai kain yang buat bungkus hantaran tu. Jimat pun jimat.

Paling best pasal gubahan hantaran bungkus ini ialah orang tak akan tahu apa isi hadiah hantaran anda. Kalau nak letak sebatang pen pun ok saja, orang tak tahu pun. Yang penting hantaran anda nampak lawa sudah.

02
Kotak Hadiah

Konsep kotak hadiah ini pun lebih kurang macam konsep hantaran bungkus. Tapi lagi mudah dan minimalis. Cukup dengan guna kotak kosong sahaja untuk mampu buat hadiah hantaran anda nampak cantik.

Apa yang anda perlu buat, beli kotak kosong yang sama saiz dan susun hadiah-hadiah hantaran anda seakan dalam gambar di atas. Jimat dan kemas. Harga kotak kosong biasanya dalam RM1.20 hingga RM3.50. Bergantung kepada saiz kotak.

Kalau nak balut hantaran macam bagi hadiah happy birthday pun boleh juga.

03
Konsep Hamper

Selain daripada gubahan bungkus atau kotak hadiah, gubah hadiah hantaran menggunakan konsep hamper pun mudah, menarik dan menjimatkan. Apa yang anda perlu hanyalah bakul atau bekas yang lawa serta riben sahaja. Dua alat ini sudah cukup untuk buatkan hadiah hantaran anda tampak menarik.

Gubahan hantaran yang diinspirasikan konsep hamper ini sememangnya idea yang ideal buat mereka yang bencikan perkara rumit. Anda tak perlu tahu bagaimana cara menyusun barang, sebabnya anda hanya perlu letakan semua hadiah hantaran ke dalam bakul. Kemudian, riben hiasan tadi akan berfungsi menjadi titik fokus utama sebagai daya penarik gubahan anda.

04
Dulang Tampi

Image: Pinterest

Seterusnya, jika anda mahukan gubahan hantaran dengan feel sedikit klasik tradisional, penggunaan dulang tampi juga masih idea yang baik. Tetap sama, anda tak perlu pening untuk tahu cara buat gubahan yang merumitkan, letak sahaja hadiah hantaran anda di atas dulang tampi disertakan dengan beberapa kuntum bunga sebagai hiasan. Dah siap!

Harga dulang tampi bergantung mengikut saiz, anda boleh dapatkan pada harga serendah RM3.80 sahaja. Boleh cari di mana-mana marketplace Malaysia, ada banyak yang menjual. Untuk bunga plastik pula ia sekitar RM3 – RM5 sejambang. Dalam sejambang tu ada dalam 5 hingga 6 kuntum bunga.

Semua idea-idea ini merupakan idea gubahan hantaran yang jimat dan mudah dibuat tanpa mengabaikan hantaran untuk tampak merecik dan bergaya!

05
Hadiah Perkakas Dapur

Nak idea hantaran berguna dan menjimatkan? Boleh jadikan alatan perkakas dapur sebagai hadiah hantaran anda. Contohnya seperti blender, vakum, magic pan, set senduk, microwave dan lain-lain. Iyelah, lepas kahwin nantikan nak mulakan hidup baru dirumah baru bersama pasangan baru. Banyak barang nak kena beli.

Jadi, peralatan-peralatan sebegini ini amatlah penting bila anda berumahtangga nanti. Kalau tak, tak berasap dapur. Buat persiapan bijak sebelum mendirikan rumah tangga, sediakan semua kelengkapan dapur sebelum berkahwin dengan menjadikannya sebagai hadiah hantaran anda.

Tapi jangan pula beli peti sejuk letak atas dulung. Kalau barang bersaiz besar boleh tukar kepada boucar untuk letak dalam gubahan hantaran.

NikahSatu Tips

Gunakan kad digital dari nikahsatu.com yang lengkap dengan fungsi RSVP khas untuk majlis kahwin di musim covid. Mudahlah anda mengawal dan menguruskan majlis dengan semua rekod kehadiran tetamu nanti. Sempena PKP kad digital ini diberikan RM5 sahaja, buat dulu kad ini sekarang walaupun date belum comfirm… benda digital kan, apa2 nanti boleh edit je balik info. Buat kad digital 90% OFF, RM5 sahaja di sini sekarang.

Yaya Rustham

Nikahsatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago