“Aahh kamu jangan nak macam-macam.. nak buat pelik kahwin malam-malam hari..”
Pernah tak anda dibebel begini oleh mak ayah? Anda nak buat majlis kahwin waktu malam, mak ayah nak buat majlis waktu siang. Dah berdebat pula kan?
Bila scroll media sosial, dah ramai buat majlis waktu malam.. Anda nak buat jugak. Nak follow the trend jugak.
Jangan risau, kami boleh bantu anda. Ini 7 ‘cheat-code’ untuk anda deal dengan ibu bapa supaya dapat approval kahwin waktu malam.
1- Cuaca panas, boleh kena heat-stroke
Tahukah anda… ramai makcik yang pengsan sebab panas sangat pergi kenduri kahwin tengah hari buta.
Sebenarnya, makcik pakcik kita ni tak berapa baik sangat kesihatan mereka tu.. Kesian kalau panas sangat. Kan apa pula jadinya.
Bila majlis waktu malam, masalah ni selesai. Mereka pun lebih selesa, enjoy dan senyum selalu.
2- Makeup tahan lebih lama
Stress kan… bila pengantin, bridesmaids, kaklong kakcik kita dah makeup cantik-cantik tapi makeup cepat cair. Dah spent beratus ringgit hanya untuk makeup hilang tak sampai 3 jam pun. Borak dengan orang pun, tangan masing-masing siap pegang tisu, setiap saat nak lap muka.
Bila buat majlis waktu malam, settle! Makeup pulak tiba-tiba nampak cantik semacam. Boleh la selfie sampai penat.
3- Suasana majlis lebih santai & romantik
Kenduri ni sebenarnya tempat orang melepak, nak-nak bila lama tak jumpa. Pernah ke nampak orang lepak kedai mamak dekat bahagian luar tengah-tengah hari buta? Mana ada gais.
Bila lepak ni, suasana dia kena sejuk santai je. Barulah best nak sembang kencang dengan saudara jauh ni.
Bukan setakat santai, romantik pun ya. Duduk pulak dibawah sinaran lampu diiringi muzik latar lagu cinta. Fuh, vibe do shilaaaa.
4- Gambar kahwin lebih cantik
Bila suasana malam lebih disinari cahaya mentari, barulah vibe kahwin tu romantik kan? Result dia… gambar kahwin anda terus jadi lebih cantik. Bila nak share gambar pada saudara mara atau di media sosial pun, rasa bangga dia sampai langit ketujuh.
Tetamu, bridesmaid, makcik pakcik pun taknak ketinggalan ambil gambar sekali dibawah sinaran lampu tadi.
Photographer pulak happy nak ambil gambar kahwin anda, sebab mereka boleh menyerlahkan art berat fotografi mereka.
5- Boleh dapat diskaun lebih… ni rahsia!
Ini rahsia tau.. kami saja je share. Kalau buat majlis waktu malam, anda boleh dapat diskaun yang banyak. Sebab slot kahwin malam ni tak berapa popular. Jadi bila ada, anda boleh nego untuk dapat diskaun lebih. Mesti dapat punya. Haa kan dah jimat kat situ.
Macam di Rumah Abang Jamil, dah banyak pengantin buat majlis waktu malam. Slot malam 2024 diorang cekau macam tu je. Sebab dapat nego diskaun lebih ni la. Tak percaya, cuba check kat sini:
📢📢 Diskaun di Rumah Abang Jamil
6- Mencontohi artis Malaysia!
Bunyi macam kelakar tapi perasan tak, kita selalu tengok gambar kahwin artis ni. Nak-nak, kalau artis tu popular dan kita pun nak tengok persiapan mereka sebagai inspirasi kita.. dan salah satu trend sekarang, kebanyakan artis Malaysia sangat suka buat majlis waktu malam.
Bak kata mereka, lebih santai dan lebih romantik. Gambar pula bila keluar jadi lebih lawa. So, anda pun sebenarnya ada peluang jadi artis. Tetapi artis dihati pasangan anda la, hehe.
7- Boleh main bunga api & mercun Merdeka
Ini confirm tak boleh buat waktu siang.. mana nak nampak kan? Kahwin ni sekali je, jadi anda boleh ‘all-out’ untuk dapatkan vibe Wedding of The Year. Bawa keluar semua mercun dan bunga api, and enjoyyy.
Photographer boleh dapatkan gambar kahwin anda dengan cun contohnya berarak sambil dikelilingi percikan bunga api kecil. Ini pun salah satu trend terkini foto kahwin.
Jadi, dengan 7 cheat code ni.. Kami yakin anda boleh dapat approval ibu bapa anda. Tak yakin lagi? Cuba suruh ibu bapa anda tengok TikTok dan Instagram Nikahsatu & Rumah Abang Jamil. Tengok video-video pengantin yang kahwin waktu malam, confirm diorang senyum lebar. We have faith in you, goodluck!