fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

Senarai Lokasi Dewan Kahwin Di Bangi

Dalam hal perkahwinan ini, majlis perkahwinan perlu diberikan sepenuh tumpuan serta tenaga untuk memastikan ia adalah suatu perkara yang dikenang buat selam-lamanya.

Marilah baca dahulu senarai Dewan Perkahwinan di Bangi yang bukan sahaja menawarkan anda servis penyewaan dewan namun juga pelbagai pakej lengkap untuk majlis perkahwinan anda.

 

Dewan Melor Garden Wedding

Menampilkan ciri taman dalam dekorasi dewan mereka, Melor Garden Wedding ini cukup mengambil berat akan permintaan bagi majlis perkahwinan anda. Bukan setakat pakej lengkap sahaja mereka tawarkan, servis tempahan bunga segar pun ada. 

Kemudahan seperti dewan berhawa dingin, PA System, mesin air, surau,tandas serta tempat letak kereta yang luas semestinya membuatkan pengantin serta tetamu selesa sahaja sepanjang berlangsungnya majlis pernikahan.

Sememangnya katering mereka dipuji ramai namun pelbagai manisan yang mereka tawarkan juga lazat dimakan. Daripada vendor cendol hinggalah ke aiskrim, anda cuma perlu mention sahaja apa yang anda mahukan dan mereka akan sediakan untuk anda. Yang lebih menariknya, vendor kopi pun ada mereka tawarkan.

Facebook: Melor Garden Wedding

 

Bizmillah Amza Hall

Bizmilla Amza Hall Kajang merupakan salah sebuah daripada dewan di bawah organisasi BIZMILLA. Menjadi pemegang untuk pelbagai jenis anugerah, BIZMILLA menjamin pengantin akan kejayaan dan kemeriahan majlis perkahwinan. 

Dengan mendapatkan pakej lengkap di sini anda akan dapat fotografi, videografi, album perkahwinan, teaser video serta kad kahwin digital secara percuma.  Ditambahkan lagi dengan voucher perumahan daripada Eco World sehingga RM10,000 kepada pengantin! Memang berbaloi tersangat.

Harga promosi hanya bermula dari RM15,000 sahaja termasuklah dewan Bizmilla. Pakej lengkap pula hanya berharga RM28/PAX unit 1,000Pax .Cepat hubungi team mereka untuk maklumat lanjut.

Facebook: Bizmillah Amza Hall

 

Dewan Tengku Zara

Dewan Tengku Zara menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap seperti pengurusan dewan hingga ke hiasan pelamin untuk anda. Amat memudahkan kerja anda kerana anda tidak perlu susah-susah nak mencari vendor berlainan kerana mereka ada semuanya di sini. 

Hiasan flora yang digubah sebagai hiasan majlis perkahwinan anda menjadikan tetamu yang hadir pasti rasa jealous dengan kecantikannya. Kalau anda menempah pakej daripada Dewan Tengku Zara ini, pasti majlis perkahwinan idaman anda dapat direalisasikan. 

Anda boleh baca review katering mereka memang semuanya lazat-lazat. Dan lagi dengan penempahan pakej perkahwinan lengkap, anda akan diberikan kambing golek bakar secara percuma. Memang sedap sangat!

Instagram: @dewantengkuzara

 

Adam Hawa Hall

Dekorasi dewan Adam Hawa ini memfokuskan tema taman yang full air conditioning yang lengkap dengan meja banquet dan kerusi chiavary. Selain itu, kemudahan seperti bilik persalinan pengantin, surau, tandas serta tempat letak kereta yang luas.

Dengan harga semurah RM 19.90/pax, anda boleh mendapatkan pelbagai servis yang ditawarkan oleh Adam Hawa ini. Semua berkaitan dengan kelengkapan dewan akan mereka uruskan, anda cuma perlu melayan tetamu sahaja. Nak lebih mudah, di sini juga ada beberapa homestay yang boleh anda pilih.

Instagram: @dewan_adamhawa

 

Dewan SM Syahidzuan

Dikatakan mempunyai pakej majlis perkahwinan lengkap yang termurah di dunia, Dewan SM Syahidzuan menyediakan kemudahan termasuklah dewan yang berhawa dingin dan berkarpet, surau, lif serta tempat letak kereta percuma. Terdapat juga ruangan tambahan untuk pengantin dan keluarga berehat.

Jika anda mahu menggunakan servis juru mekap, juru gambar foto, DJ, baju pengantin dan kek pengantin yang tersendiri, anda boleh keluarkannya daripada khidmat pakej untuk pengurangan harga bayaran.

Instagram: @SMsyahidzuan

Oh ya, anda juga boleh lihat lokasi terpilih yang tak kalah menarik tersedia oleh nikahsatu di sini.

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago