Applicable to all NikahSatu Stores
Tempahan, Terma Dan Syarat Nikahsatu.com bagi tempahan produk cetak
1. Tempahan & Tempoh Masa Melengkapkan Tempahan
1.1 Semua belian pakej lengkap Nikahsatu akan menerima produk cetak seperti kad kahwin dan gift box. Produk cetak ini akan mengikut beberapa fasa dari segi rekabentuk, cetakan, penghantaran dan sebagainya. Tempoh masa untuk melengkapkan produk cetak adalah 30 hari dan pelanggan wajib mengikut proses yang telah ditetapkan supaya produk cetak dapat dikeluarkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Kerja rekabentuk dan proses cetakan hanya akan dilakukan selepas pelanggan melengkapkan maklumat yang diperlukan.
Proses Draf Pertama
Minima tiga (3) hari, maksima 10 hari selepas pelanggan melengkapkan maklumat di sistem AliveHQ.
Proses Cetakan
Minima 10, Maksima 20 hari selepas pelanggan memberikan pengesahan cetakan. (Tempoh masa tidak termasuk proses penghantaran)
Semua kiraan hari di atas tidak termasuk Sabtu, Ahad & Cuti Umum. Julat masa tempoh proses adalah bergantung kepada beban semasa ‘ drafter ’ dan juga ‘ que’ cetakan dan juga jenis produk. Nikahsatu akan melengkapkan proses sehingga hari maksima yang disenaraikan dan tidak akan melebihi hari maksima proses. Pelanggan boleh memohon untuk menjalankan tempahan dengan proses URGENT dengan tambahan kos 20% daripada harga belian. Tempoh masa penyiapan produk urgent ialah seperti dinyatakan dalam tajuk PROSEDUR “ RUSH ORDER “
Proses Penghantaran
Minima 3 hari selepas pelanggan menerima pesanan ringkas SMS daripada sistem AliveHQ. Proses penghantaran adalah berdasarkan syarikat courier servis berdaftar.
2. Produk Digital Alive Invite (Kad Digital)
Produk digital AliveInvite tertakluk kepada terma asas berikut :
2.1 Ia perlu disiapkan sendiri oleh pelanggan melalui dashboard , sebarang masalah boleh dirujuk kepada helpdesk support AliveInvite.
2.2 Produk ini tertakluk kepada pautan teknologi Google Map dan Waze. Ia tertakluk kepada terma dan syarat juga ‘ updates ’ semasa daripada pemilik teknologi tersebut. Jika masalah yang pelanggan hadapi terkait dengan isu pemilik teknologi pautan, ia adalah diluar bidang penyelesaian Aliveinvite.com dan mungkin tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
2.3 Jika lokasi pelanggan tidak boleh diakses dengan Waze atau Google Map, pelanggan dinasihatkan untuk tidak menggunakan produk ini atau boleh menggunakan produk ini tanpa fungsi peta ke lokasi.
2.4 Produk ini akan aktif selama 1 tahun dari tarikh ia mula digunakan. Aliveinvite.com berhak menyahaktifkan produk digital pelanggan selepas tempoh 1 tahun tanpa pemakluman notis kepada pelanggan.
2.5 Produk ini akan terus melalui proses ‘ updates ’ yang sentiasa berjalan untuk memastikan ia memenuhi keperluan teknologi pautan terkini dan memberikan pengalaman visual lebih baik kepada pengguna. Semua produk yang telah dibeli sebelum ‘ updates ’ berlangsung akan turut menerima ‘ updates ’ secara automatik.
2.6 Pelanggan dinasihatkan melihat ‘live preview ’, mencuba sample dan memahami fungsi produk digital ini sebelum membeli. Tiada pemulangan akan diberikan jika pelanggan tidak menerima penggunaan produk ini selepas belian.
2.7 Premium features ‘Money Gift’ adalah salam kaut digital yang membolehkan saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah jika mereka tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan. Pelanggan boleh aktifkan salam kaut digital bernilai RM90 di-dashboard editing kad digital.
3. Polisi Pengesahan Tempahan Dan Cetakan
3.1 Setiap tempahan, Nikahsatu akan melakukan proses rekabentuk dan mendapatkan pengesahan pelanggan. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada pelanggan. Proses rekabentuk dan pengesahan akan dilakukan menggunakan sistem AliveHQ sahaja. Pelanggan akan dibantu oleh Client Support khas untuk memudahkan proses ini. Pengesahan melalui medium lain seperti email atau whatsapp tidak akan diterima. Pelanggan akan menerima SMS l ink untuk pengesahan rekabentuk dan proses cetakan.
3.2 Nikahsatu tidak akan bertanggung jawab untuk atas sebarang kesilapan ejaan atau lain-lain selepas pengesahan untuk cetakan dibuat. Akan berlaku situasi maklumat yang dibekalkan tidak diletakkan dengan betul oleh ‘ drafter ’ dalam produk cetakan akhir, pihak kami akan menjalankan proses menggunakan prosedur ini dan pelanggan bertanggungjawab untuk melakukan pengesahan terakhir untuk memastikan semua maklumat yang diletakkan adalah betul. Client Support kami akan sentiasa memaklumkan pelanggan untuk melakukan pengesahan dan membaca semua maklumat dengan penuh sebelum memberi pengesahan untuk mengelakkan kesilapan berlaku pada produk cetakan pelanggan.
4. Kualiti Cetakan Dan Warna
Nikahsatu menggunakan pencetak digital dan offset untuk menghasilkan semua produk keluaran Nikahsatu. Ketidakselarasan warna akan berlaku dalam setiap cetakan. Julat ketidakselarasan warna dalam cetakan produk akhir Nikahsatu ialah 5%-10% daripada warna di sample cetakan. Warna melalui monitor atau skrin komputer adalah berlainan dengan warna sebenar cetakan kerana format warna yang berbeza. Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan julat warna. Kualiti potongan akhir juga akan mempunyai julat ralat ‘ standard ‘ cetakan iaitu +/-5mm.
5. Kuantiti Dan Cetakan Produk Akhir
5.1 Pelanggan boleh membuat penambahan kuantiti produk sebelum mengesahkan proses cetakan. Caj tambahan akan dikenakan mengikut produk dan kuantiti. Cetakan produk akhir akan diajalankan sebaik sahaja pelanggan mengesahkan cetakan melalui sistem AliveHQ.
5.2 Setiap produk adalah untuk satu jenis design dan setiap kuantiti kad bercetak akan berkongsi info dan maklumat yang sama. Cetakan dua maklumat berbeza dalam satu tempahan adalah tidak dibenarkan.
5.3 Pelanggan akan menerima produk dalam bentuk ‘flat’ dimana pelanggan harus memasukkan sendiri produk seperti kad kedalam sampul yang telah disediakan. Cetakan produk akhir untuk Gift box juga adalah dalam bentuk ‘flat’ dan pelanggan hendaklah melipat sendiri mengikut lipatan sedia ada pada produk tersebut untuk memudahkan proses pemasangan gift box.
6. Pemulangan Dan Penukaran Produk Selepas Penerimaan
Jika pelanggan tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli, pelanggan boleh memaklumkan pihak client support dalam tempoh masa tiga (3) hari selepas penerimaan dan memulangkan semula barangan tersebut dalam masa tujuh (7) hari selepas penerimaan (barangan perlu dibungkus semula dalam pek asal seperti ketika penerimaan). Setiap produk yang dipulangkan atau diminta tukar perlu diserahkan sepenuhnya kepada Nikahsatu. Pihak Nikahsatu berhak untuk tidak menggantikan atau menukar produk yang gagal dipulangkan sepenuhnya. Tiada penukaran atau penggantian akan dilakukan dengan bukti bergambar. Kos penghantaran semula produk tidak akan ditanggung oleh Nikahsatu.
7. Barangan Kehabisan Stok
Walaupun kami sedaya upaya akan memastikan kecukupan simpanan stok produk sedia ada, masalah kehabisan stok mungkin akan berlaku. Jika ini berlaku, pelanggan akan diberitahu melalui client support .Jika pelanggan tidak ingin menunggu sehingga stok ada, pelanggan boleh membatalkan pesanan pelanggan dan pulangan nilai penuh akan dilakukan. Jika kami tidak menerima pembatalan pesanan pelanggan sebelum penghantaran barangan dilakukan, kami menganggap pelanggan bersetuju dengan penghantaran lewat. Jika kami tidak dapat menghantar barangan tersebut dalam masa 30 hari, pesanan pelanggan akan dibatal secara automatik dan pemulangan bayaran
akan dilakukan. Jika sebahagian barangan dari pesanan pelanggan telah dibatalkan, pemulangan bayaran akan dilakukan mengikut jenis barangan yang telah dibatalkan sahaja.
8. Penghantaran
Menjadi keutamaan kami untuk memastikan penghantaran produk kepada pelanggan dilakukan dengan baik. Semua penghantaran sekitar Semenanjung Malaysia akan dilakukan melalui syarikat kurier dilantik. Barangan telah siap dijangka akan diterima pelanggan sekitar 1-3 hari bekerja. Pelanggan akan dimaklumkan melalui SMS apabila produk telah keluar untuk penghantaran.
9. Pengiklanan Logo Jenama Aliveinvite
Semua harga jualan rasmi produk Nikahsatu ialah termasuk nilai pengiklanan jenama Nikahsatu di produk tersebut. Cetakan logo Nikahsatu di bahagian produk buatan Nikahsatu adalah standard pengiklanan jenama Nikahsatu. Pelanggan dibolehkan untuk tidak membenarkan Nikashatu mengiklankan logo di produk tempahan mereka dengan membuat bayaran tambahan 20% daripada nilai keseluruhan belian/tempahan pakej.
10. Hak Milik & Perubahan Rekaan
10.1 Semua rekaan di Aliveinvite.com atau Nikahsatu adalah hak milik pereka asal. Rekaan yang dimasukkan ke dalam laman web adalah tetap dan tidak boleh diubah elemen atau karakter rekaan tersebut.
10.2 Adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk menjaga royalti hak milik pereka asal dengan tidak mengeluarkan rekaan dalam bentuk apa pun tanpa kebenaran.
11. Tanggungjawab Sosial Syarikat
Semua harga pakej promosi yang diiklankan ialah berasaskan kepada ‘ CSR’ syarikat bagi membantu mengurangkan beban kos perbelanjaan perkahwinan umat manusia. Adalah sentiasa menjadi keutamaan Nikahsatu.com untuk memastikan semua harga yang dipasarkan memberi nilai terbaik di pasaran.