Dulang hantaran yang disediakan adalah warisan temurun dan masih diamalkan sehingga sekarang. Walaupun sudah jarang dilihat gubahan hantaran ini, namun ia adalah hantaran yang menjadi adat orang Melayu.
Bunga Rampai
Wangian bunga rampai adalah daripada hirisan bunga terpilih serta daun pandan kering. Wangian ini anda buat sendiri di rumah ataupun beli sahaja yang sudah siap di pasaran.
Biasanya digubah di dalam bekas atau beg yang lawa, untuk menambahkan lagi keunggulan bungan rampai ini. Dulang yang digunakan juga boleh dihiasi dengan riben, manik ataupun bunga-bunga yang berwarna-warni.
Sirih Junjung
Dedaun sirih yang dipilih untuk gubahan hantaran mestilah segar dan nampak lebar daun. Untuk gubahan pula, barangan seperti bunga segar, dawai bunga dan lidi adalah penting dalam penyusunan junjung sirih yang rapi.
Bunga segar juga turut diselitkan untuk menonjolkan warna serta serta seri sirih junjung tersebut. Untuk menambahkan lagi harumannya, biasanya bunga rampai ataupun air mawar akan direnjis pada gubahan sirih junjung yang dibuat
Al-Quran
Hantaran Al-Quran sudah menjadi kebiasaan dalam senarai dulang yang disediakan oleh masyarakat Melayu. Jika anda ingin menjadikan Al-Quran sebagai hantaran anda, pastikan pasangan anda akan membaca Al-Quran tersebut dan bukan dijadikan perhiasan semata-mata.
Untuk mengedalikan Al-Quran sebagai hantaran anda, perlulah berhati-hati kalau tak berdosa nanti. Pastikan anda mempunyai air sembahyang semasa meletakkannya diatas dulang dan
letakkan di tempat yang khas dan tidak boleh ditindih dengan bahan-bahan lain yang boleh mencemarkan kesucian Al-Quran.
Samalah pada waktu anda nak berbalas dulang. Berhati-hati semasa pegang dan letakkan di tempat yang tinggi seperti meja.
Telekung
Telekung sembahyang boleh digubah bentuknya namun lagi senang anda hiaskan sahaja kotak serta dulang hantaran tersebut. Jika dikeluarkan dari kotak, dikhuatiri akan kotor kain telekung itu nanti.
Kotak telekung itu sendiri sudah cantik jadi anda cuma perlu tambah sedikit hiasan sahaja. Hiasan seperti biasa iaitu bunga segar untuk baunya, yarn ball serta riben kain. Warna telekung dipilih bolehlah mengikut warna kesukaan pasangan anda.
Kasut
Pilihan utama aksesori dalam hantaran. Anda boleh hubungi dan bincang terlebih dahulu kasut kesukaakn dan juga saiz pasangan anda. Ataupun jika pasangan anda setuju, anda boleh pergi shopping sendiri, pilih sendiri dan beri kepada pasangan anda untuk diberikan kepada anda semasa berbalas dulang nanti.
Obviously, pasangan anda juga kan membuat perkara yang sama. Jadi taklah pasangan anda bermasam muka kalau anda tersalah pilih. Jika pasangan anda nak suprise, pilihlah kasut yang anda sering nampak si dia pakai.
Jam Tangan
Jam tangan ini boleh dipilih ikut fesyen terkini, ikut reka bentuk, ikut fungsinya dan mengikut jenama yang pasangan anda suka. Sangat beza tema hantaran jam tangan ini. Ada yang mahukan jam Quartz biasa, ada juga yang minat jam digital.
Ada juga jam yang khas untuk yang bersukan, serta smartwatch yang membolehkan anda fokus kepada pekerjaan tanpa melihat telefon pintar anda. Nak lagi eksklusif beli jam custom yang diukir nama di jam tangan tersebut.
Barang Kemas
Hantaran yang disediakan oleh pengantin lelaki untuk pengantin perempuan.Cincin dan gelang adalah barang kemas yang biasanya dipilih untuk hantaran ini. Nak senang cerita, pergilah beli bersama pasangan anda dan biarkan dia membuat pilihan sendiri.
Barang kemas dikait rapat dengan memori semasa perkahwinan ini. Jadi belilah barang kemas yang nampak timeless, supaya boleh dipakai walaupun bertahun sudah berlalu. Buatlah selidikan terlebih dahulu di mana store yang bagus untuk anda cari barang kemas ini.
Beg
Beg galas, beg silang, beg tangan, pick your choice. Anda juga kena pilih material beg tersebut. Pastikan gubahan hantaran beg anda rapi serta perhiasan kemas di tempatnya. Risau terlacar pula beg itu nanti.
Belilah style beg yang anda rasa praktikal dan pasangan anda akan guna. Mungkin boleh guna untuk berkerja atau mungkin sekadar untuk berjalan-jalan.
Makanan
Banyak yang menyediakan hantaran ini secara mix sahaja. Campuran semua jenis makanan hantaran memang buat orang telan air liur.
Buahan adalah hantaran yang mudah disusun dan menjadi pilihan kerana warna warni buah ini memang menambah lagi kecantikan dulang hantaran anda. Buahan yang dibeli biasanya epal, oren, anggur dan juga buah lai.
Untuk menonjolkan nilai estetik, anda juga boleh membeli buah yang mempunyai warna yang sama. Barulah tetamu nampak impressed.
Pakaian
Hantaran yang biasa dilihat dalam senarai hantaran pengantin. Biasanya dipasangkan dengan beberapa helai.
Gubahan yang sangat mudah untuk disusun. Kebiasaanya pengantin akan mengubah tudung ini supaya boleh dilihat diatas dulang tersebut. Anda juga boleh hiasi terus kotak asal tudung tersebut. Tambah sahaja riben dan bunga-bunga segar.
Baju melayu, baju kurung, baju kemaja dan baju blouse, pilihan yang sering dibuat pengantin semasa menyediakan hantaran baju ini. Gubahan gaya rustik adalah sangat sepadan dengan hantaran baju ini.