fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

Idea Menarik Buat Gubahan Hantaran Mas Kahwin Sendiri

Mas kahwin atau juga dikenali sebagai mahar perkahwinan adalah pemberian wajib yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan semasa berlangsungnya majlis pernikahan. Mas kahwin adalah hak milik pengantin perempuan sepenuhnya dan tidak boleh diambil orang lain kecuali dengan izinnya. 

Menurut Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili, mas kahwin bertujuan untuk menzahirkan keutamaan dan kepentingan sebuah perkahwinan di samping memuliakan kedudukan wanita.

Penyediaan mas kahwin di dalam Islam juga dilihat sebagai ukuran tahap persediaan pasangan dalam menempuh alam perkahwinan yang lebih mencabar. 

Mas kahwin yang diberikan turut menjadi perlambangan kesucian dan keikhlasan pihak suami untuk menjalani kehidupan bersama-sama pasangan wanita yang dipilihnya.

Untuk mengelakkan sebarang masalah semasa memberian mas kahwin, Majlis Agama Islam Negeri telah meletakkan nilai mas kahwin dalam negeri pada kadar yang tertentu.

Gubahan Lipatan Wang

Pelbagai tutorial cara lipatan wang mas kahwin boleh anda jumpai dalam Internet dan langkah-langkahnya juga sangat mudah. Lipatan bunga serta rama-rama sangat popular dalam mengubah mas kahwin ini. 

Perkakasan yang diperlukan biasanya adalah wayar bunga, span bunga atau gabus, pelekat dan juga hiasan seperti manik dan juga bunga palsu. Wang yang dilipat akan diketatkan dengan mengunakan wayar bunga supaya ia tidak bergerak. 

Bekas seperti bingkai dan juga kotak yang terbuka diperlukan untuk menonjolkan elemen seperti rama-rama yang sedang berterbangan. Pelekat dan span memainkan peranan penting untuk mengekalkan posisi asal lipatan wang mas kahwin ini.

Gubahan Jambangan Bunga

Wang yang digubah kepada bentuk bunga mengunakan pelekat dan kemudiannya akan dilekatkan kepada batang lidi yang bercucuk kepada span bunga. Hiasan seperti bunga dan dedaun diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk menutupi span bunga tersebut.

Bahagian curl gubahan bunga wang ini biasanya mengunakan lidi sahaja. Pasu bunga atau jambangan bunga sangat sesuai untuk gubahan seperti ini. Bunga yang digubah juga mempunyai beberapa jenis dan tidak terhad kepada bunga ros sahaja.

Bunga palsu yang dibeli mestilah bersaiz kecil sahaja supaya tidak menutupi gubahan anda. Gubahan bunga ini akan mengambil masa namun hasilnya pasti membuatkan anda berpuas hati. 

Gubahan Guna Kotak

Gubahan kotak ini bergantung kepada rupa bentuk wang gubahan anda serta nilai mas kahwin negeri anda sendiri. Saiz kotak ini juga perlu diambil berat supaya tidak terlalu kecil ataupun besar.

Reka bentuk seperti gubahan bunga ros mengambil ruang yang besar dan gubahan lipatan mengambil ruang yang kecil. Anda juga perlu draftkan terlebih dahulu jarak gubahan wang antara satu sama lain.

Hiasan seperti baby breath sangat unik dipasangkan dengan gubahan kotak ini. Hiasan lain seperti decorative shredded paper ataupun craft paper cut juga menarik. Ditambahkan lagi dengan keserian fairy lights, memang nampak menakjubkan.

Gubahan Guna Bingkai Gambar

Sangat simple dan mudah untuk digubah. Biasanya dua jenis gubahan bunga dilakukan dengan bingkai gambar ini. Pertama, wang mas kahwin akan digulung dan dilekatkan dengan pelekat sebelum dilekatkan pula kepada bingkai gambar.

Kedua wang akan digubah menjadi lipatan sebelum dilekatkan kepada bingkai gambar. Latar belakang bingkai adalah berwarna putih yang dicetak nama pengantin baru. Gelungan juga ada dicetak untuk tujuan ala-ala flower wreath semasa menghias. 

Hiasan adalah seperti riben, bunga ataupun gelungan kayu. Gelungan kayu boleh diikat dengan riben yang bersinar.Seterusnya lipatan wang anda boleh dilekatkan ke atas gelungan bunga supaya latar belakang bingkai gambar anda nampak tidak crowded.

Gubahan Ala Siri Junjung

Menampilkan gaya klasik Melayu, gubahan yang kelihatan elegent ini sebenarnya sangat mudah untuk digubah. Wang yang digulung di dalam bentuk kon, dihiasi dengan pelbagai warna bunga palsu memang nampak lawa sangat.

Gubahan seperti ini digubah terus di atas dulang hantaran tanpa menggunakan sebarang bekas. Wang akan digulung bersama lidi supaya mudah untuk dicucuk ke dalam span bunga basah. Pelekat bunga juga diperlukan untuk merapikan hiasan bunga serta dedaun di atas dulang.

Hiasan seperti bunga dan dedaun menolong menutupi batang lidi dan juga span bunga. Gubahan seperti ini, dinasihati untuk dibuat oleh negeri yang nilai mas kahwin tinggi supaya nampak junjungnya. 

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

6 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago