fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

Idea Buat Gubahan Hantaran Dengan Ferrero Roscher

Banyak sebenarnya barang hantaran perkahwinan yang anda boleh pilih untuk letak di atas dulang hantaran. Dari Al-Quran hinggalah barang teknologi. Namun, masih ada yang memberikan barang hantaran yang boring dan tidak berfaedah.

Hantaran coklat ini adalah salah satu daripada senarai hantaran yang memang buat orang terliur mata. Handmade, coklat pasaran dan yang paling famous dalam dulang hantaran coklat ialah hantaran Ferrero Rocher. 

Bagi pengantin yang nak berjimat anda boleh DIY sendiri gubahan coklat ini. Anda bolehlah ambil idea ilham daripada artikel ini untuk gubahan hantaran coklat Ferrero Rocher anda sendiri. 

1. Gubahan Jambangan Bunga

Hantaran yang mudah untuk digubah namun agak sukar untuk diletakkan secara rapi atas dulang hantaran anda kerana bentuknya. Dinasihatkan untuk ikat riben kepada jambangan dengan dulang hantaran anda. Ataupun anda boleh letakkannya di dalam kotak yang pendek supaya ia stabil.

Untuk gubahan ini, anda semestinya memerlukan material untuk jambangannya terlebih dahulu. Kertas pembalut jambangan seperti mesh paper, crepe paper dan clear plastic wrapper adalah sangat senang untuk dicari. 

Ferrero Rocher yang digam diatas batang lidi kemudiannya perlu diikat bersama. Untuk menaikkan lagi gaya bunga, anda boleh menggunakan dawai bunga untuk mengikat lidi-lidi coklat tersebut. Tambahlah bunga kegemaran untuk menonjolkan kecantikkan gubahan hantaran anda.

2. Gubahan Hantaran Kotak

Gubahan yang sangat mudah dan cukup popular untuk hantaran coklat ini. Anda boleh susun Ferrero Rocher satu persatu atau anda juga boleh letak balutan asal coklat dan hiaskan kotak tersebut.

Pilihan bentuk dan saiz kotak hendaklah berpatutan. Warna kotak bolehlah dibeli mengikut tema perkahwinan anda. Kotak yang bercorak juga anda boleh pertimbangkan. Jenis kotak yang anda pilih tidak semestinya kena ada penutup. Nak lebih kemas, buatlah semua hantaran anda dalam bentuk kotak supaya nampak teratur.

Anda boleh penuhkan kotak dengan coklat dan selitkan bunga kecil seperti baby breath di dalam kotak. Ataupun gubah coklat bersama hiasan seperti bunga palsu, cebisan kertas dan juga yarn ball.

3. Gubahan Hamper

Gubahan hamper ini memerlukan plastic wrapper clear ataupun yang bercorak serta riben dan base seperti bakul untuk anda susunkan coklat anda. Riben tidak perlu susah-susah nak gubah jadi bentuk bunga, beli sahaja yang riben yang ready made di pasaran, lagi murah dan jimat masa.

Setelah anda memilih base hamper anda, anda juga perlu gabus untuk menghasilkan effect bukit kepada gubahan anda. Gabus berbentuk bola, piramid dan kon adalah sangat sesuai dengan hamper coklat ini.

Jika anda tidak mahu untuk menggunakan gabus, anda juga boleh mendapatkan pelbagai saiz ferrero rocher dan susunkan di atas base anda. Anda juga boleh hiasinya dengan mesh paper dan bunga berwarna-warni.

4. Gubahan Berbentuk Pokok

Gubahan pokok ini sangat rare dan special kerana bentuk dan usaha yang perlu diambil untuk pastikan ia stabil. Barang-barang yang perlu digunakan semestinya pasu, batang kayu, penstabil, gabus bola, coklat dan perhiasannya.

Pasu anda boleh dapatkan jenis baldi besi yang dapat menonjolkan nilai vintage dalam hantaran Ferrero Rocher anda. Batang kayu boleh dicat ataupun dihiasi dengan riben warna perkahwinan anda. 

Yang paling penting adalah penstabil anda. Anda boleh menggunakan hot glue gun ataupun gam kraf untuk letakkan batang kayu kepada pasu anda. Nak lebih stabil, anda juga boleh meletakkan concrete mix  di dalam pasu anda.

5. Gubahan Bakul

Variasi jenis bakul yang boleh anda pilih untuk menyusun gubahan Ferrero Rocher ini. Anda boleh pilih bakul rotan, mengkuang ataupun yang lebih modern iaitu bakul besi. Aturan dan hiasan yang anda perlu guna adalah sangat simple, dan boleh siap dalam jangka masa yang sikit.

 Belilah angka Ferrero Rocher yang sesuai dengan bajet anda. Sebab ini baru satu dulang hantaran anda. Anda boleh penuhi bakul anda dan menambah riben serta bunga di dalam bakul. Atau anda boleh hiasinya dengan brown craft paper serta bunga-bunga besar.

Hiasan seperti bunga besar, dedaun dan juga cebisan kertas memainkan peranan sebagai pelengkap bakul anda. Jadi taklah nampak bare gubahan bakul anda.

6. Gubahan Ranting Pokok

Gubahan ini sememangnya cantik dan nampak sangat delicate. Walaupun simple namun ia nampak sangat exceptional. Ferrero Rocher hendaklah diletakkan di dalam bakul atau beg kecil sebelum menggantungnya pada ranting pohon. 

Tidak perlu risau jika anda tiada bakul yang sesuai untuk coklat anda. Anda boleh tape tali terus ke pembalut ferrero Rocher itu. Rating kayu boleh dicat mengikut tema warna majlis anda ataupun anda boleh kekalkan nilai rustik ranting pohon.

Ranting kayu boleh dicucuk ke span bunga kering dan kemudiannya isi sahaja dalam pasu bunga. Pasu bunga clear yang diikat riben memang menawan mata untuk hantaran Ferrero Rocher ini.

7. Gubahan Bentuk Menara

Gubahan tower Ferrero Rocher ini antara pilihan utama untuk gubahan hantaran bagi pengantin. Selain daripada mudah untuk dibuat, ia juga sangat chic. Penggunaan barang seperti gabus berbentuk kon dan gabus bulat sepatutnya disediakan jika anda ingin cuba membuat gubahan seperti ini.

Gabus kon itu mestilah digunakan untuk towernya dan gabus bulat adalah sebagai base tower anda. Andai kata ada ruangan yang tidak boleh digam coklat, anda boleh susun bunga-bunga kecil untuk rapatkan lagi tower anda. 

Selain itu, anda juga boleh dapatkan tier stand kayu atau plastik di pasaran untuk mudahkan kerja menyusun tower anda. 

8. Gubahan Kek

Ferrero Rocher ini juga boleh dibuat kek yang sangat lazat dan cantik rupanya. Kek mousse, cheesecake, kek plain yang dihiasi dengan Ferrero Rocher juga sangat sedap. Ataupun jika nak buat surprise, anda boleh menyediakan kek perisa coklat yang diisi Ferrero Rocher didalamnya. Mesti special!

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago