Hari perkahwinan bakal menjelang tidak lama lagi dan anda serabut memikirkan idea untuk rekaan kad jemputan kahwin? Jangan risau kerana terdapat pelbagai corak dan tema kad kahwin yang boleh dipilih. Ia semua bergantung kepada minat anda.
Ada yang menganggap kad jemputan perkahwinan tidak terlalu penting. Lebih lagi dalam era digital ini, kebanyakan jemputan dilakukan melalui media sosial. Pastinya sesiapa sahaja yang menerima kad jemputan, terutamanya yang dicetak dalam bentuk fizikal akan berasa istimewa dan tidak sabar untuk menghadiri majlis perkahwinan anda.
Untuk mengurangkan kos, pastikan keluarga dan sahabat rapat menjadi keutamaan anda apabila mengirimkan kad ucapan. Jom kita lihat Contoh Kad Kahwin yang Menarik untuk Jemputan Hari Istimewa
Kad Jemputan Klasik/Tradisional
Sudah tentu tema ini merupakan kad perutusan raja sehari yang eksklusif! Dengan design yang klasik dan ringkas, kad kahwin berciri tradisional melayu amat popular kerana ia dekat jiwa pengantin dan melambangkan adat dan budaya.
Motif kad kahwin melayu klasik selalunya kompleks dan diinspirasikan daripada corak ukiran kayu dan tenunan kain. dan corak. Pilih satu motif yang anda suka dan kembangkan idea dari situ. Rekaan ini sangat sesuai dengan anda jika anda memang peminat setia hasil seni melayu klasik.
Inspirasi dari motif-motif batik juga bersesuain dengan tema. Terdapat pelbagai motif yang boleh dipilih. Pastikan kad anda tidak terlalu sarat dan kekal minimal agar tidak kelihatan bercelaru. Dengan ini kita boleh mengangkat nilai tradisi agar ia indah dipandang mata.
Kad Jemputan Tema English
Jika anda inginkan sesuatu yang manis dan classy, pastinya tema English sepatutnya menjadi pilihan anda. Apa yang dimaksudkan dengan tema English? Selalunya tema ini dikaitkan dengan lukisan floral yang klasik atau mempunyai ciri-ciri budaya bangsa Inggeris.
Selain bunga-bungaan, tema English juga boleh diterapkan dalam bentuk budaya seperti cara hidup dan bangunan. Pendekatan lukisan menggunakan warna air juga boleh memberikan feel English dalam kad jemputan anda.
Sememangnya design seperti ini kelihatan seperti English wallpaper yang kita selalu lihat di dinding-dinding rumah mereka yang gemarkan hiasan dalaman berkonsep inggeris. Rekaan sebegini akan memberikan sentuhan yang lembut kepada kad anda. Sememangnya ia manis dan elegan.
Kad Jemputan Minimalis
Minimal, bersih dan simple adalah 3 perkataan untuk menggambarkan kad jemputan tema minimalis. Untuk anda yang sukakan look yang bersih, ini adalah pilihan yang tepat untuk anda.
Gunakan pilihan huruf (font) yang kelihatan bersih dan masukkan informasi-informasi penting sahaja. Pilihan rona warna juga perlulah terhad kepada tidak lebih 3 warna suapaya ia masih kelihatan minimal.
Warna-warna yang sering menjadi pilihan adalah tona earthy seperti perang, perang dan kelabu. Warna hitam dan putih juga melambangkan konsep minimal yang optimum.
Kad Jemputan Karikatur
Bagi pasangan pengantin yang sukakan sesuatu yang unik dan comel, tema karikatur sangat sesuai dijadikan pilihan. Ianya menarik dan sang penerima pasti teruja setiap kali mereka melihat kad anda ini. Ia perlu tampil ceria dan menyeronokkan.
Sememangnya konsep comel ini menjadi pilihan ramai bakal raja sehari sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Rekaan yang simple dan cantik dengan pilihan warna yang pelbagai membawa rona ceria dalam majlis anda.
Anda boleh memilih sendiri pelukis kegemaran anda, atau bertambah manis jika pengantin sendiri yang melukisnya. Mungkin ada penerima yang jatuh cinta dengan kad ini sehingga menjadikannya penanda buku ataupun meletakkannya diatas meja belajar mereka!
Kad Jemputan Pelbagai Budaya (Cina & India)
Kita hidup dalam negara pelbagai kaum, jadi rasanya tidak salah menerapkan ciri-ciri budaya bangsa lain ke dalam kad jemputan anda. Asalkan ia tidak menyentuh sensitiviti budaya dan agama, design dengan tema ini pastinya menarik.
Warna merah pastinya membawa “tuah” dalam budaya Cina. Ia sememangnya warna yang juga melambangkan cinta dan kasih sayang. Pilih satu elemen seperti corak atau tulisan dan kembangkan idea anda dari situ. Motif lukisan atau floral yang sinonim dengan budaya Cina juga boleh digunakan.
Bagi peminat tema bangsa India, tidak kira anda peminat filem Tamil atau Hindi, elemen India yang sepatutnya dimasukkan ialah warna-warna yang ceria. Bersesuaian dengan majlis perkahwinan yang diraikan, warna yang dipilih haruslah ceria dan berwarna-warni.
Walaupun berwarna-warni, anda masih boleh mengekalkan pendekatan simple dan classy. Buat rujukan yang mendalam untuk mendapatkan hasil yang terbaik!
Kad Jemputan Rustik & Vintage
Jika anda idamkan sesuatu yang berkonsep vintage, iaitu sesuatu yang tidak lapuk ditelan zaman, anda mungkin sukakan kad kahwin berkonsep vintage ini. Rekaannya kelihatan simple dan coraknya tidak terlampau terang atau extravagant.
Cukup sekadar hiasan logo yang tertera nama anda dan pasangan, ia sangat sesuai untuk dicetak di atas kertas artcard dengan sedikit kemasan glossy.
Bagi generasi hipster yang gemar akan konsep DIY bercorak kayu palet, design kad kahwin diatas ini mungkin sesuai bagi anda. Mudah dan cantik, namun masih cantik dilihat!
Rekaan gaya menggunakan brown paper dan doily paper juga amat popular. Anda tidak perlu memasukkan terlalu banyak imej, cukuplah sekadar menyertakan maklumat tentang majlis perkahwinan anda. Kedua-dua brown paper dan kertas doily boleh dibeli dengan harga berpatutan daripada kedai seni dan kraftangan.
Kad Jemputan Floral & Botanikal
Tema floral selalu menjadi pilihan para pengantin kerana ia kelihatan manis dan menawan. Dengan sekadar corak bermotifkan floral di atas kertas kad kahwin anda, ia tampil ringkas namun sungguh indah untuk dilihat.
Untuk mengelakkan agar rekaan kad tidak terlalu sarat, design floral boleh diletakkan di muka hadapan kad sahaja. Pilih rekaan floral yang tidak terlalu sarat. Untuk warna, terpulang kepada anda untuk memilih rona manis atau yang lebih bold.
Kad Jemputan Tema Islamik
Selalunya tema ini berkait rapat dengan hasil seni Khat dan corak geometri. Anda boleh memilih warna coraknya yang lembut dan kekemasan susunan pattern didalamnya.
Gunakan tulisan khat arabik dan tarikh dari kalendar hijrah bagi menambah seri konsep kad kahwin islamik ini.
Kad Jemputan Bercorak Lace
Tampil manis dan indah dengan menggunakan konsep ini. Kadangkala kos untuk membuat kad berserta lilitan kain lace agak mahal. Namun, bagi kad yang ringkas dan mudah tapi masih lagi menampilkan corak lace, corak lace boleh dicetak di atas kertas.
Kad Jemputan Lutsinar
Kad berkonsep lutsinar ini pastinya jarang-jarang kita lihat. Ia boleh dicetak di atas kertas lutsinar ataupun plastik yang keras. Dapatkan rundingan daripada pakar cetakan anda untuk hasil yang terbaik.
Pastikan setiap elemen yang diterapkan pada kad jemputan anda kekal minimal dan tidak terlalu sarat dengan pelbagai motif dan corak. Ia akan memberikan kesan elegant dan classy. Cetakan warna keemasan atau berkilat juga mampu menaikkan seri cetakan sebegini.
Padankan dengan sampul berwarna yang melambangkan tema anda seperti merah, rose gold atau biru tua. Pasti kad akan kelihatan sangat menakjubkan!
Kad Jemputan Quirky dan Unik
Bagi yang sukakan kelainan dan mempunyai personaliti yang out there, tema ini amat sesuai untuk anda dan pasangan. Dengan tema warna terang dan berwarna-warni, kad boleh disesuaikan dengan minat anda dan pasangan.
Jika anda meminati pasukan bola yang sama atau sama-sama suka mengembara, apa kata cetak kad kahwin anda dengan tema berdasarkan perkara-perkara yang anda minati. Logo pasukan bola atau cetakan tiket kapal terbang boleh diubahsuai dan dicetak menjadi jemputan yang menarik.
Untuk tema ini pastinya the possibilities are endless! Tetapkan tema pilihan anda dan make it happen! Ini majlis anda, jadi segalanya perlu selari dengan personaliti anda dan pasangan!
Cantik bukan idea- idea yang telah kami senaraikan untuk inspirasi anda? Kad kahwin bukan sekadar digunakan untuk menjemput para tetamu, tetapi ia mestilah cantik untuk dilihat, kreatif dan berinformasi. Ini supaya maklumat aturcara majlis jelas dan mudah untuk dibaca. Terdapat pelbagai pilihan yang anda boleh pilih dan kad kahwin tidak semestinya formal dan membosankan.
Tukar dan ubah rekaan kad yang disenaraikan untuk menjadikannya sesuatu yang unik – sesuatu dari hasil tangan anda. Tidak perlu risau sekiranya anda ada konsep yang tersendiri kerana terdapat pelbagai bisnes percetakan yang sudi untuk merealisasikan idea dan kreativiti anda.
Apa pun pilihan dan minat anda, kad jemputan kahwin anda sepatutnya mencerminkan personaliti pasangan pengantin selain tema keseluruhan majlis perkahwinan tersebut. Elakkan kecelaruan tema dan majlis yang carca-marba dengan menetapkan tema yang pasti untuk keseluruhan majlis anda.
Diharapkan dengan perkongsian ini, anda dapat mencari ilham rekaan kad kahwin anda nanti. Kami ucapkan selamat pengantin baru dan semoga berjaya melangsungkan hari istimewa bersama pasangan!
Kami juga ada tawaran pakej kad kahwin untuk anda lengkap dengan pelbagai item menarik. Lihat di sini. Anda boleh pilih lebih 400+ koleksi design dari Katalog Design Nikahsatu.