Blog

Checklist Persiapan Perkahwinan Lengkap A-Z

Persiapan perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu diambil berat dan dilakukan sebelum majlis perkahwinan. 

Emosi pun boleh jadi roller coaster dalam waktu ini terutamanya bagi bakal pengantin perempuan. Silap hari bulan, ada yang jadi bridezilla dari awal membuat persiapan perkahwinan sampalah sebelum nikah. Oh no!

Pelbagai perkara yang harus diteliti dan dipersiapkan, sekecil-kecil hiasan bunga tangan hinggalah sebesar-besar urusan borang nikah. Jika ada yang terlepas pandang, mungkin akan mencacatkan aturcara majlis perkahwinan idaman bakal pengantin.

wedding-checklist
Kredit gambar: MarqueeMonkeys

Checklist Persiapan Perkahwinan Lengkap A-Z

Untuk mengelakkan pelbagai kejadian yang tidak diingin semasa hari bahagia nanti, anda perlukan checklist kahwin yang lengkap. Nah, kami sediakan checklist kahwin yang boleh anda gunakan sebelum nikah. Nanti tak lah pening kepala lagi nak fikir apa yang perlu dibuat.

12 Bulan Sebelum

12 bulan sebelum majlis perkahwinan, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan terlebih dahulu untuk persiapan perkahwinan.

1. Kenalpasti Lokasi Majlis

Kenalpasti lokasi untuk mengadakan majlis pernikahan, majlis belah pengantin perempuan dan majlis belah pengantin lelaki. Pilih lokasi majlis mengikut bajet dan keselesaan contohnya di rumah, masjid, dewan serbaguna atau hotel.

Jika anda bercadang nak buat majlis di dewan serbaguna atau hotel, lakukan survey, buat tempahan dan uruskan bayaran deposit dengan segera. 

Perkara ini amat penting terutamanya jika majlis anda jatuh pada tarikh-tarikh hot seperti cuti sekolah atau hujung tahun. Pada waktu ini, pasti ramai yang akan mengadakan majlis perkahwinan.

2. Tetapkan Tema Majlis

Walaupun majlis masih lambat, anda perlu ada idea untuk tema majlis anda. Bila dah tahu tema apa yang anda inginkan, lebih mudah untuk memilih pakaian pengantin, dekorasi hantaran, warna kanopi, doorgift dan pelamin.

Waktu ini anda sepatutnya sudah ada sedikit idea baju pengantin yang bagaimana menjadi pilihan pada majlis perkahwinan nanti. Kebaya, baju kurung moden, dress atau gaun untuk pengantin perempuan. Untuk pengantin lelaki pula sama ada baju melayu moden atau suit.

ekspo-pengantin
Kredit gambar: MEFA

3. Hadiri Pameran Dan Ekspo Pengantin

Anda dan pasangan sudah boleh mula menghadiri pameran-pameran atau ekspo-ekspo pengantin untuk mendapatkan idea untuk majlis. Dalam masa yang sama, anda boleh mendapatkan maklumat serta survey vendor pilihan anda untuk mendapatkan pakej yang terbaik.

Kebiasaanya, dalam ekspo pengantin, anda boleh mendapatkan maklumat vendor seperti:

  • Pakaian pengantin
  • Pelamin
  • Kanopi
  • Photographer
  • Videographer
  • Katering

9 Bulan Sebelum

9 bulan sebelum majlis perkahwinan, anda dah tak boleh berlengah-lengah lagi. Masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk persiapan majlis perkahwinan anda.

1. Hadiri Majlis Food Sampling

Antara perkara paling penting semasa majlis perkahwinan anda nanti adalah makanan yang enak untuk dijamu kepada tetamu yang hadir. Penting untuk anda cuba menu-menu yang disediakan oleh pihak katering sebelum bersetuju mengambil servis mereka.

2. Buat Bayaran Deposit Untuk Vendor

Setelah mengunjungi pelbagai ekspo perkahwinan dan survey pelbagai pakej secara online, anda sepatutnya sudah dapat memilih vendor-vendor untuk majlis perkahwinan anda. 

Anda juga sepatutnya sudah mula buat tempahan dan membayar bayaran deposit kepada vendor-vendor ini untuk lock date majlis anda.

3. Tempah Baju Kahwin Dan Baju Tema Keluarga

Anda juga dah boleh mula menempah baju kahwin dan juga baju tema untuk keluarga. Tema majlis dah pasti, warna pun dah pilih. Sekarang tinggal beli kain, ukur badan dan tempat baju kahwin serta baju tema keluarga anda.

6 Bulan Sebelum

6 bulan sebelum majlis perkahwinan, anda perlu pantas bergerak. Majlis dah semakin hampir. Tapi jangan panik. Fokus dan uruskan beberapa perkara yang penting dahulu.

1. Hadiri Kursus Perkahwinan

Kalau anda masih belum menghadiri kursus perkahwinan, inilah masa yang paling sesuai. Luangkan masa hujung minggu anda bersama-sama pasangan selama 2 hari untuk menghadiri kursus perkahwinan. 

Kursus perkahwinan bukan untuk mendapatkan sijil semata-mata. Malah penting untuk anda memahami tanggungjawab suami isteri dalam keluarga, apa yang patut dilakukan dan tidak patut dilakukan dalam perkahwinan serta hak-hak sekiranya berlaku sebarang penceraian.

2. Lakukan Ujian HIV Dan Talasemia

Penting! Ya, ujian HIV dan ujian Talasemia adalah penting bagi pasangan yang ingin berumahtangga. Kedua-dua ujian ini adalah mustahak supaya anda dan pasangan dapat merancang keluarga dan zuriat yang sihat.

3. Rancang Dan Beli Barang-Barang Hantaran

Sebelum membeli barang-barang hantaran, buatkan senarai barangan apa yang anda ingin jadikan sebagai hantaran terlebih dahulu. Barang-barang yang tidak melibatkan makanan boleh mula dibeli pada waktu ini. 

Pastikan barang-barang dekorasi untuk gubahan hantaran dibeli sekali jika anda merancang untuk menggubah hantaran sendiri. Kalau bercadang untuk menggunakan khidmat penggubah hantaran, jangan lupa lakukan tempahan sekarang.

3 Bulan Sebelum

3 bulan sebelum majlis adalah masa yang agak terhad. Masa semakin suntuk. Anda perlu pastikan kebanyakan persediaan yang penting sudah pun diselesaikan.

1. Sediakan Borang Dan Dokumen Penting

3 bulan sebelum majlis, anda perlu memohon dan mendapatkan kebenaran bernikah melalui Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing. Anda juga perlu menyediakan dokumen-dokumen tertentu seawal mungkin seperti:

  • Salinan kad pengenalan
  • Borang permohonan nikah
  • Borang saksi permohonan nikah
  • Surat perakuan bujang
  • Laporan ujian HIV dan talasemia
  • Borang nikah luar kawasan
  • Sijil kursus kahwin
  • Sijil nikah ibu bapa pengantin perempuan
  • Surat mastautin

Anda juga perlu kenalpasti jurunikah, wali dan saksi untuk majlis anda nanti. Pastikan kehadiran mereka semua terutamanya jurunikah supaya lebih mudah untuk mereka uruskan jadual masing-masing dan tidak terlupa tarikh pernikahan anda. 

Tak ada tok kadi, tak jadi kahwin nanti!

2. Tempah Kad Jemputan, Bunting Dan Doorgift

Sebelum menempah kad jemputan, anda perlu tahu jumlah tetamu yang ingin dijemput. Pastikan sebelum mencetak, nama, tarikh, alamat dan peta rumah adalah betul. Tempah sekali bunting serta penunjuk arah supaya mudah untuk tetamu mencari tempat majlis.

Sekarang juga waktu yang sesuai untuk anda menempah doorgift untuk tetamu. Jika bercadang untuk DIY doorgift sendiri, anda sudah boleh mula membeli barang-barang hiasan seperti beg atau reben.

Anda boleh lihat pakej kad kahwin, doorgift dan event accessories di sini.

3. Beli Cincin Dan Barang Kemas

Ambil masa bersama-sama pasangan untuk memilih dan membeli cincin kahwin anda berdua. Selit sekali barangan kemas jika ingin mengadakan majlis membatalkan air sembahyang.

1 Bulan Sebelum

1 bulan sebelum majlis, hati dah berdebar-debar. Apa lagi yang perlu dibuat?

1. Hantarkan Kad Jemputan

Sebulan sebelum majlis, anda sudah boleh mula menghantar kad jemputan kepada saudara-mara dan sahabat handai.

2. Tempah Tempat Penginapan Untuk Keluarga Belah Pengantin Lelaki

Jika keluarga pihak pengantin lelaki datang dari tempat yang jauh, jangan lupa sediakan tempat penginapan yang selesa bagi mereka. 

Jika boleh, cuba dapatkan hotel atau homestay yang berdekatan. Lebih mudah untuk rombongan pihak pengantin lelaki untuk bergerak ke lokasi majlis.

2 Minggu Sebelum

2 minggu sebelum majlis, memang boleh jadi panik. Tapi jangan risau, anda boleh lakukannya!

1. Penjagaan Diri

Sebulan sebelum majlis, anda boleh tenangkan diri dengan pergi ke spa untuk urutan badan. Dah penat-penat buat persiapan nak dekat setahun, inilah masa untuk berikan reward kepada diri sendiri.

Bagi pengantin lelaki pula, anda boleh persiapkan diri dengan memotong rambut, buat facial dan spa juga. Jangan fikir spa hanya khusus untuk kaum wanita ya. Lelaki pun boleh manjakan diri dengan rawatan muka dan badan di spa.

2. Follow Up Dengan Vendor

Ini adalah kali terakhir anda akan follow up dengan vendor pilihan anda. Untuk tidak nampak terlalu mendesak, anda boleh bertanya khabar dan maklumkan tentang perjalanan majlis anda kepada vendor.

1 Hari Sebelum

Wah, besok bakal nikah! Gementar? Itu sudah pasti. Tapi masih ada beberapa persediaan yang anda perlu ambil berat.

1. Persiapan Pakaian Perkahwinan

Sehari sebelum majlis perkahwinan, anda dah boleh siap sedia dengan pakaian pengantin anda. Seterika baju pengantin dengan hati-hati. Jangan sampai terbakar pula ya. Menangis tak berlagu pula. 

Siapkan terus dengan aksesori seperti shawl atau tudung, tiara, rantai, brooch, kasut dan bunga tangan di sebelah pakaian pengantin. Untuk pengantin lelaki pula, samping, songkok atau tanjak jangan dilupakan.

2. Inai Di Tangan

Bagi pengantin perempuan, hari sebelum majlis merupakan waktu terbaik untuk memakai inai di jari. Sambil-sambil memakai inai, anda boleh merehat-rehatkan badan juga.

3. Pastikan Vendor Hadir Dan Deliver

Pastikan kanopi, meja, kerusi, PA sistem dan pelamin sudah siap sedia di majlis anda. Jika ada vendor yang masih tidak datang, ingatkan mereka tarikh majlis anda. 

Susun doorgift di tempat yang mudah diambil. Pastikan penanda arah serta bunting telah pun dipasang di tempat yang sewajarnya. Jika ada photobooth dan  guestbook, letakkan ia di tempat yang sesuai dan tidak mengganggu laluan.

4. Bahagikan Tugasan Kepada Ahli Keluarga Dan Tidur Awal

Besok adalah hari anda menjadi raja sehari. Serahkan tugasan lain kepada ahli keluarga. Mereka pasti akan lakukan yang terbaik untuk melihat hari bahagia anda tampak meriah.

Semua persiapan telah pun sempurna. Dapatkan rehat yang cukup supaya anda nampak segar dan cergas untuk hari esok.

Hari Majlis

Wah, dah tiba hari yang anda nanti-nantikan. Eh, ada lagi yang perlu dilakukan sebelum nikah?

1. Ambil Sarapan

It’s going to be a long day! Jangan tinggalkan sarapan supaya anda kekal bertenaga dan bermaya sepanjang hari.

2. Bertenang

Bawa bertenang terutamanya pengantin lelaki. Anda mempunyai tanggungjawab yang sangat besar bermula apabila anda menerima akad nikah tersebut.

3. Bersiap Dan Datang Awal

Bersiap seawal yang mungkin. Pastikan pakaian anda lengkap, kad pengenalan ada bersama dan telefon anda diberikan kepada pengapit. 

Cuba untuk bergerak ke lokasi majlis awal setengah jam. Dalam kelam kabut rombongan yang ramai, pasti mengambil masa untuk bergerak ke lokasi majlis. 

Detik yang anda dan pasangan impikan akan tiba tidak lama lagi. Selamat menempuhi hidup baru bakal pengantin semua. Jadikan persiapan perkahwinan anda sebagai sesuatu yang membahagiakan dan bukannya merumitkan.

NikahSatu turut menawarkan pelbagai pilihan pakej kahwin untuk anda yang membuat persiapan hari bahagia dengan harga jimat. Tengok di sini.

Fadzi Razak

NikahSatu Writer

Share

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Keep on reading

August 4, 2020

9 Idea Gubahan Hantaran Buah-Buahan Yang Mudah Tapi Tetap Menarik

Dalam majlis perkahwinan atau bertunang, tidak lengkap rasanya jika tidak disertakan sekali dengan hantaran. Walaupun hantaran bukanlah sesuatu yang…
August 3, 2020

5 Inspirasi Dekorasi Bilik Pengantin Bangkitkan ‘Mood’ Raja Sehari

Selain baju pengantin, pelamin dan hantaran, bilik pengantin juga merupakan titik tumpuan utama tetamu yang hadir di majlis perkahwinan….
August 3, 2020

Senarai Lagu Kahwin Untuk Majlis Yang Hebat

Melangkah masuk ke sebuah majlis perkahwinan, pastinya tidak lengkap jika suasana majlis tidak dilengkapi dengan alunan lagu-lagu yang boleh…

Nak RM50 tak?

Masukkan nombor WhatsApp anda untuk kami berikan Voucher RM50 Tunai Sekarang.

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
Need help? Let's chat!