Cart

Your cart is currently empty.

10 Outdoor Photo Kahwin Lokal Tetapi Nampak Seperti Luar Negara

10 Outdoor Photo Kahwin Lokal Tetapi Nampak Seperti Luar Negara

Kahwin hanya sekali. Pastinya gambar-gambar kahwin yang diimpikan perlu cantik, lawa dan penuh nostalgia. Zaman sekarang, gambar kahwin sangat penting dan dititikberatkan oleh yang bakal berkahwin.

Fotografer di Malaysia sebenarnya sangat berbakat dan dapat hasilkan output gambar yang lawa. Ini 10 Outdoor Photo oleh photographer lokal yang nampak seperti berada diluar negara.


Seperti berada dilautan garam


Lokasi tak menggambarkan seperti berada di Malaysia tapi percaya tak, ini di Melaka. Liku liku perjalanan merentasi pasir putih ini seperti berada di tengah tasik diluar negara. 

Dibawah sinaran percikan bunga api semarak cinta


 

Percikan bunga api dibawah sinaran cahaya bulan, nampak macam berada diatas bukit tapi lokasi hanya di Malaysia. Lain dari yang lain tetapi hasil gambar, tetap cantik.

 

Seperti berada di Tennessee, US


Tennessee merupakan satu daerah Nashville, Amerika yang dipenuhi ladang menghijau dan kawasan rentas kuda sama seperti dalam gambar ini. Tetapi hakikatnya gambar diatas hanya di sekitar kawasan UPM Kuala Lumpur sahaja. Tak usah pergi jauh-jauh dah kan?



Kawasan lapang ditepi pantai jangan disangka di Hawaii. Percayalah ianya hanya di Kuala Terengganu. Minimalist dan santai ditepi pantai Terengganu, tetapi seperti diluar negara tak?

Padang pasir atau di Australia?

 

Tak perlu pergi Australia dan mendaki bukit yang tinggi untuk gambar secantik ini. Gambar diatas hanya diambil di dalam negara Malaysia. Yang pasti, jika anda nak dapatkan gambar kahwin seperti ini, anda boleh dapatkannya. Cuba tekan butang DEALS  diatas.

Bak dalam filem dengan tema "In the Woods" 

Lokasi hutan menghijau tak semua yang boleh hasilkan "output" gambar lawa tetapi bila anda berada di lokasi seperti Janda Baik, Pahang, anda seperti sedang shoot tema kahwin 'in the woods' kan?

 

Lautan api sanggup kurenangi, inikan pula Gunung Everest. SBXS Photography gemarkan cabaran dan sukakan output gambar yang seakan anda berada di luar negara. Sekali lagi, anda hanya berada di Malaysia

 

Luas pemandangan, luas lagi cinta kita


Jika anda tak baca info diatas, anda pasti ingat ia berada di mana-mana lokasi luar negara. Sejujurnya, ini hanyalah di Klebang, Melaka. Satu kawasan lapang yang dibiarkan telah menjadi tempat memori anda ditangkap. 

 

Seperti berada di awan-awangan, dihiasi gunung-ganang seperti berada di kawasan New Zealand. Tetapi tidak, hanya di Malaysia.

Hakikatnya, anda boleh dapatkan gambar kahwin selawa gambar-gambar diatas walaupun anda berada di Malaysia. Banyak kawasan menarik boleh digunapakai untuk hasilkan gambar secantik ini

Pernah dengar tak PAKEJ ALL-IN SUPER BERBALOI yang dapat jimatkan banyak duit kahwin anda? 

Yup pasti ada, pakej ini hanyalah pakej yang anda perlu untuk kahwin. 

Share this post:

Older Post Newer Post

Leave a comment

translation missing: en.general.search.loading