Blog

7 Langkah Merisik Yang Perlu Anda Fahami

Adat merisik ini telah lama dipraktikkan di dalam masyarakat Melayu ini. Walaupun, perkara ini sudah jarang dilakukan oleh pengantin zaman sekarang, adat ini masih lagi diamal. Merisik ini sebenarnya satu pengalaman yang manis dan indah. 

Diringkaskan, merisik ini sebenarnya tinjauan yang dibuat oleh wakil pihak lelaki kepada keluarga pihak perempuan untuk melihat sama ada dia berpunya atau tidak. Semestinya beberapa soalan akan ditanya, tapi jangan risau kerana semasa merisik ini semua orang menjaga adab masing-masing.

Dari risikan inilah anda boleh nampak keikhlasan dua belah pihak. Ada sahaja kes dimana dah lama bercinta tetapi masa merisik pula pihak lelaki tiba-tiba jadi kedekut, cincin pun tak diberikan. Kalau macam ini bolehlah pihak perempuan tolak sahaja risikan ini.

Diingatkan terlebih dahulu merisik dan meminang ini adalah dua perkara yang berbeza. Merisik ini hanya melihat terlebih dahulu, bukannya terus berbincang pasal hantaran kahwin.

Jangan pelik pula nanti ya. Jika anda ingin tahu bagaimana proses merisik ini berjalan, bacalahlah artikel ini sampai habis dahulu.

Merisik dan bertunang adalah dua perkara yang berbeza

1. Memilih Wakil Bagi Pihak Lelaki

Keluarga pihak lelaki akan memilih wakil saudara yang rabat untuk bertemu dengan ibu bapa pihak perempuan bersama mereka. Diingatkan pihak lelaki sepatutnya membawa bilangan rombongan yang serdahana sahaja.

Tujuan merisik ini hanyalah untuk bertanya dan ada kemungkinan risikan anda ditolak. Jadi, tidak perlu untuk menarik perhatian jiran-jiran dengan rombongan yang besar. Janganlah anda pergi jemput jiran-jiran anda pula.

Disarankan tersangat anda adakannya secara kecil-kecilan dengan saiz rombongan pihak lelaki yang kecil dan tanpa undangan tetamu. Biarlah anda nampak berendah diri dan bukannya terlebih yakin.

2. Menyampaikan Hajat Risikan (Pihak Lelaki)

Biasanya sebelum pihak lelaki ingin merisik, mereka akan memberitahu terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Jadi tidaklah terkejut mereka apabila pihak lelaki tiba-tiba sampai. Buatnya, anda datang dan empunya orang tiada di rumah? Kan dah jadi sia-sia.

Jadi pastikan ibu bapa pihak lelaki hubungi pihak perempuan terlebih dahulu. Anda juga boleh pilih tarikh yang sesuai untuk anda jalankan risikan ini. 

Sebagai penutup majlis, rombongan pihak lelaki akan dihidangkan dengan jamuan kecil.

3. Merisik ( Pihak Lelaki )

Tibanya pihak lelaki di rumah pihak perempuan, barulah risikan ini dikatakan official. Merisik ini sebenarnya salah satu cara pihak lelaki untuk melihat sikap dan tertib si gadisnya. Lazimnya akan ada juru cakap dari belah lelaki untuk meriahkan suasana.

Ada juga yang berpantun semasa merisik ini, Bahagian ini tengoklah dulu adat setempat anda. Jika kedua belah pihak sudah lama kenal satu sama lain, tidak perlulah berpantun. Ini kerana bukan semua orang tahu berpantun. Nanti kalau tak lepas nak balas pantun, kekok pula jadinya.

Jika si gadis dilihat berdasarkan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya, lelaki pula perlulah ada latar belakang yang baik, kerjaya yang stabil supaya tidak teraniaya anak dara orang.

Ketika dalam proses merisik, kedua-dua belah pihak terutama sekali calon perempuan perlu menjaga batas dan kelakuan. Kebiasaannya, calon perempuan akan berada di dalam bilik sepanjang proses merisik dan hanya akan keluar seketika untuk menghidangkan air dan makanan. 

Pihak lelaki juga tidak perlulah bertanya soalan kepada si gadis tersebut. Nak bertanya, tanyalah keluarga belah perempuan. Janganlah mula menanya soalan yang merepek dan tidak penting.

Apabila proses merisik telah selesai, ibu bapa atau saudara pihak lelaki haruslah mengucapkan ‘terima kasih’ atas kesudian pihak perempuan menerima kedatangan mereka. Ini akan mengakrabkan lagi perhubungan mereka lebih-lebih lagi setelah menjadi besan nanti.

4. Masa Pertimbangkan Risikan ( Pihak Perempuan)

Ibu bapa pihak perempuan biasanya akan meminta masa untuk mempertimbangankan risikan ini. Walaupun mungkin anak mereka sudah kenal lama dan bercinta dah pun, adat memberi masa itu masih dititikberatkan. Tapi ada juga yang terus bagi jawapan.

Jawapan ini, paling lama boleh mengambil masa seminggu. Pihak lelaki janganlah pula memaksa keluarga perempuan untuk menerima anak lelakinya. Hanya tuan badan sendiri yang layak membuat keputusan untuk kehidupannya.

Jadi, ibu bapa lelaki mahupun perempuan tidak boleh mempengaruhi atau mengugut anak gadis untuk menerima risikan tersebut. Pihak lelaki juga haruslah berlapang dada menerima apa-apa keputusan dari pihak perempuan. Jangan pula menyimpan dendam jika risikan ditolak ye.

Masa ini pihak lelaki hanya perlu serahkan kepada Ilahi. Janganlah memaksa kerana ini membabitkan kebahagiaan masa depan anda.

5. Memberi Jawapan (Pihak Perempuan)

Ibu kepada bakal pengantin perempuan akan bertanyakan anak gadisnya sama ada ingin menerima atau menolak risikan ini. Tanpa dipengaruhi oleh sesiapa, si gadis akan memberikan jawapan secara terus atau meminta tempoh untuk berfikir sebelum membuat apa-apa keputusan. 

Dalam mana-mana majlis merisik, tidak semuanya berjalan seperti yang diharapkan. Ingat bahawa tujuan merisik ialah untuk bertanya dan kadang kala pertanyaan itu tidak dijawab seperti yang diharapkan.

Oleh itu, bersedia untuk apa-apa kemungkinan. Hormatilah keputusan pihak perempuan.

Jika pinangan diterima, ibu bapa anak perempuan kemudian akan hubungi pihak lelaki. Setelah menerima risikan barulah syarat-syarat perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya dibincangkan dan diselesaikan.

6. Cincin Belah Rotan (Pihak lelaki)

Jika pihak perempuan tidak berpunya dan menerima lamaran pihak lelaki, tarikh meminang boleh ditetapkan dan sebentuk cincin yang dipanggil cincin belah rotan diberikan kepada pihak perempuan sebagai hadiah.

Sekiranya si gadis bersetuju, cincin tersebut akan diambil dan tidak ia akan dipulangkan kembali. Selalunya, pihak lelaki akan membawa cincin belah rotan dan sedikit buah tangan dalam proses merisik ini.

Setelah menyatakan hajat kedatangan kepada kedua ibu bapa si gadis, wakil pihak lelaki yang lazimnya terdiri daripada ibu bapanya sendiri atau ibu bapa saudara akan menghulurkan cincin.

7. Meminang (Pihak Lelaki)

Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.

Apabila sudah memasang niat untuk memperisterikannya, lelaki-lelaki lain haram untuk meminangnya. Jadi, si gadis sudah terikat di sebalik cincin belah rotan yang diterimanya.

Perjanjian yang telah dipersetujui tidak boleh dimungkiri oleh pihak lelaki sesuka hati tanpa alasan atau sebab yang munasabah. Sebaiknya, teruskan dengan pertunangan dan segerakan pernikahan.

Jika anda dapat selesaikan semua proses ini, tahniah. Anda perlu teruskan pula siapkan proses pertunangan dan perkahwinan. Jika tidak, ingatlah jangan berdendam jika ditolak. Jangan rasa kurang keyakinan kerana ini kerana bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor.

Dapatkan lebih banyak idea hantaran yang menarik utuk majlis perkhawinan anda di NikahSatu, lihat di sini.

Melati

NikahSatu Writer

Share

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Keep on reading

January 4, 2021

Senarai Lokasi Dewan Kahwin Yang Menarik Di Shah Alam

Majlis perkahwinan sememangnya perkara yang ditunggu-tunggu untuk semua pengantin baru. Tapi sebelum itu, anda mestilah buat preparation terlebih dahulu….
January 4, 2021

Lokasi Dewan Kahwin Di Selangor

Terlalu banyak pilihan dewan perkahwinan ini juga mampu memeningkan pasangan pengantin. Semuanya nampak cantik sahaja. Nak survey semua dewan…
January 4, 2021

Senarai Lokasi Dewan Perkahwinan Di Putrajaya

Nak buat majlis perkahwinan, anda mestilah senaraikan terlebih dahulu apa yang anda perlu buat dan tahu untuk majlis ini….

Visit Showroom

Nak Free Gift?

Masukkan nombor WhatsApp anda untuk kami berikan FREE GIFT sekarang.

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
Need help? Let's chat!