fbpx

8 Hantaran Tunang Yang Simple Tapi Menarik

Jarang majlis pertunangan yang dianjurkan, tidak ada hantaran. Ini adalah kerana nampak kekok sangat kalau tidak berbalas dulang ini.Berbalas dulang hantaran boleh dianggap sebagai lambang jalinan untuk mengukuhkan lagi perhubungan keluarga pasangan pengantin. 

Perkara utama yang anda perlu ingat adalah jangan berlebih-lebihan. Dulang hantaran hanyalah sebahagian daripada keseluruhan majlis pertunangan anda. 

Bagi hantaran tunang ini, ramai pengantin yang inginkan surprise, namun ada juga keluarga pengantin yang siapkan senarai hantaran supaya bakal besan mereka tidak terasa tersinggung dengan hantaran yang mereka sediakan.

1. Hantaran Cincin

Cincin pertunangan ini adalah penting kerana ia bertindak sebagai lambang dedikasi, cinta dan komitmen yang akan diberikan selepas proses pertunangan. Ia juga boleh dikatakan menjadi simbol ke arah jalan perkahwinan. 

Juga digunakan sebagai tanda janji atau kontrak antara pasangan serta kedua pihak keluarga mereka. Jadi pilihlah cincin pertunangan yang membawa makna kepada anda. Gubahan yang trendy bagi cincin ini semestinya rustik dan terrarium.

Gaya rustik biasanya digabungkan dengan kotak kayu dan bunga kering. Senang sahaja jika anda nak DIY sendiri kotak ini.  Bagi gaya terrarium pula letakkan manik atau bunga rampai di dalam kotak cincin untuk menonjolkan lagi reka bentuknya.

2. Hantaran Bunga

Jambangan bunga boleh dianggap sebagai pembawa kebahagiaan dan kepuasan dalam proses pertunangan anda. Idea yang selamat kerana tidaklah orang kecoh hantaran tunang over the top atau kata anda ini kedekut (harga jambangan bunga ini boleh tahan tau) nanti.

Nak tambah lagi hiasan bolehlah letak coklat dan susun di dalam bunga itu. Idea klasik yang anda boleh gunakan. Tapi disarankan anda guna bunga yang telah diawet atau bunga kering. Bunga segar memang mempunyai aroma yang wangi namun ia tidak tahan lama. 

Jadi belilah bunga yang telah diawet. Kalau nak berbau juga, semburan sedikit minyak wangi aroma bunga ke atas hantaran anda sangat berguna. 

3. Hantaran Set Cadar

Hantaran tunang adalah peluang untuk anda menawarkan barang unik yang menyatakan cinta dan sokongan anda kepada pasangan anda.  Walaupun cadar baru mungkin bukan perkara pertama yang muncul di fikiran anda mengenai pemilihan hantaran, ia diyakini akan dihargai, kerana ia adalah barang yang sangat berguna.

Tidaklah anda susun sahaja ia diatas almari, mengumpul habuk. Set cadar penting dalam kehidupan, dan sering dibeli cadar untuk menukarnya. Jadi pilihlah cadar yang berkualiti tinggi supaya tidak dibuang nanti. Sekurang-kurangnya teringat juga dalam memori yang anda memberikan sesuatu yang berguna kepada pasangan anda. 

Gubahan yang simple, boleh disusun dengan berbagai jenis tema. Kotak set cadar ini semestinya petak, jadi memudahkan anda untuk membalutnya.

4. Hantaran Tumbuhan

Hantaran pertunangan biasanya sangat tipikal dan boleh diagak jadi mengapa tidak mengejutkan pasangan yang anda sayangi dengan hantaran sebergini? Sangat sesuai bagi pencinta alam dan yang suka menanam pokok. 

Berilah tumbuhan yang tahan lama, jadi bolehlah meriahkan rumah pasangan anda. Bila nampak sahaja ia, mesti tersenyum dan teringatkan anda, baru sweet. Anda juga boleh selidik terlebih dahulu maksud tumbuhan untuk mengatakan bahawa anda cukup memikirkan mengenai pasangan anda. Dan anda sering mempertimbangkan apa yang mereka mahukan.

Tanaman yang tahan lama ini yang melambangkan cinta pasangan akan bertahan dan berkembang. Jangan lupa pilih pasu yang sesuai. Jangan dibalut dengan pasu dari kedai pula. Nampak biasalah nanti.

5. Hantaran Coklat

Coklat. Kelazatan coklat menjadi pilihan umum yang tiada orang akan menolak. Daripada Feroro Rocher yang sangat popular di kalangan pengantin kepada coklat khas buatan kedai. Pelbagai variasi membuatkan anda rusing? Apa kata gabung sahaja pelbagai coklat. Gubahan yang senang dibuat.

Tak cukup hantaran anda jika tiada coklat dalam dulang. Gubahan dalam kotak atau gubah seperti bunga sangat Hantaran ini adalah hantaran popular dan tidak kelam zaman. Menariknya, coklat ini juga simbol cinta selamanya. 

Ada juga servis kedai chocolate untuk mencetak nama diatas pembalut chocolate bar tersebut. Bunyinya memang sangat menarik. Dan coklat ini juga sebenarnya yang termurah dalam senarai dulang hantaran anda.

6. Hantaran Cawan

Hantaran yang jarang dibuat orang. Banyak variasi yang boleh anda pilih. Boleh cetak nama atau sebarang kata-kata di atas permukaan cawan ini. Dari reka bentuk dan warna, banyak yang anda perlu pertimbangankan. Pilihlah cawan kosong untuk langkah selamat.

Cetak nama pasangan serta kata-kata untuk meriahkannya lagi. Balutlah dengan berhati-hati supaya tidak pecah. Diingatkan juga kepada pembawa dulang ini supaya jalan dengan tertib supaya tidak terjatuh cawan ini. 

Anda boleh juga isikan cawan dengan hiasan seperti bunga, coklat dan juga bunga rampai. Warna bunga yang kontra dengan warna cawan semestinya nampak cantik. Susunlah sejumlah cawan diatas dulang untuk mengemaskan lagi hantaran anda.

7. Hantaran Set Teh

Sesuai untuk peminum teh setia, hantaran set teh ini mampu mengagumkan pasangan anda. Sebilangan besar orang memulakan hari mereka dengan secawan kopi atau teh. Tradisi yang dihormati masa ini merangkumi pelbagai generasi dan budaya, menjadikan cawan sebagai hantaran yang ideal.

Sekiranya anda mencari hubungan positif, tidak ada yang lebih baik daripada memberikan cawan unik kepada orang yang disayangi kerana mereka akan mengingatkan anda setiap kali buat minuman di pagi hari. Ini adalah cara yang baik untuk merasa terhubung semasa Covid-19 ini.

Seakan dengan trend yang sentiasa berubah, pilih set dengan warna dan reka bentuk yang sederhana sebagai langkah paling selamat. Gubahan simple seperti ikatan riben pun dah mencukupi dengan set teh yang mewah ini.

8. Hantaran Set Memasak

Pertunangan ini Insyallah hanya sekali seumur hidup. Jadi apa kata anda go big or go home. Set memasak ini adalah satu langkah berani kerana kuali ini memang tahan lama. Jadi ia membawa maksud yang anda memberikan komitmen anda kepada pasangan tercinta.

Set ini memang agak berharga, namun ia adalah sangat berbaloi untuk diberikan. Berfikirlah dari luar kotak. Pastikan pasangan anda suka memasak terlebih dahulu. Gubahan yang dilakukan boleh diiisi didalam kotak kayu ataupun dibungkus secara hidden. Mesti teruja pasangan anda bila dibuka. 

Nak lagi mudah dan jimat, dapatkan terus set hantaran dengan pelbagai pilihan yang tersedia di NikahSatu di sini.

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

1 year ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

4 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

4 years ago