Blog

6 Dewan Kahwin Di Ampang Yang Sesuai Untuk Majlis Bertemakan Taman

Majlis perkahwinan ini semestinya dilaksanakan dengan rapi supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diiingini semasa hari bahagia anda. Lokasi yang anda pilih untuk majlis perkahwinan ini semestinya membuatkan anda pening kepala. 

Namun jangan runsing, bagi anda yang mahu mengadakan majlis perkahwinan anda di dewan, kami telah menyenaraikan 8 dewan kahwin yang cukup popular di Ampang untuk anda lihat dan survey-survey dahulu.

#1 Tepian Rimba Villa

Bagi anda yang mahukan gaya majlis perkahwinan yang menawan dan tampil bergaya, anda bolehlah memberikan perhatian kepada Tepian Rimba Villa. Dikelilingi dengan kehijauan alam, lokasi ini memang sesuai bagi yang idam majlis perkahwinan bertema taman ini.

Servis mereka yang cukup lengkap pasti memudahkan lagi kerja anda dan membuatkan anda cukup berpuas hati.

Antara servis yang disediakan adalah mini pelamin, set nikah, kerusi dan meja, PA system serta bunga tangan untuk pengantin perempuan. Bagi hiasan bungaan, mereka menyediakan kedua-dua hiasan bunga palsu dan bunga segar.

Dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, homestay, tandas dan bilik ganti pakaian, mejadikan majlis perkahwinan anda berjalan dengan lebih lancar.

Instagram: @tepianrimbavilla

 

#2 Duchess Place

Dengan saiz dewan besar yang mampu menampung sehingga 1000 tetamu, majlis perkahwinan anda semestinya berjalan lancar walaupun semasa PKP. Dengan banglo serta kanopi yang luas hingga ke halaman, lokasi ini sememangnya tempat yang indah dan ideal untuk mengadakan perkahwinan anda.

Penyediaan pelamin yang bergaya serta makanan catering yang lazat menambahkan lagi sebab kenapa Duchess Place ini memang sesuai untuk majlis perkahwinan.

Team Duchess Place juga mempunyai pengalaman bertahun sebagai perancang dalam pelbagai majlis, jadi anda boleh rasa lega dengan menyerahkan majlis perkahwinan anda kepada mereka.

Yang mahukan ciri taman atau Inggeris sebagai tema perkahwinan anda, bolehlah hubungi mereka atau melayari laman media sosial Duchess Place ini untuk mendapatkan lebih informasi. 

Instagram: @duchessplacekl

 

#3 Dewan JPS Ampang

Dewan yang besar dan luas serta dilengkapi dengan penghawa dingin. Dewan ini memberikan anda peluang untuk menghiasi majlis perkahwinan anda dengan tema yang anda mahukan. Dengan penyediaan PA system, pasti lebih mudah untuk anda aturkan juru acara untuk majlis anda. 

Ruang khas untuk juru acara juga disediakan untuk meringankan lagi kerja juru acara majlis perkahwinan. Dengan kemudahan seperti surau yang berdekatan, memang mesra untuk muslim dan muslimah.

Facebook: Dewan Auditorium JPS Ampang

 

#4 Lavender garden

Dewan eksklusif untuk konsep taman yang sangat sesuai bagi majlis perkahwinan. Tidak perlu anda risau akan majlis perkahwinan anda kerana di sini anda boleh menjumpai pelbagai servis yang lengkap untuk penyediaan hari bahagia anda.

Anda boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej yang disediakan untuk majlis perkahwinan. Pasti majlis perkahwinan anda tampil sempurna.

Facebook: Lavender Garden

 

#5 Laman Nur Kasih

Dengan RM 18.80 per pax (1200 Pax), anda boleh mencipta majlis perkahwinan taman yang sangat elegent. Lokasi ini menyediakan pelbagai pakej menarik seperti Pakej Laman, Damai dan juga pakej Kasih. Dengan kesemuanya mempunyai paxs yang berlainan, memudahkan anda untuk memilih pakej yang anda cari.

Harga yang berpatutan dengan servis yang lengkap seperti makan minum, kek, kanopi dan banyak lagi memang membuatkan anda rasa puas hati. Lokasi ini juga sangat cantik untuk mengambil gambar majlis anda. Anda boleh mendapatkan keterangan lengkap pakej mereka melalui Whatsapp mereka.

Instagram: @lamannurkasih

 

#6 Risda Catering & Event

Salah satu pilihan bagi yang mahukan majlis perkahwinan eksklusif yang tampil selesa bagi pengantin serta tetamu yang hadir. Penyediaan seperti kemudahan dewan, dekorasi , katering, pelamin, busana pengantin serta solekan boleh ditempah untuk majlis anda.

Harga yang berpatutan bagi majlis perkahwinan yang dihiasi dengan elegent dan rapi. Kemudahan serta katering yang menepati citarasa menjadikannya pilihan dalam majlis perkahwinan di Ampang

Mereka juga menyediakan dewan yang lengkap dengan pematuhan SOP bagi PKP. Jadi anda tidak perlu risau akan kebersihan serta keselamatan saudara dan tetamu yang hadir. 

Facebook: Risda Catering

Melati

NikahSatu Writer

Share

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Keep on reading

January 4, 2021

Senarai Lokasi Dewan Kahwin Yang Menarik Di Shah Alam

Majlis perkahwinan sememangnya perkara yang ditunggu-tunggu untuk semua pengantin baru. Tapi sebelum itu, anda mestilah buat preparation terlebih dahulu….
January 4, 2021

Lokasi Dewan Kahwin Di Selangor

Terlalu banyak pilihan dewan perkahwinan ini juga mampu memeningkan pasangan pengantin. Semuanya nampak cantik sahaja. Nak survey semua dewan…
January 4, 2021

Senarai Lokasi Dewan Perkahwinan Di Putrajaya

Nak buat majlis perkahwinan, anda mestilah senaraikan terlebih dahulu apa yang anda perlu buat dan tahu untuk majlis ini….

Visit Showroom

Nak Free Gift?

Masukkan nombor WhatsApp anda untuk kami berikan FREE GIFT sekarang.

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
Need help? Let's chat!