fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

6 Lokasi Dewan Di Gombak Untuk Majlis Kahwin

Tempat dewan perkahwinan di Gombak ini memang banyak untuk anda pilih. Kesemuanya mempunyai keistimewaan serta kelebihan yang tersendiri. Bagi yang nak menikah, pastikan anda survey dahulu awal-awal dewan majlis perkahwinan ini, takut dah pilih nanti, tiada spot pula untuk anda. 

Bagi pasangan yang masih mencari dewan dan perkhidmatan katering di kawasan Gombak kami senaraikan 6 Dewan Kahwin Gombak yang mempunyai pelbagai pakej untuk majlis hari bahagia anda nanti. Bacalah terlebih dahulu sebelum anda mula survey dewan-dewan ini.

#1 De’ orchid Gombak Setia

Popular sebagai dewan eksklusif yang berkonsepkan taman, lokasi ini menyediakan pakej perkahwinan yang appealing serta mampu milik bagi pasangan pengantin. Dengan pelbagai dekorasi dewan boleh anda pilih, lokasi ini memang idaman bagi mempelai. 

Bagi design pelamin pula, pengantin boleh memilih daripada yang sudah sedia ada ataupun degisn yang baru bersama vendor. De’ Orchid mempunyai dua vendor yang boleh anda pilih untuk menyediakan pelamin idaman anda.

Pengantin yang mahu menempah daripada De’ Orchid ini semestinya akan berpuas hati kerana keistimewaan pakej serta servis yang mereka tawarkan.

Pakej lengkap De’ Orchid termasuk Dewan & Kelengkapan Dewan, Katering dan Sajian Santapan Beradab, Pelamin dan Andaman, Gambar dan video dari Professional Photographer, Pramusaji dan Parking Crew dan semestinya PA Sound System dilengkapi set hiburan tetamu seperti Set Karaoke dan DJ yang mengendalikan sound system.

Instagram: De Orchid Gombak

#2 Laman Pengantin Ummi Fasha

Keistimewaan lokasi ini boleh dilihat daripada lamannya yang luas dan menawan serta pakej yang disediakan untuk pasangan pengantin. Memang menarik jika anda berminat untuk mengadakan majlis nikah secara outdoor. 

Pelbagai servis menarik boleh anda tinjau daripada mereka untuk mengindahkan lagi majlis pernikahan anda. Daripada dewan dan hiasannya hingga ke kawalan trafik daripada (RELA), servis pakej sebegini memang menenangkan lagi anda. 

Nak memeriahkan lagi majlis perkahwinan anda, anda boleh memilih pakej untuk persembahan silat serta kompang secara live. Tidak perlulah anda runsing dan fikir banyak kerana mereka boleh menyelesaikannya bagi anda.

Facebook: Laman Pengantin Umi Fasha

#3 Dewan Perdana Felda

Dewan Perdana Felda adalah salah satu tempat yang paling digemari oleh pengantin baru di Gombak untuk mengadakan majlis perkahwinan.  Dewan yang disediakan luas dan sesuai untuk SOP, dekorasi yang tidak kelam zaman serta berkonsep moden memang menjadi satu pilihan. 

Selain daripada menjadi lokasi majlis perkahwinan eksklusif, ia juga yang diserikan dengan dekorasi indah yang mengikut tema idaman bagi pengantin. Bermacam jenis tema boleh anda bincangkan dengan mereka.

Bukan setakat itu, ruang khas untuk VVIP serta laluan yang mesra wheelchair juga ada untuk menambahkan lagi keselsaaan pengantin serta tetamu. Kawasan tempat letak kereta yang luas dan percuma sememangnya  the icing on cake. 

Facebook: Dewan perdana Felda

#4 Dewan Gezal Minhat

Gezal Minhat Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman selama lapan tahun dalam pengendalian servis majlis perkahwinan menjamin mutu di setiap segi dalam pakej yang disediakan oleh mereka.

Bagi pengantin di luar sana yang masih mencari venue serta catering untuk majlis anda, lokasi ini menyediakan perkhidmatan yang tidak sah lagi menepati citarasa anda. 

Sinonim dengan dekorasi mempersonakan daripada Gezal Minhat, ia juga dikata menggunakan  dewan baharu yang setaraf dengan hotel lima bintang.  Dengan dewan yang full air conditioning, pastinya tetamu yang datang selesa dengan arrangments anda.

Makanan katering tidak perlu disebut lagi kelazatan serta penggunaan bahan -bahan makanan yang berkualiti premium , memang satisfied sangat rasanya. Lokasinya yang strategik memudahkah lagi anda untuk mencari dewan ini.

Instagram: @gezalminhat

#5 Dewan Lanai Anggun

Dewan Lanai Anggun ini menguruskan pakej lengkap yang sangat sesuai bagi pasangan pengantin yang masih pening akan pilihan dewan yang terlalu banyak untuk dipilih. Lanai anggun mempunyai ruang indoor serta outdoor yang kedua-duanya sangat cantik untuk photography. 

Antara kemudahan yang boleh anda jumpa adalah khidmat DJ, PA system, emcee serta set karaoke. Memang cukup gembira dan meriah majlis pernikahan anda. Jika anda masih tidak mempunyai baju nikah serta juru gambar anda boleh menghubungi vendor yang mereka sediakan. 

Rakam dan ciptalah kenangan hari bahagia anda bersama Dewan Lanai Anggun.Pasti anda rasa tenang sahaja menjalani majlis pernikahan anda nanti.

Instagram: @lanaianggun

#6 Dewan Mahar Cinta

Dewan Mahar Cinta menjanjikan majlis perkahwinan yang extra istimewa dalam semua keadaan. Memastikan anda mempunyai majlis pernikahan indah, berjaya dan tidak memberikan sebarang tekanan kepada anda. 

Selain daripada menawarkan kerjasama vendor yang terbaik di Kuala Lumpur, mereka juga menguruskan semua butiran majlis perkahwinan bagi anda.  Kesemua yang anda boleh fikirkan mengenai dewan perkahwinan mereka boleh membantu.

Dewan ini menyediakan dewan acara, katering, kanopi marqueetent untuk acara majlis dengan pelbagai pakej yang mempunyai harga berpatutan. Mereka juga boleh membantu anda dalam menguruskan budget majlis perkahwinan anda. 

Facebook: Dewan Kahwin Mahar Cinta

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

6 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago