fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

5 Pilihan Warna Klasik Untuk Tema Majlis Perkahwinan Anda

Pilihan warna untuk majlis perkahwinan di Malaysia ini boleh dikatakan ada turun naiknya juga. Warna juga ada yang off trend tahu tak? Mungkin 10 tahun depan anda akan lihat gambar majlis perkahwinan anda  dan terasa menyesal akan pilihan warna yang anda buat ,asa itu.

Disebabkan itu lah, memilih tema warna majlis perkahwinan anda tidak semudah memilih dua warna kegemaran anda dan menjadikannya asas untuk setiap perincian perkahwinan. Anda perlu membuat selidik terlebih dahulu.

1. Biru Muda

Selain daripada warna putih, warna biru muda boleh dikatakan semakin memanjat populariti dalam pemilihan warna tema perkahwinan. Warna pastel memang mudah dimata, menjadikan sesiapa yang memandang akan terperangkap dalam kecantikan warna ini.

Biru muda ini bukan sahaja berfungsi boleh berfungsi dengan baik jika digabungkan dengan warna-warna yang lain, ia juga boleh diterapkan didalam pelbagai tema perkahwinan anda yang lain. 

Pelamin berwarna biru ataupun baju pengantin berwarna biru memang mampu membuatkan anda nampak tenang dan aman. Gabungan biru ombre juga boleh diterapkan jika anda nak buat tema serba biru dalam majlis perkahwinan anda.

2. Hijau

Warna hijau yang dijadikan sebagai tema perkahwinan boleh dikaitkan dengan pemilihan pengantin baru untuk menjadikan perkahwinan mereka lebih kepada alam sekitar dan juga tema taman yang semakin popular.

Warna hijau juga boleh dibahagikan kepada banyak tahap. Mengikut pilihan hijau kesukaan anda, warna ini pasti menjadi idaman ramai orang. Bukan setakat itu, warna hijau yang melambangkan alam ini memberi peluang untuk anda membawa tanaman sebagai dekorasi majlis perkahwinan anda.

Succulent dan kaktus adalah sangat aesthetically pleasing  untuk dijadikan tambahan dalam majlis perkahwinan anda. Bukan setakat hiasan, malahan hantaran atau doorgift pun anda boleh serapkan warna hijau itu.

3. Ungu Lavender

Warna ungu lavender ini dikatakan berkait rapat dengan ketenangan dan juga hubungan rohani dalam badan anda. Bunga lavender sendiri bermaksud kesucian dan juga ketenangan. Disebabkan warna ungu lavender ini boleh dikatakan pastel, pengabungan warna di dalam majlis perkahwinan anda juga nampak attractive. 

Tanpa melihat maksud warna ini pun anda sudah boleh setuju yang warna ungu lavender ini akan membawa keharmonian dalam diri. Anda tidak perlulah khuatir akan menyakitkan mata tetamu anda dengan pilihan warna ungu sebagai majlis perkahwinan anda.

Anda juga boleh menggunakan bunga lavender sebagai hiasan dalam majlis perkahwinan anda. Bunga lavender kering juga cantik digunakan sebagai tambahan pelekat jika anda menggunakan wax seal untuk kad kahwin anda.

4. Kuning

Walaupun kuning ini adalah warna yang digunakan untuk kerabat diraja namun ia tidak menjadi masalah untuk anda menggunakan warna kuning ini sebagai tema perkahwinan anda. 

Warna kuning ini juga membawa maksud kebahagiaan dan juga kesegaran bagi anda. Ciri-ciri seperti pelamin dan juga centrepiece akan kelihatan sangat bergaya jika tambahan warna kuning ini diisi di dalam majlis perkahwinan anda. 

Warna kuning boleh dikenakan dengan tema rustik dan juga boleh dengan tema moden untuk hari pernikahan anda. Campuran warna kuning dan merah jambu pula mendatangkan rasa seakan bertema boho dalam majlis perkahwinan anda.

5. Putih

Warna putih mestilah dimasukkan juga di dalam senarai warna klasik ini. Memang warna putih ini hampir semua orang tahu yang ia membawa maksud kelembutan dan keikhlasan. Dan itu hanyalah sedikit, banyak lagi maksud warna putih ini.

Warna putih ini boleh dipanggil sebagai penyelamat dalam tema warna perkahwinan anda. Boleh diterapkan di dalam kesemua jenis tema dan kesemua jenis bahagian majlis perkahwinan anda.

Tidak akan berasa kekok walaupun anda menggunakan warna putih sahaja untuk tema perkahwinan anda. Pelbagai backdrop pengantin serta gubahan hantaran boleh menggunakan warna putih ini.

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago