fbpx

Grab Discount Hingga RM5,000

10 Senarai Barang Hantaran Yang Terkini

Barang hantaran ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada barang kehendak dan juga barang keperluan. Ada juga barang adat yang telah telah turunkan dalam masyarakat Melayu ini. Asalnya barang seperti gubahan tuala serta makanan sahaja yang menjadi pilihan utama dalam pemilihan barang hantaran ini.

Walaupun sekarang barangnya masih tidak berubah namun makin banyak barang yang dtambah di dalam senarai barang hantaran ini. Barang elektronik serta barang yang berkaitan dengan hobi sering dibuat sebagai barang hantaran. Malahan kucing pun orang buat jadi hantaran.

Nak memudahkan kerja berbincanglah terlebih dahulu dengan pasangan anda apa yang si dia mahukan. Bukanlah tidak boleh nak buat suprise, namun baik dielakkan supaya tidak kecewa nanti.  Teruskan scroll ke bawah untuk membaca 10 senarai barang hantaran terkini.

1. Hantaran Adat

Hantaran adat adalah hantaran seperti sirih junjung, tepak sirih dan juga bunga rampai. Proses pengubahan sirih junjung ini biasanya agak mengambil masa jadi pengantin akan mengupah profesional untuk membuatnya. Manakala bunga rampai ini boleh dibuat sendiri dan sangatlah murah. 

2. Hantaran Islamik

Hantaran Al-Quran, sejadah dan juga telekung. Hantaran Islamik ini perlu digubah secara berhati-hati supaya tidak menjejaskan kesucian barang tersebut.

Sebaiknya- hantaran Al-Quran tidak ditindih atau diikat dengan riben ataupun bunga dan biarkan hiasan tampil simple. Dulang kotak kayu pallet sangat sesuai untuk hantaran Islamik ini.

3. Hantaran Aksesori

Bagi pengantin lelaki, aksesorinya adalah tali pinggang, tali leher, pin tali leher, cufflinks, kasut, jam tangan, topi, dan juga eyewear.  Manakala pengantin perempuan pula, kerongsang, barang kemas, kasut, eye wear, beg dan juga jam tangan.

Gelang tangan sering diberikan sebagai hantaran.  Banyak aksesori yang anda boleh pilih untuk pasangan anda. Namun jangan beli barang kemas untuk pengantin lelaki pula ye.

4. Hantaran Penjagaan Diri

Hantaran seperti makeup, set penjagaan kulit dan set penjagaan badan semakin mendapat populariti dalam senarai barang hantaran ini. Disarankan untuk pengantin perempuan.

Yang ini anda boleh beli jenama yang pasangan anda suka dan gubah sahaja sendiri. Namun jika set penjagaan kulit serta badan diberikan kepada pengantin lelaki juga tiada masalah.

5. Set Hantaran Pakaian

Pilihanlah mengikut apa yang pasangan anda selalu pakai. Tidak perlulah beli baju kurung jika si dia biasanya memakai blouse. Nanti berkulat dalam almari sahaja.

Baju kemaja, baju melayu, kot serta blazer adalah apa yang anda patut pertimbangan untuk pengantin lelaki. Tudung juga sangatlah bagus diberikan sebagai hantaran kepada pengantin perempuan.

6. Hantaran Makanan

Hantaran ini mampu membuatkan tetamu anda telan air liur. Biasanya buahan, manisan tradisional, coklat, kek dan biskut akan digubah di dalam bekas yang exceptional untuk menonjolkan lagi keistimewaan hantaran tersebut. Jika tidak terliur memang tidak sah.

7. Hantaran Alatan Elektronik

Hantaran yang menjadi hype di kalangan pengantin muda. Hantaran sperti smartphone dan laptop sudah menjadi kebiasaan dalam senarai hantaran pengantin. Selain itu, game consoles juga sangat disukai oleh pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

8. Hantaran Barangan Dapur

Hantaran ini memang sesuai jika pasangan anda pandai memasak. Barang seperti set memasak, tupperware dan juga peralatan dapur seperti blender, periuk nasi dan juga oven sesuai bagi pengantin yang hendak pindah ke rumah baru. Tidak perlulah beli pula yang lain. Berbalas sahaja set seperti ini.

9. Hantaran Hobi

Jika pasangan suka naik motor, berilah helmet, jika suka mencatat berilah set buku journal. Memang berfaedah dan boleh digunakan. Hantaran ini sesuai untuk menonjolkan yang anda cukup memahami pasangan anda. Selain itu, hantaran berbalas dulang kucing memang cukup famous sekarang ini. 

10. Hantaran Barangan Keperluan

Jika pasangan anda lebih pentingkan keperluan seperti barang memasak, berilah barang memasak. Contohnya, gula, garam dan beras. Tiada orang akan menghalang anda daripada buat sebegitu kerana hantaran ini adalah apa yang anda mahu dan mampu beri. 

Melati

NikahSatu Writer

Share

Keep on reading

Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam

7 months ago

Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik

3 years ago

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan

3 years ago